Ini adalah senarai barang-barang yang saya bawa ke sana untuk perjalanan selama tiga minggu sewaktu musim bunga.
Musim bunga adalah musim yang paling elok untuk ke negara Eropah kerana cuaca sangat baik dan tidak begitu sesak kerana musim panas adalah high season dan harga hostel atau tiket2 lain akan mahal. Dan musim panas di sana sekarang memang panas seperti di Malaysia. Kalau nak pegi musim panas, baik pegi Langkawi saja .. hahaha. Walaubagaimanapun sekarang ramai juga pelancong lain yang memilih musim bunga untuk melawat Eropah atas sebab2 di atas dan saya rasa mungkin nanti musim bunga pun akan jadi high season.
Pakaian.
Jeans atau seluar panjang 2 helai. Satu seluar panjang untuk tidur. T Shirt 1 helai. Tudung 4 pasang. Baju berjalan 3 helai. Jaket 1. Sarung kaki 3 pasang. Pakaian dalam 3 untuk bra dan 6 helai seluar kecil. Telekung. Bandana 3 helai. Walking shoe. Kain sarung.
Tips
Untuk T Shirt bawa satu saja yang mungkin sudah lusuh kerana bila sampai di sana kamu boleh membeli t shirt sebagai cenderamata untuk diri kamu sendiri. Dan T shirt yang luduh (lusuh dan huduh) tadi boleh dibuang atau ditinggalkan di sana.
Begitu juga dengan baju2 lain. Memang kalau ikut niat di hati kita tidak mahu membeli baju baru, tapi percayalah kamu akan tetap teringin membeli baju di sana yang cantik di mata kamu. Bawa seminimum boleh untuk baju dan yang lain nanti boleh dibeli di sana.
Saya bawa bandana sebagai anak tudung. Dan bandana juga boleh dijadikan sapu tangan.
Untuk kasut cari lah kasut yang paling baik yang kamu mampu beli. Tak perlu bawa sandal mahal kerana kamu tak akan guna pun di sana
Kain sarung boleh dijadikan tuala kadang dan kadang sebagai sejadah dan boleh juga dijadikan kain solat dipakai dengan stokin
Barangan kebersihan
Tips
Untuk semua yang di atas, jangan bawa yang baru dibeli kecuali kalau memang kamu beli travel pack (mcm pencuci muka toner dan krim yang memang dijual dalan kuantiti kecil sebagai travel pack). Mcm deoadarant, bawa lah satu yang telah kamu guna setengah. Sabun dan shampoo elok di bawa dari sini sebab kita nak tinggal di hostel yang tidak sediakan semua itu.
Saya rasa silap bila tidak membawa shampoo dan sabun mandi dan terpaksa membeli di sana denngan hara 3 euro untuk semua itu. Ingat kita akan ke tempat yang tukaran matawangnya tinggi. 3Euro boleh menjadi breakfast atau lunch kamu untuk hari itu.
Untuk make up, sebab saya yang jenis simple, saya beli yang BB cream saja.
Bedak talkum yang saya maksudkan macam Elken ... atau bedak berubat lain yang kamu akan letak dalam socks dan dalam kasut untuk mengelakkan bau yang harum ... Bedak ini juga boleh dijadi sebagai ganti untuk deoadarant. Bawa yang kecil dan telah digunakan setengah.
Barangan keperluan lain
kacamata hitam. Selipar jepun. Safety pins. Getah ikat barang. Nail clippers.torchlight kecil. Padlock kecil (3). penyepit baju (5). brooch untuk tudung.
Tips
getah kecik tu untuk kadang kamu perlu nak ikat apa.
Safety pins pun memainkan peranan macam nak tutup curtain atau untuk apa saja.
Padlocks adalah untuk beg dan kadang untuk locker hostel kamu.
Selipar jepun bawa yang nipis saja untuk ke tandas.
Barangan Perubatan
minyak cap kapak atau tiger balm. Panadol.spirulina. Vitamin c. eno. Antibacterial wipes. Plaster.
Tips
Tiger balm .. kot lengoh kaki atau lutut hahaha (bagi yang tua).
Spirulina adalah baik untuk tenaga dan kesihatan kamu di sana, sebab makan kadang tidak menentu sedangkan kamu perlukan tenaga dan kesihatan yang baik.
Vitamin C baik untuk menglekkan selsema atau demam sepanjang di sana. Kalau kamu suka, makan buah saja di sana sebagai Vitamin C
Barangan elektrik
kalkulator kecil. Kamera. Ipod/mp3.memory cards. Laptop kecil (kalau boleh). Handphone. Dan chargers untuk semua perkara yang disebut. External harddisk.
Barangan Lain
Notebook kecil. Pen.Phrase book untuk bahasa di sana. Post cards Malaysia.
Tips
Poskad Malaysia untuk kamu beri pada kenalan yang kamu jumpa di jalanan yang boleh kamu tulis nota atau alamat email kamu sebagai tanda ingatan untuk mereka.
Kamera
Ok, bagi yang gila dslr, tak payah bawa banyak lense. Bawa yang kit lense saja sudah mencukupi, 50-100mm atau 50-200mm. Melainkan kamu memang hardcore yang memang ke sana untuk amik gambar semata2. Saya bawa juga lense 50mm tapi amat jarang digunakan. Kalau boleh bawa juga satu kamera compact kecil kerana adakalanya kamu tidak sempat tarik keluar dslr dan compact kamera senang dipegang di tangan.
Dokumen-dokumen penting
Passport. Kad pengenalan. Tiket kapalterbang. Segala dokumen berkaitan tempahan hostel (print out) termasuk confirmation perubahan tarikh dll (jika ada). Credit Card. Insuran perjalanan. Wang Tunai yang telah ditukar
Tips
Fotostat semua yang di atas dan:-
bawa bersama dan diletakkan dalam beg yang berasingan
tinggalkan satu alinan kepada keluarga terdekat
satu salinan kepada teman baik
Maklumkan kepada Bank credit card tentanng tarikh kamu ke sana supaya tidak timbul masaalah bila menggunakan credit card di sana nanti.
Buat pin nombor juga untuk credit card untuk emergency jika kamu terpaksa keluarkan duit atau untuk kamu membeli tiket keretapi di mesin.
Bawa credit card asing sebagai extra jika boleh yang kamu simpan asing dari credit card utama. Guna hanya untuk emergency bukan shopping !
Jika boleh ambillah insuran perjalanan .
Untuk backpack, saya akan bincangkan dalam satu entry khas nanti insyaAllah.
p/s: ini hanya berdasarkan pada pengalaman saya sebagai panduan. List masih boleh diubahsuai ikut kesesuaian kamu
2 comments:
err..seluar kecil tu saiz berapa punya..???
excellent tips ann...menjadi satu impian untuk saya mengembara sendirian cuma hanya sekali berjaya...itu pun di langakawi...he he he...pastinya akan ada peluang untuk berkelana sendirian nanti...teruskan dgn apa sahaja info ann jgn biarkan blog ini sunyi setelah pulang dari berkelana :)
Post a Comment