on Thursday, May 12, 2011 | 4 comments

Ini adalah malam kedua terakhir di Italy, dan malam terakhir di Milan. Baru saja balik ke bilik setelah berjalan-jalan di sekitar jalan dekat dengan hotel, jalan yang penuh dengan kedai untuk shopping. Jalan ni bukanlah kategori brand yang mahal2 gitu, yang mahal dan standard sikit atas, nu hah kat Duomo yang macam saya cerita tu. Kat sini taraf takat Benetton, Levis, H&M, OVS, Playlife, Zara, apa lagi ahh .. sat nak kena ingat …. hmmm ok tak ingat. Yang pasti kira oklah. Saya dari awal sudah mengingatkan diri bahawa tidak boleh lagi shopping apa2, sebab kalau 2gram barang sekalipun akan memberi kesan pada beg yang akan saya bawa.

kedai buku
(antara kedai-kedai)

Tapi kalau dah dasar tak sedar diri dan sedar kemampuan tu, payahlah kalau peringat berkali2 pun. Kali ni saya pilih untuk membeli buku. Ya Rabbi … sangat kan. Dah la beli sampai 4 buah. Bukan apa, saya memang dah tak tahan masuk kedai buku kat sini. Buku yang dibeli bukanlah buku Italy pun, tapi ya lah semangat membaca terus berkobar2 bila masuk kedai buku. Bila nampak saja buku Inggeris, saya pun beli.


Niat sebenar mau cari buku untuk adik saya. Siap pesan buku Faust la, Goethe la, Pascal la …. yang saya pun tak kenal. Jenuh cari .. nak pula yang Inggeris. Bila tanya manalah adakan buku penulis Itali yang diterjemah ke Inggeris kemudian dijual di kedai buku di negara Itali. Must be an insult to them. So akhirnya beli juga lah buku Leonardo Da Vinci yang memang dilahirkan di Italy. Buku tersebut adalah terjemahan pada nota-nota yang pernah ditulis oleh Da Vinci. Harap adik saya akan berpuas hati. Boleh tahan tebal tu. Hmmm...



Sebenarnya dari semalam saya berasa tidak berapa sedap badan. Patutlah rasa letih dan nak balik rehat di bilik saja. Saya demam rupanya. Alhamdulillah demam tak lah teruk, badan saya cuma meronta mahu rehat. Badan pun dah tahu dah nak hampir balik kampung dah, so dia pun “demand” untuk saya rest. Makanya, sepanjang pagi saya hanya di bilik berehat sambil tengok “Modern Family Season Two” yang sudah berpuluh kali saya tengok sepanjang masa di sini. Nak buka TV pun, TV Italy macam TV Siam, kalau cerita Inggeris semua di alihbahasa kepada bahasa mereka. Pening kepala juga tengok Twilight semalam cakap Italy.

ni yang makan semalam punya banyak sampai sakit perut


Bila tengah hari terpaksa juga saya keluar mencari makan. Ke mana lagi kalau tak ke kedai Turki kegemaran saya. Saya pilih kedia tu daripada lain-lain kedai sebab ada banyak pilihan. Malam tadi dah makan nasi dengan pelbagai daging salai, membuatkan perut saya meragam. Kali ni saya pilih makaroni dan fries, dan juga sayur apatah dengan roti. Roti saya bungkus balik boleh buat breakfast mcm kemarin.



Perasaan saya terhadap Milan adalah biasa-biasa saja. Mungkin sebab seperti yang saya katakan ianya kota, kota besar yang ramai penduduk dan kosmopolitan menyebabkan kedatangan saya bukanlah satu yang asing. Maksud saya sebagai Muslim bertudung dan berjalan bersendirian di sini tidak lah menjadi sesuatu yang “alien' bagi mereka. Tidak seperti di tempat lain terutamanya Napoli, setiap pergerakan terasa diperhati. Di sini saya boleh bebas. Cumanya bila saya masuk ke kedai kebab, tok tok Arab dan geng-geng Afrika tu memanglah tengok saya semacam saja. Tapi oleh kerana tiap kali masuk situ, saya memang lapar, jadi saya buat bodo saja la ...




Bila dah hampir nak balik ni, perasaan saya mula menjadi seperti mana saya mula sampai. Semua perasaan bercampur-campur. Ada rasa sedih, ada rasa gembira, ada rasa bimbang …. hmmm. Sedih sebab pengembaraan saya sudah hampir berakhir. Tiga minggu mungkin dikira panjang bagi sesetengah orang, dan mungkin dikira pendek bagi yang lain. Bagi saya tiga minggu adalah mencukupi. Tidak mungkin saya mengenali Itali dalam masa yang singkat itu. Ada banyak yang saya perlu fikirkan dan muhasabah diri sepanjang saya berada di sini. Mungkin saya akan menulis lagi dalam satu entri yag khas tentang perasaan dan pelajaran sebenar yang saya pelajari selama tiga minggu ini.


Esok saya akan bertolak kembali ke Rome dan tidur di hostel Coconut yang sama untuk hanya satu hari. InsyaAllah saya harap dapat bertolak awal dan menaiki tren yang awal. Rasanya ada lagi yang perlu saya cari di Rome.


Ok. Sudah mula mahu berkemas. Wish me luck !



4 comments:

zhfrz said...

thank you kak n

Ayu said...

ohhh...sedihnya aku hang nak balik...eh..eh..patutnya gumbira kann..bukan apa dah tak dpt mengikuti adventure hang lagi

Anonymous said...

saya menanti tulisan Ann ttg pengalaman dan pengajaran..

::aliza::

zachariaslafalce said...

List of best casinos for players of casino games
We 크롬 사이트 번역 list 배팅 the best casinos for online gambling in 2020: ✓ 가입 머니 주는 사이트 Table kbo 분석 Games ✓ Slots 검증 사이트 먹튀 랭크 ✓ Table Games ✓ Live Dealer  Rating: 4.4 · ‎Review by Casino Sites

Post a Comment