Showing posts with label Florence. Show all posts
Showing posts with label Florence. Show all posts
on Tuesday, May 3, 2011 | 2 comments

Pengalaman share bilik air di hostel Soggiorno Pitti di Firenze sangatlah tidak best. Bilik air agak kecil dan berbau ... hmmm. Nak tau apa jadi semalam, pakcik yang share bilik air dengan saya tu, dia kunci bilik air tu dan dia simpan kunci tu .... patut la saya dok ketuk nak buka tak boleh .. Marah sungguhhhh !!! Alhamdulillah waktu saya discover kejahatannya itu, adik yang jaga hostel tu belum balik lagi. Cepat2 saya minta second key dari dia. Masuk dalam bilik air tu .. penuh dengan barang pakcik tu ... HUH ! Kalau ikut hati yang panas saya nak "bakor" jer barang dia .. boleh tanam cili, tapi memikirkan saya ni travel sorang, tak nak lah gaduh teruk nanti. Bila dah habis guna bilik air tu, saya sengaja tak tutup pintu ... hahahaha. Nak kasi dia tau saya boleh juga guna bilik air tu, walaupun dia simpan kunci ... Muahahahahahaha ...

Hari ni saya agak tenang mengemas mengambil masa untuk bergerak ke Bologna. Memang betul oleh kerana ada barang-barang baru yang saya beli di Firenze ini, maka saya terpaksa mengorbankan barang-barang lama, demi untuk meringankan beg. Saya dah beli dua beg tangan untuk emak dan rakan sekantor (ehh tetiba cakap Indonesia) yang mana kedua dua beg ini sudah memakan ruang. Saya terpaksa korbankan baju2 yang saya bawa (yang memang dah lusuh tak sesuai dah (cewahh alasan)) serta tudung2 yang Adik saya suruh lemparkan ke sungai, dan juga buku Lonely Planet saya yang tebal dan berat macam lesung batu. Saya juga korbankan jaket denim saya yang saya beli di Reject Shop di Alor Setar.

Kali ini saya pastikan daybackpack tidak dilekatkan sekali di backpack besar. Saya terpaksa pegang kedua-dua beg kamera dan daybackpak itu. Alhamdulillah tidak lah terasa membebankan sangat.

Memikirkan saya masih perlu membeli beberapa souvenir lagi, saya pun terpaksa tinggalkan beg di train station dan berjalan ke pasar . Dari semalam juga saya berfikir saya masih belum beli satu beg untuk diri saya sendiri dan rasanya saya mesti beli di Firenze kerana harga beg kulit kalau di tempat lain akan berganda.

Ketika saya berjalan di market inilah saya disapa oleh seorang lelaki yang menjaga gerai beg kulit disitu sambil mahu memastikan saya Muslim (eshhh takkanlah ada Kristian pakai tudung mcm ni..mungkin he just wanted to break the ice). Walaupun dia ada gerai di pasar dia juga rupanya ada kedai di bangunan sebelah. A very polite nice man. Di kedainya saya telah jatuh hati pada satu beg ...... yang saya rasa memang "saya". Dalam kedai tersebut ada lagi seorang lelaki yang kelihatannya macam tokey kedai (memang pun) dan mereka berdua memberitahu bahawa kedua mereka adalah Muslim yang berasal dari Palestine. Latif adalah tokey dan Naseem adalah pekerjanya.

Berbalik kepada cerita beg saya itu, alangkah sayangnya bila nak guna credit card .. wahh sudah over the limit ... But then saya rasa mereka telah memberi harga yang sangat baik untuk saya, dan saya rasa saya mahukan juga beg tersebut dan saya (dan saya dan saya ...) rasa masih ada wang tunai yang saya simpan dalam beg besar.

Gila apa kata mereka simpan duit dalam beg dan tinggalkan beg pula di stesyen. (Depa tak kata la "gila apa" tapi cara depa cakap tu mcm tu lahh.. lebih kurang). Cepat2 Naseem kata dia akan tolong bawakan beg yang saya nak beli itu ke stesyen sambil membawa baki wang untuk saya bayar. Naseem dan saya berjalan ke stesyen keretapi sambil berbual.

Naseem rupanya sudah tinggal di Italy sejak tahun 1987 lagi dan telah berkahwin dengan seorang guru perempuan Italy waktu dia berumur 23 tahun. "I married very young... my son is now 18 years old and my daughter is turning 13 this year".... Bahasa Inggerisnya sangat baik apalagi Bahasa Italy (saya rasa laa....). Mukanya pun mcm orang Itali dah ... Dia juga cerita pasal keluarganya yang lain (dua adik perempuan dan dua lelaki) Abangnya seorang yang bekerja sebagai Arkitek di Firenze telah meninggal dunia. Hidup di sini agak susah katanya "I work very hard from 9.30 till 7.30... I work and work and my wife too working .. but in the end of the day we still have no saving.."

