on Tuesday, May 3, 2011 | 2 comments

Pengalaman share bilik air di hostel Soggiorno Pitti di Firenze sangatlah tidak best. Bilik air agak kecil dan berbau ... hmmm. Nak tau apa jadi semalam, pakcik yang share bilik air dengan saya tu, dia kunci bilik air tu dan dia simpan kunci tu .... patut la saya dok ketuk nak buka tak boleh .. Marah sungguhhhh !!! Alhamdulillah waktu saya discover kejahatannya itu, adik yang jaga hostel tu belum balik lagi. Cepat2 saya minta second key dari dia. Masuk dalam bilik air tu .. penuh dengan barang pakcik tu ... HUH ! Kalau ikut hati yang panas saya nak "bakor" jer barang dia .. boleh tanam cili, tapi memikirkan saya ni travel sorang, tak nak lah gaduh teruk nanti. Bila dah habis guna bilik air tu, saya sengaja tak tutup pintu ... hahahaha. Nak kasi dia tau saya boleh juga guna bilik air tu, walaupun dia simpan kunci ... Muahahahahahaha ...

Hari ni saya agak tenang mengemas mengambil masa untuk bergerak ke Bologna. Memang betul oleh kerana ada barang-barang baru yang saya beli di Firenze ini, maka saya terpaksa mengorbankan barang-barang lama, demi untuk meringankan beg. Saya dah beli dua beg tangan untuk emak dan rakan sekantor (ehh tetiba cakap Indonesia) yang mana kedua dua beg ini sudah memakan ruang. Saya terpaksa korbankan baju2 yang saya bawa (yang memang dah lusuh tak sesuai dah (cewahh alasan)) serta tudung2 yang Adik saya suruh lemparkan ke sungai, dan juga buku Lonely Planet saya yang tebal dan berat macam lesung batu. Saya juga korbankan jaket denim saya yang saya beli di Reject Shop di Alor Setar.

Kali ini saya pastikan daybackpack tidak dilekatkan sekali di backpack besar. Saya terpaksa pegang kedua-dua beg kamera dan daybackpak itu. Alhamdulillah tidak lah terasa membebankan sangat.

Memikirkan saya masih perlu membeli beberapa souvenir lagi, saya pun terpaksa tinggalkan beg di train station dan berjalan ke pasar . Dari semalam juga saya berfikir saya masih belum beli satu beg untuk diri saya sendiri dan rasanya saya mesti beli di Firenze kerana harga beg kulit kalau di tempat lain akan berganda.

Ketika saya berjalan di market inilah saya disapa oleh seorang lelaki yang menjaga gerai beg kulit disitu sambil mahu memastikan saya Muslim (eshhh takkanlah ada Kristian pakai tudung mcm ni..mungkin he just wanted to break the ice). Walaupun dia ada gerai di pasar dia juga rupanya ada kedai di bangunan sebelah. A very polite nice man. Di kedainya saya telah jatuh hati pada satu beg ...... yang saya rasa memang "saya". Dalam kedai tersebut ada lagi seorang lelaki yang kelihatannya macam tokey kedai (memang pun) dan mereka berdua memberitahu bahawa kedua mereka adalah Muslim yang berasal dari Palestine. Latif adalah tokey dan Naseem adalah pekerjanya.

Berbalik kepada cerita beg saya itu, alangkah sayangnya bila nak guna credit card .. wahh sudah over the limit ... But then saya rasa mereka telah memberi harga yang sangat baik untuk saya, dan saya rasa saya mahukan juga beg tersebut dan saya (dan saya dan saya ...) rasa masih ada wang tunai yang saya simpan dalam beg besar.

Gila apa kata mereka simpan duit dalam beg dan tinggalkan beg pula di stesyen. (Depa tak kata la "gila apa" tapi cara depa cakap tu mcm tu lahh.. lebih kurang). Cepat2 Naseem kata dia akan tolong bawakan beg yang saya nak beli itu ke stesyen sambil membawa baki wang untuk saya bayar. Naseem dan saya berjalan ke stesyen keretapi sambil berbual.

