Haih … susah juga nih bila shared bathroom. Waktu saya taip blog ni, dah 10 kali keluar masuk cek bilik air kosong ka dak … dari tadi tak habih2 sapa ntah kat dalam bilik air tu . Korek telaga kah ? Lama gila. Dah la petang tadi pakcik mana masuk tak kunci pintu. Saya pi terus buka .. “Warghhh...” punya lah terkejut … Terus tak jadi masuk bilik air dan terus keluar berjalan cuci mata bagi clear balik.
Dah la tiap kali nak pi bilik air tu siap dgn kain batik scarf apa segala … Terserempak dengan jiran pulak .. pelik tengok kain batik dgn t shirt beliau bertanya “Where are you from ..?” Saya jawap “Afrika” hahahaha kidding !
Pagi tadi saya siap awal. Nak kluar pegi Siena (si-yea-na). Berjalan punya jalan maka sesatlah saya. Memang menjadi sungguh peribahasa Melayu kepada saya “Malu bertanya sesat jalan”. Saya memang pemalu orangnya.
Tapi Alhamdulillah sesat punya sesat saya jumpa satu view yang sangat cantik gila. I could see Firenze from a top of a hill !! Amik masa sat kat situ menikmati pemandangan yang subahanallah best !. Pastu pukul kaki turun lah pulak. Gila ahh dok jalan saja … harap sangat badan slim lawa bila balik nanti.
Dipendekkan cerita saya sampai juga ke Siena. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 1 jam setengah. Itupun sebab jam nak masuk dan keluar Firenze. Saya pilih naik bas walaupun ada khidmat keretapi ke sana. Siena tu jauhnya macam Alor Setar-Penang. Saya tak bercadang lama di situ sebab nak ligan masa nak balik ke Firenze nak beli barang pesanan mak abah adik bradik sanak saudara teman taulan. Saya rasa Firenze adalah tempat yang paling sesuai untuk beli souvenir apa lagi di sinilah pengeluar utama barangan kulit. Macam saya cerita dalam entry lepas, jenuh pilih. Tapi berhati-hatilah dengan kulit yang besar kemungkinan datang dari China. Ada lagi yang mungkin saya kena beli esok hari selepas check out.
Mak saya dah cuak dengar saya nka beli beg kat dia ... hahaha bimbang tak elok la tuuuu. Tapi bila Mak dengar saya dah refer dengan adik perempuan, dia lega sikit rasanya .....
Saya pun memang bimbang apabila mula membeli barang …. bukan apa .. saya beli barang sebagai ingatan …. cumanya, saya dok fikir macam mana nak usung barang2 tu di belakang saya nanti ! Nak usung rata pulak tu, sebelum bertolak balik. Saya doakan Allah mudahkan dan kuatkan mental dan fizikal saya mcm incredible hulk … biar gagah bawa beg tu.
Cara nak ringankan beg tu hanya satu….. terpaksalah saya buang barang2 yang tak berkaitan dan tinggalkan di Firenze ini. Antara yang terpaksa saya korbankan adalah buku Lonely Planet yang berat 2 kg tu …. dan juga tudung renda2 yang adik saya cakap huduh dan boleh dibuang ke sungai. Mungkin nanti kalau sesiapa pulak mai sini akan jumpa makcik cleaner Italiano yang pakai tudung tu.
Kita lihat mcm mana esok nanti bila saya usung beg tu ke Bologna.
3 comments:
cantiknya permandangan dari lensa k.N nii... ntah bila lah nak sampai kesana
kini anda belajar satu lesson tentang negara barat. nak
masuk toilet/bathroom kena knock dulu le :P
Mila: tq ... tapi jenuh juga la dok heret kamera nih ...... hahaha
Hadie: hahahaha ... kami lupa kami kat negara barat ... :-P
Post a Comment