Jam sudah 12 tgh malam lebih dan saya masih berjaga di atas katil di dalam dorm Coconut Hostel. Kali ini saya mendapat bilik yang depan dengan lima katil single (bukan double decker). Dua daripada dorm mates sepasang remaja India berumur sekitar awal 20an yang baru memulakan pengembaraan ke beberapa negara Eropah dengan memilih Rome sebagai destinasi pertama. Dua orang lagi remaja kulit putih yang tidak pun saya sempat berkenalan.
Saya hanya mahu berkongsi di sini mengapa saya memilih untuk backpack secara solo atau bersendirian. Jawapannya adalah kerana ini adalah sesuatu yang sudah lama ingin saya lakukan. Memang kawan saya Ayu ada bercadang untuk sama-sama mengikut saya ke sini. Namun begitu sebab dia ada rancangan lain, maka beliau tidak dapat ikut saya. Mungkin Allah sengaja membiarkan saya mengembara bersendirian kerana memang sedari lama dulu adalah menjadi cita-cita saya untuk travel bersendirian.
Sebelum ke sini saya ada juga ber backpack ke beberapa negara Asean lain. Backpack saya yang pertama adalah ke Thailand lebih kurang tujuh tahun lepas. Buat pertama kali saya belajar dan membuat research demi research tentang backpacking. Dari segi memilih beg hinggalah ke pada background research tentang tempat yang saya mahu tuju itu. Saya pergi bersama adik perempuan saya dan kami berjalan berdua selama lebih kurang sembilan hari ke Krabi, Phi Phi Island, Phuket dan Koh Lanta. We loved Phi Phi Island so much ! Dan kami pulang ke Malaysia enam hari sebelum Tsunami melanda pulau kecintaan kami dan beberapa tempat lain di Asia!
Namun untuk pengembaraan saya kali ini, terus terang saya katakan resarch saya tidak begitu baik. Persediaan saya juga tidak sebaik sewaktu saya bersiap ke Thailand mahupun Kemboja dahulu. Memang akan kelihatan terlalu beria kalau saya katakan untuk research Thailand saja saya mengambil masa hampir 9 bulan lebih. Saya boleh terangkan segala tempat yang telah kami tetapkan untuk sampai sepertinya saya sudah pernah ke sana. Begitu teliti dan terperinci. Namun dengan Italy, saya tidak begitu. Makanya banyak kejutan yang saya alami.
Berjalan bersendirian ada baik dan buruknya. Fikirlah baik baik jika kamu mahu membuat pilihan. Mungkin memang sifat saya yang suka bersendirian makanya adalah tidak menjadi isu sangat untuk saya berjalan bersendirian. Malah kalau di Malaysia pun, ada ketikanya saya mengambil cuti bersedirian , selalunya ke Langkawi saja sebab dekat.
Bila bersendirian seperti di Italy ini, ada kalanya saya berasa vulnerable. Terasa rendah konfiden diri dan adakalanya juga perasaan takut akan datang. Saya bukan mahu belagak berani. Saya sedar kelemahan saya. Perasaan takut akan selalu datang dalam hidup kita terutamanya bila kita berada di dalam situasi yang baru yang kita tidak pernah biasa. Apalagi bila bersendirian. Jika saya bersama teman saya pasti perasaan takut itu tidak akan begitu terkesan kerana kita bersama dengan orang lain yang kita telah biasa.
Berjalan bersendirian membuatkan saya bangun menghadapi ketakutan saya. Saya melawan ketakutan itu dengan daya yang saya ada sambil menilai diri sendiri. Saya menilai tahap keberanian diri menghadapi rasa takut.
Tapi, tahukah kamu bahawa ketakutan yang kita rasa senjatanya adalah ILMU. Kamu tidak akan takut jika kamu mempunyai pengetahuan. Kita takut kerana kita tidak tahu apa-apa. Macam yang saya ceritakan tentang Milan dan petanya. Memang rasa kelam dunia bila tidak tahu jalan-jalan di sini . Namun bila ada peta dan dengan pengetahuan yang kita ada dari peta itu, keyakinan kita akan meningkat 100%. Bukan kita tidak tahu itu, bukan saya tidak tahu itu. Ya secara teori semua orang tahu, tapi when it comes to the crunch, atau bila betul2 mengahapinya baru kamu boleh menilai teori yang kamu ada itu untuk dialihkan kepada praktikal. Asas hidup yang saya diingatkan lagi di Italy.
