on Saturday, May 7, 2011 | 3 comments

Bfast di Liva Olivia
Tingkap tu bilik saya punya

Malam pertama di Lido sangat meletihkan. Dan saya tidur dengan puas. Pagi saya di sambut kicauan burung tanpa bising manusia dan kenderaan. Sesekali terdengar bunyi bot kecil yang menyusuri sungai kecil depan bilik. Mahu mengaku jatun cinta lagi kah ?



Livia menyediakan sarapan pagi yang sungguh presentable. Seperti juga dia menghias bilik dan kawasan hostel ini, begitu juga dengan sarapannya. Table mat yang berwarna ceria, pinggan dan gelas yang cantik bakul untuk roti, bakul kecil juga untuk jam, satu bekas untuk buah (kiwi pisang dan orange) satu mangkuk comel untuk cereal, jug jug kecil untuk susu, kopi dan jus oren, satu keping kek, satu bekas kecil untuk biskut … hmmm sangat suka.


Tiap pagi nampak kapal cruise masuk Venice

Makan breakfast pula di anjung rumah yang mengadap sungai kecil dan laut. Waktu makan boleh nampak kapal cruise lalu masuk Venice. Subhanaallah Maha Suci Allah yang menjadikan semuanya cantik dan indah. Saya tak akan boleh berhenti bercakap tentang suasana yang saya rasa di sini. Sungguh tenang. Terasa macam curang main kayu tiga dengan Bologna... haha





Pagi saya bersiap awal sebab mahu ke Venice. Dari rumah Livia ke jetty Lido mengambil masa lebih kurang 7 minit berjalan kaki. Boleh juga kalau mahu naik bas. Tapi berjalan menyusuri tepi laut macam best kan.


Sampai di jetty saya pakai naik saja mana2 bot yang sampai. Bot agak penuh dengan pelancong dan locals yang mahu ke Venice. Bot mengambil masa tak sampai sepuluh minit untuk sampai ke port yang pertama. Saya turun di port Zaccaria, sempena nama Abah saya …. hahahaha.


Venice seperti yang memang saya jangkakan … penuh dengan pelancong. Tanpa menafikan betapa cantiknya Venice, saya terasa semak dan sesak. Peghak kot no. Atau mungkin terasa sangat bezanya dengan Lido. Ya Lido pun ramai pelancong, tapi tak seramai Venice. Dan kalau di kawasan rumah Livia tu .. hampir tak nampak orang pun !.

Kan dah cakap Venice boleh tenggelam
tengok iklan depa pun tunjuk macam tu
(punya ralit minum kopi tak sedar air koi naik)

Saya hanya berjalan mengikut orang ramai .. ke mana orang ramai berjalan ke situlah kaki saya mengikut. Sambil mengambil gambar saya lihat banyak juga souvenir yang boleh saya beli. Tapi sesungguhnya saya ras saya tak boleh beli yang berat dan besar lagi. Tulang belakang saya bukan seperti 10 , 20 tahun dulu.




Berjalan punya jalan tengok2 ada demonstrai ka apa tah .. punya la ramai siap menari apa segala. Teringat kalau demonstrsai kat Malaysia tak adalah menari2 semua tu. Saya pun panjat tembok amik gambar .. sambil tolong sorak sama ..


Pastu pikiaq "Ntah hapa dia kata .. ntah2 depa dok jerit Mati Muslim ka .. Hidup Homoseks ka ....". Saya pun diam.



Sambil berjalan saya mula berasa lapar dan terasa makin letih. Mula la rasa nak bebal dan cranky. Nasib baik jalan sorang, kalau jalan dengan orang lain, mestilah tak tertahan nak luah rasa bebal dan cranky itu. Letih lapar rasa nak menangis. Nak cari kedai halal bukanlan mudah, nak makan pasta tomato atau ikan kat kedai pun … macam bimbang dan was was. Saya masih gagah berjalan sambil berdoa Allah tunjukkan kedai yang saya boleh makan. Saya tak berjumpa kedai halal, cuma satu kedai pizza. Saya minta pizza sayur. Harap kenyang dan boleh tahan lama. Untuk kopi saya beli di mesin saja, 0.80 euro saja.


Letih punya pasal saya balik ke Lido dalam jam 1.30 tgh hari. Balik rest dan rehat.


Petangnya saya keluar lagi ke Venice, dengan niat mahu di sana sampai malam. Mahu melihat dan merasa suasana malam. Perut dah mula start berbunyi dah pulak. Hmmm... sampai saja bot, saya lompat naik tak peduli ke mana dia nak bawa saya. Bot melaui kawasan belakang atau dalam bahasa Inggeris the other side of Venice, kawasan perumahan locals dan tempat-tempat locals. Sampai satu tempat saya lompat turun, rupanya kawasan stesyen bas. Ohh .. perut sudah bermain muzik. Banyak juga kedai makan di sekeliling sungai. Teringin juga nak makan makanan laut, tapi eshh ini Venice, mahal nih. Saya pun abaikan saja sambil memujuk perut.

Tetiba saya nampak kedai Halal !! Alhamdulillah. Petang itu saya makan pizza halal dan satu tin pepsi.

Jam sudah hampir 8 malam, tapi Venice masih belum gelap. Saya berjalan-jalan dan terlihat satu kumpulan.


“Ehh .. Malaysia ..?” saya tanya.

Akak yang baik tu pun berhenti dan kami berbual sebentar. Dia dengan keluarga dan kawan dan mereka travel dari Paris. Seronok juga dapat jumpa Malaysian.


Bila malam di Venice tidak lagi menarik hati saya, saya pun pulang ke rumah Livia di Lido.


Sampai kat Lido tak dak orang pun
ni amik gambar tengah jalan ....

:-)

3 comments:

Ayu said...

jgn lupa amik gambag gondola...kot2 la cadang nak hunnymun kat situ..

Princess Closet said...

Italy memang cantik kan Ann, one of my fav places in the world too. Jalan tu elok elok

a.n.i.Q.u.e said...

Ayu: Gondola over rated and overpriced ... huhuhu

Princess youre here ! Thanks for dropping by. Ya ya Italy is beautiful depending on where you go !

Post a Comment