Yang kami boleh cakap panjang tu sebab bila sampai kat stesyen saya cakap saya nak kena balik ke pasar sebab tak beli lagi keychain (bukan kusyen.... key chain) untuk sanak saudara teman taulan (bukan taulan rasul(nama peguam dan wakil rakyat PAS di Kedah). Naseem yang baik hati sanggup usung bawa beg berat saya tu kembali ke kedai.

Di kedai tokey Naseem, Latif, start bercerita pasal diri dia pulak. Kedai tu kedai Abang dia asalnya seorang Doktor. Mereka membuka business itu bersama dan Latif mendapat share sebanyak 30% dari keuntungan kedai. Latif ni sangat teringin nak pergi tinggal di Germany.

"Ever since I was young I had been wanting to live my life in Germany"

Tapi kata Latif untuk mendapat kerakyatan Jarman (tetiba teringat kawan Tok nama Kak Timah Jarman (arwah dah)), syaratnya perlu lulus Bahasa Jarman. Dia bimbang dia tak akan lulus bahasa Jarman. Maka berkatalah si Optimist Jerk ini ...

"You know what, if you know Arabic .. you ll have no difficulty learning any other language !! Because Arabic is the most difficult language in the world !"

"Ya youre right ! I speak Arabic.. I know Hebrew (because they taught us in Palestine) .. I know Italian ......" katanya sambil tersenyum, seperti mula konfiden.

Latif kata dia pernah ada gepren Malaysia dulu tapi perempuan itu telah berkahwin dan katanya ex gf dia punya suami adalah seorang guru bahasa Jarman yang mengajar mereka2 yang mahu mengambil periksa bahasa Jarman untuk kerakyatan Jarman. Ex gf nya dengan baik hati memberitahunya yang dia sanggup menolong Latif.

Latif juga bagi tau saya yang dia sangat sukakan Malaysian "because I know Malaysians care for us (Palestinians)"

Latif menawar mahu membelanja saya secawan kopi. Wahh saya memang dok teringin pagi tadi lagi nak minum kopi Italy hari ni, rupanya Allah mengabulkan doa saya. Memang sedap la wehhh cappuccino sini ...Dia belikan kopi tu di kedai sebelah dan bawa kat saya dalam kedai beg.

Rasanya Cappuccino di kedai beg better banyak dari pasta kedai dobi kan ......

Selepas itu saya terpaksa terkejar kejar kembali ke stesyen keretapi untuk berangkat ke Bologna.

Sorry saya tak sempat ambil gambar mereka. Tapi saya ambil gambar saya dengan beg itu.

rayan kan ....


:-D


on | 3 comments



Haih … susah juga nih bila shared bathroom. Waktu saya taip blog ni, dah 10 kali keluar masuk cek bilik air kosong ka dak … dari tadi tak habih2 sapa ntah kat dalam bilik air tu . Korek telaga kah ? Lama gila. Dah la petang tadi pakcik mana masuk tak kunci pintu. Saya pi terus buka .. “Warghhh...” punya lah terkejut … Terus tak jadi masuk bilik air dan terus keluar berjalan cuci mata bagi clear balik.


Dah la tiap kali nak pi bilik air tu siap dgn kain batik scarf apa segala … Terserempak dengan jiran pulak .. pelik tengok kain batik dgn t shirt beliau bertanya “Where are you from ..?” Saya jawap “Afrika” hahahaha kidding !


Pagi tadi saya siap awal. Nak kluar pegi Siena (si-yea-na). Berjalan punya jalan maka sesatlah saya. Memang menjadi sungguh peribahasa Melayu kepada saya “Malu bertanya sesat jalan”. Saya memang pemalu orangnya.


kalau naik basikal mungkin tak sesat kan


Tapi Alhamdulillah sesat punya sesat saya jumpa satu view yang sangat cantik gila. I could see Firenze from a top of a hill !! Amik masa sat kat situ menikmati pemandangan yang subahanallah best !. Pastu pukul kaki turun lah pulak. Gila ahh dok jalan saja … harap sangat badan slim lawa bila balik nanti.

mana tak sesat rabun mata cari jalan kat sini
asyik jumpa patung telanjang saja

Align Center

cantikkan ...

