on Monday, May 9, 2011 | 2 comments

Milano Centrale
Stesyen Keretapi yang hanya lebih krang 10 minit dari hotel

Alhamdulillah sudah sampai Milan kemarin. Tension cari kedai beli tiket bas. Banyak kedai tutup. Jenuh usung laaa beg berat semua ni.

kawasan depan dekat hotel

Kali ni saya duduk di hotel. Hotel murah saja. Kawasan yang duduk ni pun macam kawasan kecik dalam Milan .. mcm Jinjang atau Brickfield gitu. Dan receptionist yang sambut saya pula adalah Indian.






pandangan luar dari tingkap bilik


Bilik hotel Alhamdulillah ok ok saja. Ada satu katil dan satu billik air. Tak yah share berebut dengan lain. Dan tak payah juga nak pakai kain batik ke bilik air. Dan errrr .. lagipun .. saya dah tinggalkan kain batik kan rumah Livia. Tak tau la kot dia amik basuh buat kain buruk lap lantai.


Milan panas. Tsk .. so jaket apa semua tak perlu. Kawasan saya tinggal ni pun banyak kedai Muslim. Wahh .. lamanya tak makan daging. So dinner .. kebab lah semalam.




Kita tunggu tengok esok apa yang Milan boleh offer untuk saya. Insya Allah.

Ciao !

:-)


2 comments:

Ayu said...

wehh..hang tak jumpa ka kedai fabrik ka...quilt kaa? Awatss aku tak nampak 1 gambag pun...aku pi milan next year. Ok..pukul (baghu tau org Kelantan kata pukul bukan tangkap) gambag byk2

a.n.i.Q.u.e said...

Ayu wehhh seriously kat sini quilt tak popular. Kedai kain pun kedai yang mcm Bernard Chandran punya kain. Hang mau ka .. kot nak buat baju kebaya selai ... hehehehehe

Post a Comment