Seperti mana Napoli menyambut saya hari pertama sampai begitu juga hari saya mahu berangkat , hujan mencurah-curah ! Dari awal pagi lagi saya dah cuak dengar bunyi hujan.
Pagi tu adalah breakfast terakhir saya di 6 Small Rooms, boleh klik kat situ untuk ke website mereka. Saya tak sempat jumpa Helen, seorang kenalan yang saya jumpa di situ, kawan pada Jenny yang selalu datang ke situ untuk bercuti dan menolong serba sikit membantu Jenny dengan kerja-kerja hostel. We had a nice conversation. Entry yang lain tentang perbualan kami (asyik bersembang saja kan ...). Pun begitu saya sempat tinggalkan pada Helen dan juga Jenny poskad Malaysia seperti yang selalu saya buat untuk mereka-mereka yang saya jumpa di perjalanan saya (kecuali Maria yang saya hanya bertukar email di atas kertas biasa).
Di bilik hostel saya terpaksa buang beberapa barang yang saya rasa tidak saya pakai dan akan membebankan beg. Antara yanng saya buang ialah shampoo apa tah, baby oil, Dettol hand wash gel, dan tali (what was I thinking .. nak gantung diri kah ..?). Saya juga buang t shirt orange saya itu sebab bercadang nak beli t shirt Napoli.
Bila saya keluar, hujan masih belum berhenti maka saya pun berjalan di dalam hujan berlagak macho tapi kelihatan seperti orang bodoh. Saya tak mahu berjimat dan saya tak mahu payung akan membebankan beg saya. Akibatnya saya kesejukan di atas tren sepanjang perjalanan dengan jaket dan kasut serta stokin yang basah. Padan muka.
haip .. dok jeling beg saya tu
bukan nak amik gambar pemuda itu
nak tunjuk seat atas tren
boleh pilih waktu nak bilik tiket seat mcm mana yang kita nak
isolated (yg mcm perempuan tu duduk)
window (mcm saya duduk)
aisle (mcm beg saya duduk)
suasana depan hostel
Cuaca di Florence (Firenze kata Italy) sangat baik dengan matahari memancar, Alhamdulillah. Oleh kerana saya dah terrer beli tiket bas di tabacchi, maka saya memilih naik bas ke hostel. Walaupun terrer beli tiket tapi saya tak terrer tang mana nak turun .... berjalanlah pulak .... dengan rasa lapar yang agak melampau. Rupanya Allah sesatkan saya untuk saya sampai ke satu Restoran Halal. Saya pilih spaghetti carbonara , mahal tak sesedap carbonara di Delicious !.
Hostel saya berdepan dengan Piazza Pitti dan berdekatan dengan semua tempat menarik di Florence. Ramainya pelancong ya Allah .. walaupun hostel saya macam tak ada orang pun. Ya hostel ni mendapat review buruk, but i took the risk, murah dan ada bilik single walaupun terpaksa share bilik air.
siap berkain batik nak ke bilik air
ingat nak berkemban
agak-agak la kan ...
Petangnya saya keluar berjalan jalan dan ada ditegur seorang Italiano yang terus cam saya dari Malaysia. Florence memang cantik dan saya dapati ramai orang berbasikal di sini sebab tanahnya rata. Saya pun dok fikir ni ingat nak sewa juga basikal round sini. Kalau di Rome dan Napoli jenuh la nak kayuh panjat bukit.
the famous bridge
Tiba-tiba bila berada di Firenze ni, saya rasa amatlah huduhnya pakaian yang saya pakai. Tiba-tiba angin ingin make over datang melanda .. nampak saja scarf cantik dan baju yang saya rasa taste saya .. terus beli .. dan cepat2 balik hostel salin ..... Adik saya pun cakap buang la tudung renda buruk tu. huhuhuhu
tetiba terus jadi gadis melayu terakhir
Semalam juga yang menjadikan ramai orang adalah kerana ada festival "White Night". Penuh jugalah dengan anak muda warga tempatan yang turut keluar dan berhibur .. bising dengan muzik dan jeritan mereka ... Dok tak dok jerit .. gila kan ...
malam di Firenze
Saya rasa lebih confident dengan baju baru dan tudung baru ...... berjalan amik gambar suasana malam yang sungguh meriah.
Balik bilik terus tidur tak sedar dunia.
p/s: Saya menaip dengan memakai t shirt Napoli yang sangat saya suka.
5 comments:
Dah buang dah ka tudung renda ke sungai tu :) heheheh
Baju and tudung baru cantik! Memang so you ... lega lah
tengok Amin!!!
Beli bag kat mak dak nie?
You look nice with the new makeover.
Btw, I read all your posting via iPad. Tapi bila nak commern tak friendly giler! Now switch to lappy. Maybe I should buy Mac Air instead... ehehehe
::aliza::
Adikku: Cehhhh !! terketaq cari baju dgn tudung .. hahaha ingat nak beli lagi lah nanti. Baju yang ada tu nak tinggal kat italy kot2 ada orang nak pakai .... huhuhu ..
Aliza: Finally ... Thanks .... naik syeikh nak beli lagi ni baju ...Beli cepat Mac Air l!!! haha .... :-P.
jgn lupa pi jenguk si mamat Michael Angelo...konon2 the most perfect man in the world...lepaih ni boleh la compare...hehehe...
komen komen komen komen
sbenaqnya saya tatau nak cakap apa tapi satgi tak komen rasa sunyi pulak hahahaahahahah
glad you having fun, weh i miss u in alostaq la, lalu depan balai besaq mesti nak jelin2 cari keta RD 4567 (tatau betui ka tak no plet tu)
Post a Comment