Dipendekkan cerita saya sampai juga ke Siena. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 1 jam setengah. Itupun sebab jam nak masuk dan keluar Firenze. Saya pilih naik bas walaupun ada khidmat keretapi ke sana. Siena tu jauhnya macam Alor Setar-Penang. Saya tak bercadang lama di situ sebab nak ligan masa nak balik ke Firenze nak beli barang pesanan mak abah adik bradik sanak saudara teman taulan. Saya rasa Firenze adalah tempat yang paling sesuai untuk beli souvenir apa lagi di sinilah pengeluar utama barangan kulit. Macam saya cerita dalam entry lepas, jenuh pilih. Tapi berhati-hatilah dengan kulit yang besar kemungkinan datang dari China. Ada lagi yang mungkin saya kena beli esok hari selepas check out.


Alhamdulillah saya dapat peluang amik gambar dari dalam art shop ni
ramai kat bawah yang mcm jeles saja tengok gua kat atas ni

hahaha padahal gambar bukan tera mana pun
keh keh keh

kalau hujan mesti dia nangis kan ....


Mak saya dah cuak dengar saya nka beli beg kat dia ... hahaha bimbang tak elok la tuuuu. Tapi bila Mak dengar saya dah refer dengan adik perempuan, dia lega sikit rasanya .....

Saya pun memang bimbang apabila mula membeli barang …. bukan apa .. saya beli barang sebagai ingatan …. cumanya, saya dok fikir macam mana nak usung barang2 tu di belakang saya nanti ! Nak usung rata pulak tu, sebelum bertolak balik. Saya doakan Allah mudahkan dan kuatkan mental dan fizikal saya mcm incredible hulk … biar gagah bawa beg tu.


Cara nak ringankan beg tu hanya satu….. terpaksalah saya buang barang2 yang tak berkaitan dan tinggalkan di Firenze ini. Antara yang terpaksa saya korbankan adalah buku Lonely Planet yang berat 2 kg tu …. dan juga tudung renda2 yang adik saya cakap huduh dan boleh dibuang ke sungai. Mungkin nanti kalau sesiapa pulak mai sini akan jumpa makcik cleaner Italiano yang pakai tudung tu.


Kita lihat mcm mana esok nanti bila saya usung beg tu ke Bologna.

on Sunday, May 1, 2011 | 3 comments

Tak tau lah apa nak jadi dengan saya, orang lain berjalan ok ok saja. Saya selalu berjalan sampai sesat. Walaupun memang saya tak kisah saja kalau sesat, tapi sesat di Firenze tak berapa best sangat. Mungkin sebab hari ni hari cuti umum, tak ramai locals yang saya jumpa. Keluar saja dari kawasan pelancong, orang sudah berkurangan. Dan lagi Firenze selain dari kawasan utama pelancongan tak ada apa yang menarik. Cuaca juga sangat baik sehingga saya tak perlu pakai jeans jaket lusuh saya itu (saya masih tercari-cari jaket yang memang "saya").



Pagi-pagi lapar lah juga .... punya tak pikir panjang pi order Tiramisu !


Semalam pi makan waffles yang dah la mahal salah pilih pi letak ice ream yougurt !


Hari ni sewaktu sesat jumpa lah juga pasar. Macam pasar kering yang jual banyak barangan kulit. Di kawasan sekitar hotel saya juga memang banyak kedai kulit, sampai tak tau nak pilih yang mana. Florence memang pengeluar barangan kulit utama. Tapi kata mereka harus juga berhati-hati kerana ada barangan yang kononnya di tulis Made in Italy tapi dibuat di China. Entah-entah dua beg kulit yg saya beli termasuk yang dimaksudkan pakcik Italiano itu. Beg kulit yang saya beli adalah untuk staf ofis yang pesan. Mak saya juga pesab beg tangan satu.


saya beli dua purse kat sini dari mamat bangladesh (yg tak belanja saya makan)

Sesungguhnya tuan tuan dan puan puan, saya bukanlah seorang yang pandai shopping mahupun membeli barang. Jangan kata nak beli kat orang, tengok pakaian saya sudahlah . Kesian Mak kalau saya beli tak elok nanti. Abah pun pesan wallet. Ingat nak beli wallet jugalah pada orang tersayang saya di Malaysia. Dia pun pasti akan bimbang bila saya beli nanti. Banyak jugalah barang yang saya beli mereka tak suka tapi tak pernah cakap apa-apa. Tak mau kecikkan hati saya .... hehehe

Jadi tadi saya amik gambar dulu beg beg yang saya shortlist. Kawan satu ofis pun pesan beg tangan .. saya pun bimbang nak beli kat dia mcm mana .....


tolong habak sat nak pilih mcm mana ..... !



p/s: boleh check gambar terpilih saya letak kat Flickr saya di side bar


on | 5 comments

Seperti mana Napoli menyambut saya hari pertama sampai begitu juga hari saya mahu berangkat , hujan mencurah-curah ! Dari awal pagi lagi saya dah cuak dengar bunyi hujan.

