Showing posts with label dorm mates. Show all posts
Showing posts with label dorm mates. Show all posts
on Wednesday, April 27, 2011 | 4 comments
Pulang dari bejalan-jalan dengan Lena semalam, ada tetamu baru di bilik. Lauren, Canadian. Ketinggiannya membuatkan dia sangat merasa tidak selesa berada di katil bawah, mengambil alih tempat Lindsay. 5'11 katanya. Wow ... seperti model jalan kucing, kurus tinggi dan pasti tidak menjadi masaalah untuk tolong ambilkan buah di pokok yang tinggi.

Lauren peramah dan tidak putus-putus bercakap. Kadang dengan dirinya sendiri. Sepatutnya dia datang dengan seorang kawan. Malangnya kawan tadi kehilangan passport di lapangan terbang.

"She just took out the passport and left it on the table. Who in the world do that? Its her fault. I would hold dearly to mine" katanya kepada kami.

"Well I guess she got to learn her lesson the hard way" kata Lena.

Aku diam sibuk dengan internet yang baru boleh berfungsi wifi (ya salah aku sebenarnya bab wifi ni .... salah masukkan password rupanya huruf yang ditulis Elena yang aku sangkakan hurug "g" kecil adalah nombor "9". Tulisan mereka agak berbunga).

Lauren kelihatannya seorang yang seasoned traveller. Boleh berbahasa Perancis dengan baik dan bekerja sebagai waitress. Kagum aku sebenarnya dengan gadis-gadis Inggeris ini yang sedari muda sudah berjalan rata membuka minda mematangkan fikiran. Apalagi kedudukan matawang mereka yang kukuh membuatkan mereka mampu berjalan walaupun Lindsay dan Laura agak merungut tentang tukaran matawang US Dollar berbanding Euro yang kata mereka sangat tidak baik sekarang . USD 1.4 = Euro 1. Melopong mulut mereka semua mendengar tukaran Ringgit Malaysia pula berbanding Euro.

Lindsay dan Laura masih lagi belajar. Mereka belajar di Ireland untuk selama satu semester sahaja. Ramai pelajar universiti Amerika berbuat demikian dengan cara "credit transfer" dari universiti mereka di Amerika ke mana-mana universiti pilihan di dunia.

"Many people that I know do that. My boyfriend is in Spain, another of our friend is in Florence .... bla bla bla"

Wow .. aku tak pasti universiti di Malaysia ada melakukannya atau tidak. Agak payah barangkali dengan tukaran matawang yang mungkin akan menjadi satu masalah.

Lauren sedang sibuk melayari internet untuk mengetahui tempat-tempat yang akan dilawatinya dan kami mengajaknya untuk ikut kami ke Colloseum esok paginya.

Maka pada pagi tadi kami bertiga melangkah kaki bergerak ke Colloseum menaiki Metro train, menjadi ikan sardin di dalam train yang sesak dengan warga Rome ke tempat kerja.

"I cant imagine living and working here .. how do they live with all the tourist around ..??" Lena pernah bersuara.

Oleh kerana tiket Roma Pass aku masih valid untuk satu hari setengan lagi, aku serahkan tiket itu untuk Lauren memakainya. Mudah untuknya menaiki bas atau metro ke sana sini. Lauren juga tidak lokek menawarkan khidmat mengambil gambar kepada Lena yang kini terpaksa menunggu untuk ke kedai menukar charger kamera yang salah dibeli itu.

lauren dan lena


Selesai di Colloseum (yang aku tidak merasakan berbaloi) aku bergegas pulang mengambil kembali backpack di hostel untuk bergerak ke Naples.

Tiket boleh dibeli di mesin tiket dengan memakai wang tunai ataupun credit card. Sangat mudah. Hanya memilih bahasa dan lokasi yang akan dituju. Terus mesin akan menunjukkan senarai keretapi yang akan ke sana bersama waktu dan harga tiket. Jika mahu cepat sampai, kita boleh memilih tren yang paling laju. Kalau mahu ke Naples dalam hanya satu jam, ya boleh saja ... harganya Euro44.

Aku pilih yang paling murah Euro10.50. Kamu boleh bayangkan kelajuannya .... dua jam empat puluh dua minit. Masih berbaloi kerana kelajuannya yang sederhana boleh membuat kamu lebih menikmati pemandangan negara Itali yang cantik ini.

