on Wednesday, May 4, 2011 | 6 comments



Antara sebab utama saya pilih Bologna dalam senarai tempat di Italy adalah kerana saya suka makan spaghetti bolognese. Ya agak bodoh alasan itu ....



Tidak tahu apakah kerana permulaan bilik yang baik (yang kemudian kurang baik) atau memang kerana apa ... buat pertama kali saya merasa gembira di sini. Roma agak membuatkan saya berhati-hati dan terpisat-pisat, mungkin sebab destinasi pertama sampai, masih jakun. Napoli pula intimidates me ... mungkin kerana bilik yang gloomy mcm dalam cell atau mungkin pekan yang sendat jalan yang sempit dan sampah yang merata-rata .... atau kerana ia bandar mafia . Firenze pula hanyalah bandar yang penuh pelancong ... dan yang membuatkan saya lebih mahu berdandan .. hahaha.



Bologna kota anak muda ... penuh dengan pelajar pelajar muda dan juga warga professor tua . Kadang di fountain kamu boleh nampak mereka membaca buku dan professor bertie dan kot menaiki basikal. Atmosfer intelek sangat terasa di sini. Apalagi bila melangkah masuk ke kedai buku ... terasa sangat rugi tidak pandai berbahasa Italy ... !





Itu hanya gambaran sekali lalu .. yang membuatkan saya sangat teruja berada di sini.

Terasa rugi hanya mengambil masa 3 hari dua malam di sini. Pagi ini saya terasa mahu berbasikal meronda bandar ini dengan lebih mendalam ....

6 comments:

Mila@Rimbun said...

nak tgk gambar k.N naik basikal boleh tak.. haha

Ayu said...

yeah...I am in love too

Hadie said...

ada pi tgk universiti tertua di dunia?
kat sana kan???

a.n.i.Q.u.e said...

Mila: Hujan pagi tadi jalan licin ... Victoria tu kata tak sesuai naik basikal

Ayu: Amboiii dalam hati ada taman nampak .... taman bunga ... hehe

Hadie: adaaa ... dok round kot tu la .. tak amik tau la pula nama .. hahaha poyonya kan

Anonymous said...

seriously, SANGAT JELOUS!!

a.n.i.Q.u.e said...

mr zul: make a vow you ll come here too soon ...insyaAllah ... (thanks for dropping by)

:-)

Post a Comment