Pagi tadi memang tak kalut. Saya ambil masa dengan tenang bersiap untuk keluar berjalan-jalan. Niat di hati sekadar menaiki subway dan pergi ke mana saja terasa hati mahu berhenti.
Semalam saya tidak makan apa-apa kerana terasa malas mahu keluar dari bilik. Oleh kerana sudah tahu ada banyak kedai muslim yang berdekatan saya memang konfiden insyaAllah boleh makan “brunch” banyak2 dan boleh tahan perut sampai ke petang. Dalam perjalanan ke kedai makan saya terjumpa pasar pagi. Wahhh tak jauh beza dengan pasar pagi di Malaysia.
Makan pagi saya makan nasi dan daging kebab. Gembira sungguh dapat jumpa nasi dan daging.
Perjalanan saya sudah semakin bosan kerana sudah hampir sampai ke penguhujung. Tak ada yang menarik sangat yang mahu saya ceritakan lagi. Cuma kalau boleh la saya nak cakap kat mamat afrika dan bangladesh kat sini.... tolonglah jual barang lain selain daripada pistol belon sabun dan tali “friendship” . Eshhh ada hati tanya saya nak beli ka dak pistol belon sabun tu …. !!!
Perut agak kurang sedap. Makan nasi turki banyak sangat kot .....
9 comments:
Maknenye, Bangla n India ni merata dia ada kan berniaga... Sampai ke Europe pun diaorg ada ;)
Ann...br ada masa nak menjengok ni lps siap satu grant proposal...laaa nak balik dah ka?
Sue: memang Sue .. rata depa ni ada tau .... ramai juga yang lari sini lepas tak best kat Malaysia katanya
Ija: ohh thank you for dropping by ! memang dah nak balik dah Ija wehhh ... tak larat dah aihh lama2 kat sini. hahaha
wehh...aku dok melayan tgk youtube lagu kabhi kushi...tgk si hitrik roshan ni teringat mamat bangla kedai dobi..issh..awat tak tau...can't wait 4 u to come home...
Ayu: hang memangggg ... seronokla nak gelak kat aku ... hahahaha !!
kita br nak warming up, dia dah nak balik la plk...rs mcm br sj Ann ckp br sampai dkt sana tu...anyway seronok 'ikut' Ann jalan2 ni, nanti nak tunjuk dkt Jatt boleh?
Ija: time flies kan ... pejam celik dah 3 minggu. You are so courteous ... baiknya tanya dulu nak bagi tau kat Jatt ka dak ... kalau dia tengok mesti dia terkejut ... hehe
nak balik dah ke kak Ann? ingatkan nak keliling Europe...baru terperasan blog kak Ann ni, sorry... beraninya kak Ann jalan sorang2... errr, saya memang tau kak Ann berani, tapi tak sangka sampai ke negeri org... respek la...
Ayu: amboiii syok nya dok gelak kat aku .... hahaha
Yoon: hahaha.. dah balik Malaysia dah pun Yoon oiii .. :-)
Post a Comment