on Sunday, May 8, 2011 | 3 comments



Bangun pagi, antara benda yang saya “look forward” adalah breakfast di anjung rumah. Kemarin dah cerita dah pasal breakfast tu. Hari ni pun takkan nak cerita pasal breakfast lagi kan. Tak pa lah .. sabaq saja la. Kasi chance lah budak kampung peghak sat. Mungkin yang saya excited adalah kelainan yang saya perolehi di Lido berbanding dengan tempat lain sebelum ini. Saya tak rasa Milan akan dapat mengalahkan pengalaman di Lido.


Bologna .. maafkan saya, awak jatuh No: 2 sekarang. Bukan maksud saya nak curang, tapi “come on !!!” breakfast di anjung sambil mendengar kicauan burung dan melihat pemandangan laut dengan kapal cruise lalu di depan mata …. ! Saya harap awak paham.

Pagi ni plan saya adalah untuk ke Venice lagi. Haih tiket beli sampai 28 euro kan. Semalam dah 5 trip pi mai pi mai, so 6.50 euro darab 5 … wahhh dah untung kan tiket tu. Ni hah tambah lagi dua trip, memang berbaloi. Saya ingat nak habiskan masa sampai tengah hari saja sebab tempoh tamat tiket tu pun pukul 2 lebih.


Memang tiket yang kita beli tu banyak bergantung kepada amanah atau tidaknya kita. Tiket2 bas pun macam tu, sepanjang yang saya naik, tak adalah lagi orang check (kecuali tiket keretapi). Tapi saya tak berani tak amik risiko, sebab kalau denda … wahhh jenuh juga … ada yang kata 50euro denda, tapi atas bas ritu nampak tulis 240euro. Eshhh salah baca ka .. kot time tu tak beli “reading glass” lagi kot.


Saya naik bot sebenarnya dalam keadaan letih. Tapi dek kerana nak baloi kan juga tiket 28euro tu, hah … pulun gagah naik juga. Punya lah kan ….


Kali ni saya tak turun kat Saint Marco. Saya tau turun saja kat tempat yang saya nampak macam meriah. Saya nampak pasar sebenarnya. Saya lalu satu kawasan Yahudi rasanya. Boleh tahu itu kawasan depa bila nampak kedai tulis “kosher” kan. Di situ juga ada pasar dan kelihatan makcik makcik berumur mengheret mcm beg besar. Mulanya saya heran beg apa dok usung nak travel pi mana makcik-makcik ni. Rupanya itu adalah beg pasar !




Tapi macam saya kata, saya sebenarnya lemas dengan Venice. Eshhh .. maaf cakap la. Saya tak suka sangat la Venice. Lemaih tengok pelancong usung DSLR kat leher… hahahahaha (tak sedaq diri kan kan kan). Ramai tak sangga kata orang Padang Sera.

Gondola …? Eshhh saya tak terasa pun nak naik. Dengan serius saya berkata. Memang banyak gondola yang dihias cantik apa segala. Ada juga perkhidmatan lain yang turut disajikan bersama untuk lebih menarik pelanggan, contohnya ada gondolia (pengayuh gondola) yang menawarkan nyanyian di atas perahu. Ada yang membawa bersama pemain muzik. Memang ramai yang mahu merasa manaiki gondola sangat romantis, dan ada yang berkata Venice Kota Cinta. Tetamu Hungarian saya siap pesan tak yah lah pi Venice kalau sorang2. Hmm... tapi saya tak rasa pun macam tu. Habak mai, macam mana nak romantis atas gondola dengan orang penuh atas jambatan dan tepi sungai dok pulun amik gambar kita. Ya la, yang tak naik gondola, semua pakat dok beratur kot tepi amik gambar. Dan ka nak cium pasangan atas gondola !!! hahahahaha

Tu tak kira harga tiket Gondola tu lagi. Yang saya dengar dulu sebelum mai 80euro. Eshh tak tanya lah pulak la ni berapa.

Orang punya ramai sungguh la kat Venice, kalah Florence, kalah Rome, Bologna lagi la … Mungkin saya pun tak mengharap apa2 dari Venice sedari awal lagi, maka Venice juga tidak sudi memberikan apa2 untuk saya.



3 comments:

Ayu said...

Awat Venice ni tak secantik mcm gambag dlm ceghita james bond tu..isshh...tak jadi la hanimun kat situ

Anonymous said...

Amboi Kak Ayu, nak honeymoon. Bila nak naik jinjang
pelamin jgn lupa ajak kami nah :)

Negara barat memang macam nie .... dlm movie saja
lebih ... kalau tengok dekat dekat bukan ada apa
sangat :)

a.n.i.Q.u.e said...

Ayu: seriously tok sah laaa .. pi lahh tang lain .. not Venice ! hahaha

Adikku: negara barat kadang nampak saja hebat ... jamban tetap tak ada air juga haha

Post a Comment