on Friday, May 6, 2011 | 7 comments


ni hah pi salah beli air naturale yang bergas !!!
apakah ...!!!


Hari ni saya bertolak dari Bologna ke Venice dengan menaiki train murah. 9.30 Euro yang mengambil masa 2 jam lebih untuk sampai ke stesyen keretapi Venice. Kalau tiket yang mahal, boleh sampai Venice hanya dalam masa satu jam. Tren yang saya naik juga ada Kelas Pertama dan Kelas Kedua. Kalau kelas Pertama boleh duduk coach depan dan akan sampai dulu …. ha ha ha ha.

Berada di Italy buat mata saya jadi rabun terpaksa beli reading glass


Saya tidak tahu apa yang saya harapkan dari Venice setelah saya jatuh cinta dengan Bologna. Bagi saya Venice seperti satu kota yang overrated, mungkin kerana terlalu sangat diperkatakan orang. Apalah ertinya Italy tanpa Venice.


Waktu atas keretapi tu, ada lelaki muda Inggeris yang duduk di depan kerusi saya. Kami tak berbual apa pun. Cuma bila dah dekat nak sampai Venice, saya tengok dia lipat naik atas kaki seluar jeans dia .. Eshh saya heranlah pasaipa nih … Maka bertanyalah saya


“Err .. excuse me .. is t going to be wet in Venice .. do we have to wade through water ..???”


hahahah . Nampak sangat soalan bodoh. Ya lah mana lah tau kan Venice tu kan rendah tanahnya, dan sudah ada yang menjangkakan Venice akan tenggelam dalam beberapa tahun lagi. Logik kan soalan saya.

“No .. no … no … I m just not used to hot weather ...” sambil dia ketawa.

Pastu dia buat lawak ..” ya . Ya I m going to swim to my hostel ..”

Ces … buat lawak dengan makcik pakai jaket baru pulak.

lelaki Inggeris yang buat lawak

Saya sampai di stesyen keretapi Venice yang hanya bersebelahan teksi air Venice yang dipanggil Vaporetto. Tiket untuk satu kali naik Vendatta adalah 6.50 euro. Mahal juga nih. Tapi kamu amsih ada pilihan untuk selama beberapa jam harganya adalah berlainan dan lebih murah. Contohnya saya membeli tiket yang berharga 28euro dan boleh memakainya untuk menaiki teksi air dan juga bas metro di Venice dan di Lido untuk selama 48jam. Saya rasa berbaloi juga beli tiket itu kerana ya lah kan nanti nak pi mai pi mai dari Lido ke Venice.

atas pier tunggu bot no 51 nak ke Lido
tak dan nak amik gambar sebab beg kiri kanan atas belakang


Pemandu bot yang asyik sms
pakai iPhone wa cakap lu

Oh ya saya lupa nak bagi tahu untuk penginapan kali ni di Venice saya pilih Lido satu pulau kecil bersebelahan Venice. Saya sampai dengan 3 beg yang sarat. Apalagi baju yang dipakai juga sarat (ya lah baju dan jaket baru ehemmm … hehe).


Venice panas elok saja, tapi angin sejuk masih tetap membuat saya rasa tidak bersalah atau rugi membeli jaket baru yang adik saya “approve”. Bukanlah mudah nak berjalan dengan semua barang yang sarat di badan untuk sampai dari stesyen teksi air Lido ke tempat penginapan.


Tapi .. tuan2 dan puan2 …. saya rasa sangatlah berbaloi memilih hostel saya kali ini. Sangat terharu hampir menitis air mata melihat bilik dan pemandangan luar dari bilik. Saya sangat bersyukur Alhamdulillah ! Saya rasa sesiapa pun yang melihat apa yang saya dapat ini pasti menitis air mata juga … Ya sila menangis …..

jalan masuk ke hostel

hostel dan bilik saya yang mengadap jalan


pandangan dari dalan bilik

bilik saya yang sangat cozy shiny dan happy

pandangan dari dalam bilik

ruang common room dan makan pagi

common room

pandangan bawah dari atas tingkap bilik

penghuni yang sungguh gembira
asyik pakai baju yang sama

susana dalam bilik

Yang tak bestnya hanya satu saja. Tak ada wifi. Ni pun kat kedai internet kalut taip cepat2 da download gambar sebab 15minit 2 euro ... adehhhhh

Lepas berpuas hati dengan bilik dan bilik air yang juga bersih harum, saya pun keluar berjalan-jalan di Lido. Tak rasa nak pergi Venice pun, saja nak menikmati Lido dengan lebih baik. Esok sajalah kalau nak ke Venice. Memang tenang sungguh Lido nih, ada lah juga pelancong kat kawasan depan Jetty, tapi tak lah sesak sangat.

Untuk pengetahuan pembaca sekalian, di Lido ini ada pantai. Kalau musim panas, memang laku Lido ni. Saya pun berjalan-jalan dengan selipar jepun sampai ke kawasan pantai. Wahhh rupanya ada Kite Festival. Best juga mai Italy time ni ... macam2 festival ada.

Pantai di Lido pasirnya hitam dan tak lah berbatu macam pantai kat Positano ritu. Saya pun try lah buka selipar dan nak randuk air lautnya .. Sejuknya ya Allah ... tu pun ada mat salleh terjun berenang .. Gilo ko apo.


Lapar. Terpaksa makan pasta tomato.

gambar ni khas ditujukan untuk adik tersayang
musti dia suka





Saya tunjuk sikit dah la gambar wau semua tu

tak best sebab tak bawa kamera gabai tu

esok ada lagi sampai weekend

insyaAllah nanti saya amik lagi gambar yang lebih lawa

(dah tambah lebih dah ni jam internet)

ciao !

:-)



7 comments:

Ayu said...

huwaaaaaa....tgh menangis menengokkan indahnya Lido & Venice...huwaaaaa aku patut pi patut pi....

Haslina said...

Ann, you are totally one of a kind! I've been following you on your trip (bukan stalker tau!!!!). Take care!

Anonymous said...

Beskal yang cute kakak ! :) Thanks atas ingatan !
Chewah!
.
Betoi betoi ka bilik tu ok? Tak dak dah ka Sudheer kat
bilik sebelah ;) Dah check?
.

YUS said...

k. Annn hee U always make me smile! selamat bahagia meronda...hayati keindahan alam ciptaan ILAHI..SUBHANALLAH

Ayu said...

aku kat jitra ni...aku rindu kat hang...huwaaaaaaa

a.n.i.Q.u.e said...

Ayu : hehe .. aku tak mau la kata apa kan .... hehe

Haslina: Thank you so much, It s so nice to hear from you Haslina ... errr .. one of a kind tu ... boleh maksud "gila" tau ... hahahaha.

Adikku: tu lah .. tengok ja kakak tau mesti awak suka.. dan kalau ada awak akan beli dan simpan tepi almar kasut .. haha

Yus : What a surprise to see you here ! Terima kasih sudi mai sini baca kak ann dok merapu.

Ayu: I miss you too ... ;-)

amie said...

salam..

entry yang menarik..ermm..saya kat trieste, italy ni.teringin jugak ke venice...saya juga nak tanya la, kalau kami dari trieste ni mungkin sampai dalam tengah hari dan nak berjalan2 di venice, berbaloi tak beli tiket yang 48 jam tu?? dan kat mana ya nak beli fridge magnet atau t-shirt italy??

terima kasih dan sorry tanya banyak pulak

Post a Comment