on Tuesday, May 10, 2011 | 2 comments






Ok. Memang saya agak intimidated oleh Milan. Milan kota besar. Mungkin orang macam saya dari bandar kecil selalu agak intimidated oleh kota besar. Ya lah mana la tak terpisat-pisat kat sini, nak buat macam Lido. Lido boleh la .. jalan macam mana pun tak sesat, sebab pulau kecil. Kat sini saya terpaksa angkat bendera putih tak boleh buat bodo poyo. Saya beli peta Milan. 3.50 euro.


waktu ni perak lagi tak dak map
rasa dunia gelap


jumpa vending machine untuk iPod etc

Bila dah ada peta barulah cerah mata ! hahahaha. Baru sedar rupanya hotel saya tu sangat dekat dengan happening places. Kalau ke nak ke Duomo dan kawasan sekitarnya adalah baru 3 stop Metro Subway Train. Kelmarin saya hanya lalu kawasan yang macam Chow Kit .. yang sebelah belakang hotel saya. Kemarin bila saya dah ada map dah tahu metro mana nak naik, baru sedar rupanya kat belah depan selang satu bangunan .. rupanya segala mak nenek designer shops ada. Barulah cerah dunia, walaupun sebenarnya tak ada niat nak shopping lagi. Duit dan bag dah makin sempit. Nak shopping hapa lagi ... nak bahu melentur mcm buluh kah ...?



Milan adalah stop saya yang terakhir sebelum kembali ke Rome dan kemudian balik kampung. Perjalanan selama hampir 3 minggu sudah meletihkan saya. Walaupun kalau ikut niat saya nak day trip ke Turin lah, tasik-tasik di Milan lah .. Nak ke Chinque Tera lah ... tapi nampakanya saya rasa terasa lebih mahu relaks dan bersantai-santai berjalan sekitar Milan saja.


Semalam saya pun pukul kaki mahu ke Duomo nak tengok apokobondonyo yang best pasal Duomo. Saya tahu semua kedai-kedai branded yang terbaik ada di sekitarnya. Sebut saja lah brand apa yang you all kenal ... semua ada. Saya bukan kaki fesyen dan bukan kaki brand. So semua itu tidak menarik perhatian saya sangat.


kalau kat Malaysia brand mcm ni elok untuk nama hotel kan kan kan

Saya paling suka masuk kedai buku di sini. Macam saya pernah cakap dulu, bila berjalan dalam kedai buku mereka, terasa lahhhh ruginya tidak tahu berbhasa Itali. Saya melihat2 buku fotografi yang pastinya tak akan pernah dapat kelulusan masuk ke Malaysia. Pening tengok gambar lucah ! Hahaha.

Oh ya waktu di subway saya berjumpa tiga orang Malaysia, dua darinya Doktor yang datang ke Milan ada persidangan. Tak sempat berbual panjang sebab saya pun nak berhenti kat Duomo saja. Mereka ada ajak saya ikut mereka shopping ke border Switzerland. Tapi memikirkan passport pun tak bawa, saya terpaksa menolak.

Di depan Duomo saya terkena juga dengan mat bangladesh yang mahu cari makan, dengan memberi makan burung dan tolong amik gambar pelancong. Saya dah cakap saya tak mau "I dont want ! I dont want !" Hah. Kena juga .. bayar 2 euro pulak tu. Inilah hasilnya ....



eshh macam makcik-makcik sungguh

(hahaha tak sedaq diri)

:-)






2 comments:

Anonymous said...

Hah elok lah tangkap gambaq dgn burung pun, kat negara
barat sana. Kat Malaysia ada ka mau tangkap dengan
burung segala :)

Ish, berlagak lah tu nak tayang bag dia ! hahaha

Awat lah mamat Bangla suka kat kakak saya nieh :)

Hah, elok sangat nama kedai tu! Kalau nak buka kat kedah
nama jadi MaiLena lah kan!

Ayu said...

Haha...betoi2..Mailena lagi sesuai kat Kedah ni. Haghi tu aku ka Bicester Village..i.e factory outlet juai branded product..aku dok caghi bookshop tapi of course tak dak..last2 lepak kat cafe minum hot choc sambil baca story book aku bawak while waiting for my friends shop bagai nak rak. Thn depan jenuh la klu aku pi Milan...tlg suggest sat tmpt2 selain tmpt brg2 branded nih

Post a Comment