Mengembara bersendirian juga membuatkan kamu belajar bersembang dengan orang asing. Mungkin kalau dengan kawan pun kamu akan bersembang juga dengan orang asing. Tapi ada bezanya di situ. Kadang oleh kerana kamu bersendirian maka orang lain juga mengambil peluang untuk bersembang dan berkenalan dengan kamu. Seperi yang kamu baca dari apa yang saya lalui, saya telah berjumpa dengan beberapa orang sepanjang perjalanan ini. Lena, Laura, Lidsay, Lauren (the four Ls) Jenny, Helen, Maria, Raphael, Livia, Virgina, Naseem, Latif dan juga yang satu itu , ya mana boleh lupakan insiden kedai dobi … hahaha.
Helen yang saya jumpa di Napoli di Hostel 6 Small Rooms telah pun beberapa kali beremail dengan saya. Dengan Helen dan Maria, mereka sama-sama berkongsi cerita tentang perjalanan bersendirian pada umur seperti kami. Kata Maria “Even though I am a seasoned traveller, at my age now, I feel like I ve lost a bit of my confidence, perhaps because of my age ...” Ini juga disuarakan oleh Helen. Ya lah bila dah berumur jalan sorang-sorang kalau ada orang buat hal kacau, larat ka nak berlawan tumbuk lagi.
Dan kalau ada kawan yang bersama di dalam perjalanan kita, pastinya tidaklah menghampakan juga. Dengan teman tadi kita boleh sama2 berkongsi rasa dan pengalaman sambil sama2 lebih memahami dan mengenali diri masing2.
Namun haruslah juga diingati, tidak semua teman baik adalah teman yang baik untuk bermusafir bersama. Kerana seperti yang kita tahu, hanya dengan melalui pengembaraan dan bermusafir kamu akan lebih mengenali teman kamu tadi dan juga sebaliknya. Waktu travel ni lah, segala perangai akan keluar. Yang baik dan pastinya yang buruk. Kita akan bersama hampir setiap jam tidak seperti selalu kalau tidak bermusafir bersama. Manalah tak keluar segala perangai sebab memang tak dapat disembunyikan lagi. Adalah lebih baik jika kamu dan teman yang akan bermusafir bersama berbincang terlebih dahulu perkara2 asas yang kamu berdua persetujui di dalam perjalanan ini. Ya lah contohnya , hostel2 dan B&B yang kamu berdua mahu pilih. Tak naklah kan bila dah sampai sana timbul dialog “Hang la yang pilih hostel ni .. nak dok sangat sini..” Dah tak syok kan. Atau bab makan mcm kamu yang tak nak rasa atau makan langsung selain dari maggie mee yang kamu bawa. Kesianla kan kawan kamu yang nak makan kebab kedai mamak.
Kalau boleh bagi tau siap2 perangai2 kamu yang tak berapa elok tu, supaya kawan kamu faham. Dan kamu juga kena faham perangai kawan kamu juga. Kena amik taulah benda yang dia suka dan tak suka.
Walaubagaimanapun, apa yang paling penting adalah kesearasian dan sifat tolak ansur yang tinggi. Tapi kita pun tak nak lah kawan kamu saja yang asyik tolak ansur dan tahan dengan perangai kamu yang cranky tu !
Bersendirian atau berteman kamu masih perlu bergantung harap pada Yang Satu. Dialah yanng menjaga kamu atau kamu dan teman kamu. Doa dan restu ibu bapa serta orang2 tersayang juga memainkan peranan. Saya bertuah kerana mak dan abah saya mereka berdua sengat liberal dalam hal ini. Tidak sekalipun mereka meragui kemampuan saya untuk melakukan pengembaraan saya secara solo ini. Mak saya kalau bimbang pun sebab dia tension tak tau nak tepis macam mana soalan dari kawan2 dan adik beradik yang selalu berbunyi " Eshh tak pa ka cik Zah oiii .. hang biaq dia pi jalan macam tu ... tak takut bahaya ka...".
Pernah waktu saya plan mahu berbackpack secara solo ke Bangkok dulu (yang tak jadi) , mak saya hanya berkata "Hang pi diam2 sorang2 jangan habak kat orang lah .. mak tak tau nak jawab apa dengan adik beradik.." hahaha.
Dan tahukah kamu abah saya membaca Yasiin setiap hari sepanjang perjalanan saya di Italy memohon padaNYA agar anak perempuannya selamat .......... Saya tak boleh bayangkan betapa saya sangat menghargai apa yang Abah dan Mak saya lakukan. Tanpa doa dan restu mereka, saya pasti tidak akan mampu melakukannya.
1 comments:
Adik Ann. Ni nasihat akak, lenkali jgn pi jejalan sesorang yeh. Kalau takat dekat dekat malaysia, indon, kemboja, thailand boleh lah pi sendiri.
Kalau Ann tahu serba sedikit seni pertahankan diri, akak tak kisah Ann nak pegi memana, k.
Tapi bile usia nak meningkat, eloklah pi jejalan dgn org yg kita kenal, k. Pasni, nanti dah kawin, pi jalan backpacking dgn husband. k.
:D
Post a Comment