Pagi tu adalah breakfast terakhir saya di 6 Small Rooms, boleh klik kat situ untuk ke website mereka. Saya tak sempat jumpa Helen, seorang kenalan yang saya jumpa di situ, kawan pada Jenny yang selalu datang ke situ untuk bercuti dan menolong serba sikit membantu Jenny dengan kerja-kerja hostel. We had a nice conversation. Entry yang lain tentang perbualan kami (asyik bersembang saja kan ...). Pun begitu saya sempat tinggalkan pada Helen dan juga Jenny poskad Malaysia seperti yang selalu saya buat untuk mereka-mereka yang saya jumpa di perjalanan saya (kecuali Maria yang saya hanya bertukar email di atas kertas biasa).

Di bilik hostel saya terpaksa buang beberapa barang yang saya rasa tidak saya pakai dan akan membebankan beg. Antara yanng saya buang ialah shampoo apa tah, baby oil, Dettol hand wash gel, dan tali (what was I thinking .. nak gantung diri kah ..?). Saya juga buang t shirt orange saya itu sebab bercadang nak beli t shirt Napoli.

Bila saya keluar, hujan masih belum berhenti maka saya pun berjalan di dalam hujan berlagak macho tapi kelihatan seperti orang bodoh. Saya tak mahu berjimat dan saya tak mahu payung akan membebankan beg saya. Akibatnya saya kesejukan di atas tren sepanjang perjalanan dengan jaket dan kasut serta stokin yang basah. Padan muka.

haip .. dok jeling beg saya tu

bukan nak amik gambar pemuda itu
nak tunjuk seat atas tren
boleh pilih waktu nak bilik tiket seat mcm mana yang kita nak
isolated (yg mcm perempuan tu duduk)
window (mcm saya duduk)
aisle (mcm beg saya duduk)

suasana depan hostel
Cuaca di Florence (Firenze kata Italy) sangat baik dengan matahari memancar, Alhamdulillah. Oleh kerana saya dah terrer beli tiket bas di tabacchi, maka saya memilih naik bas ke hostel. Walaupun terrer beli tiket tapi saya tak terrer tang mana nak turun .... berjalanlah pulak .... dengan rasa lapar yang agak melampau. Rupanya Allah sesatkan saya untuk saya sampai ke satu Restoran Halal. Saya pilih spaghetti carbonara , mahal tak sesedap carbonara di Delicious !.

ya la carbonara mr amr khan yang buat
bukan mr antiono



Hostel saya berdepan dengan Piazza Pitti dan berdekatan dengan semua tempat menarik di Florence. Ramainya pelancong ya Allah .. walaupun hostel saya macam tak ada orang pun. Ya hostel ni mendapat review buruk, but i took the risk, murah dan ada bilik single walaupun terpaksa share bilik air.




siap berkain batik nak ke bilik air
ingat nak berkemban
agak-agak la kan ...


Petangnya saya keluar berjalan jalan dan ada ditegur seorang Italiano yang terus cam saya dari Malaysia. Florence memang cantik dan saya dapati ramai orang berbasikal di sini sebab tanahnya rata. Saya pun dok fikir ni ingat nak sewa juga basikal round sini. Kalau di Rome dan Napoli jenuh la nak kayuh panjat bukit.



the famous bridge
Tiba-tiba bila berada di Firenze ni, saya rasa amatlah huduhnya pakaian yang saya pakai. Tiba-tiba angin ingin make over datang melanda .. nampak saja scarf cantik dan baju yang saya rasa taste saya .. terus beli .. dan cepat2 balik hostel salin ..... Adik saya pun cakap buang la tudung renda buruk tu. huhuhuhu


sangat selekeh dan ganas


tetiba terus jadi gadis melayu terakhir


Semalam juga yang menjadikan ramai orang adalah kerana ada festival "White Night". Penuh jugalah dengan anak muda warga tempatan yang turut keluar dan berhibur .. bising dengan muzik dan jeritan mereka ... Dok tak dok jerit .. gila kan ...

malam di Firenze


Saya rasa lebih confident dengan baju baru dan tudung baru ...... berjalan amik gambar suasana malam yang sungguh meriah.


Balik bilik terus tidur tak sedar dunia.


p/s: Saya menaip dengan memakai t shirt Napoli yang sangat saya suka.