Naseem rupanya sudah tinggal di Italy sejak tahun 1987 lagi dan telah berkahwin dengan seorang guru perempuan Italy waktu dia berumur 23 tahun. "I married very young... my son is now 18 years old and my daughter is turning 13 this year".... Bahasa Inggerisnya sangat baik apalagi Bahasa Italy (saya rasa laa....). Mukanya pun mcm orang Itali dah ... Dia juga cerita pasal keluarganya yang lain (dua adik perempuan dan dua lelaki) Abangnya seorang yang bekerja sebagai Arkitek di Firenze telah meninggal dunia. Hidup di sini agak susah katanya "I work very hard from 9.30 till 7.30... I work and work and my wife too working .. but in the end of the day we still have no saving.."

Yang kami boleh cakap panjang tu sebab bila sampai kat stesyen saya cakap saya nak kena balik ke pasar sebab tak beli lagi keychain (bukan kusyen.... key chain) untuk sanak saudara teman taulan (bukan taulan rasul(nama peguam dan wakil rakyat PAS di Kedah). Naseem yang baik hati sanggup usung bawa beg berat saya tu kembali ke kedai.

Di kedai tokey Naseem, Latif, start bercerita pasal diri dia pulak. Kedai tu kedai Abang dia asalnya seorang Doktor. Mereka membuka business itu bersama dan Latif mendapat share sebanyak 30% dari keuntungan kedai. Latif ni sangat teringin nak pergi tinggal di Germany.

"Ever since I was young I had been wanting to live my life in Germany"

Tapi kata Latif untuk mendapat kerakyatan Jarman (tetiba teringat kawan Tok nama Kak Timah Jarman (arwah dah)), syaratnya perlu lulus Bahasa Jarman. Dia bimbang dia tak akan lulus bahasa Jarman. Maka berkatalah si Optimist Jerk ini ...

"You know what, if you know Arabic .. you ll have no difficulty learning any other language !! Because Arabic is the most difficult language in the world !"

"Ya youre right ! I speak Arabic.. I know Hebrew (because they taught us in Palestine) .. I know Italian ......" katanya sambil tersenyum, seperti mula konfiden.

Latif kata dia pernah ada gepren Malaysia dulu tapi perempuan itu telah berkahwin dan katanya ex gf dia punya suami adalah seorang guru bahasa Jarman yang mengajar mereka2 yang mahu mengambil periksa bahasa Jarman untuk kerakyatan Jarman. Ex gf nya dengan baik hati memberitahunya yang dia sanggup menolong Latif.

Latif juga bagi tau saya yang dia sangat sukakan Malaysian "because I know Malaysians care for us (Palestinians)"

Latif menawar mahu membelanja saya secawan kopi. Wahh saya memang dok teringin pagi tadi lagi nak minum kopi Italy hari ni, rupanya Allah mengabulkan doa saya. Memang sedap la wehhh cappuccino sini ...Dia belikan kopi tu di kedai sebelah dan bawa kat saya dalam kedai beg.

Rasanya Cappuccino di kedai beg better banyak dari pasta kedai dobi kan ......

Selepas itu saya terpaksa terkejar kejar kembali ke stesyen keretapi untuk berangkat ke Bologna.

Sorry saya tak sempat ambil gambar mereka. Tapi saya ambil gambar saya dengan beg itu.

rayan kan ....


:-D


2 comments:

Ayu said...

wahhh...nampak begitu Ayu dan sopan santun sekali posing dgn beg & baju yg rasanya baru dibeli di sana...peeewwiitttt

a.n.i.Q.u.e said...

ya lah kan ... berkawan pun dengan yang bernama Ayu .. kenalah jaga standard. hahahahahaha

Post a Comment