Agak terkejar aku membeli tiket kemudian berjalan menaiki tren tapi diberitahu aku belum validate tiket. Arghhh Italian tickets and their validating machine !!! Bukanlah pemandangan yang selalu bagi mereka agaknya di Termini perempuan bertudung berlari-lari tercari-cari mesin validasi yang rupanya hanya di tepi tiang keretapi ... kalut sungguh aku ni, satu sifat buruk yg selalu memakan diri.

"You look like a turtle" kata Lena tadi melihat aku mengusung backpack. Ceh !!

"Ya I m a Ninja Turtle !!"



maaf kualiti gambar kurang memuaskan
agak segan nak pulun amik gambar atas tren




on | 3 comments


Lindsay cakap dia sangat lapar.

Aku cakap:

"Why dont you go to the laundry shop,

maybe you might get a free pasta too"

:-)
on Tuesday, April 26, 2011 | 6 comments

Hari ke empat dimulakan dengan satu perkara yang tak best sangat. Malas nak cerita panjang, tapi mood agak kurang baik dan terasa seperti tidak mahu kemana-mana lagi hari itu. Lindsay dan Laura sudah check out meninggalkan aku dan seorang lagi gadis Amerika yang belum pernah sempat aku berkenalan. Kadang dia hanya pulang bila kami bertiga sudah hanyut dibuai mimpi. Dan pada hari kami bertiga mahu ke Vatican, dia yang masih baru bangun menggapai laptop di common room menjerit bertanyakan kami "Is today Easter Day ..??" Hmmm nampaknya dia bukan remaja yang alim seperti Lindsay dan Linda yang beria-ria mahu pergi ke Vatican mendengar khutbah Pope. :-)

Pagi itu aku gagahi juga bersiap untuk keluar bilik, dan dia juga sudah bangun rupanya dengan muka yang kelihatan tidak ceria seperti aku juga. Dengan nada kecewa beliau merungut tentang kameranya yang tidak di bawa charger bersama. Manakala charger yang baru dibeli di sebelah Stesen Termini, gagal berfungsi. Aku hanya bersuara simpati sambil mengambil tuala ke bilik mandi.

Selesai mandi aku lihat dia kembali baring di atas katil dengan air mata berlinangan. "Wahh .. kamera tak ada bateri pun menangis ni ..." kata aku dalam hati.

"What happened ... are you ok ..?"

Dia mengesat air mata . "I dont know.... I feel stupid ..."

"Arent you going out annywhere today..?" aku bertanya

"No.. I dont think so ... its no use going out without my camera ...".

Ya .. mood aku pun tak best. Tapi ada lagi orang yang lebih tak best moodnya.

"Hmm ... look, I have two cameras with me. Why dont we go out together and you can use my camera... "

Aku nampak lampu bulb kuning atas kepalanya.

"Do you have like an externak hard disk or anything that you can transfer your pictures later from my camera..??"

Dia bangun dan kelihatan bersetuju dengan cadangan aku. Katanya dia ada memory card yang mungkin boleh dipakai ke kamera aku.

Yang lainnya adalah sejarah . (the rest is history) hahaha..

Ya kami berjalan berdua membeli Roma Pass, berlari melintas jalan di kota Rome, meredah hujan dengan basah kuyup, menikamti gelatto sambil duduk di kaki lima jalan, sesat diatas bas ketika pulang dari Muzium Nazionale, menghirup udara Rome dan ronanya. Seadanya kami cuba mengambil meresap segala kenangan di situ kedalam jiwa dan disimpan dalam kamera. Mata mata orang ramai tidak pernah lekang melihat seorang Muslim bertudung bergelak ketawa dengan gadis kulit putih yang biru mata dan perang rambutnya.



Ketika berjalan ke Metro Station tiba tiba seorang lelaki Rome (aku tidak pasti bangsanya) menariknya lantas memeluk dan mencium kedua pipinya sambil memberitahu aku "She is my girlfriend !". Aku hanya tersenyum. Terus aku faham kenapa dia sering pulang lewat ke bilik kami.

"How do you know him ?"

"Oh yesterday when I was at the Vatican .. he sort of just came to me and hugged me .. !"

"Oh you went to the Vatican too ..?"

"Yeahhh..."

Aku tidak bertanya panjang. Kaki kami terus melangkah mencari Metro train untuk ke Vatican.

Cuaca pada hari itu juga seperti faham mendung hati kami dengan bercucuran hujan membuatkan dia lebih lebih merasa kelam dunianya. Aku saat itu merasakan dia lebih terbeban dari aku. Lantas sugul aku tidak bermakna lagi. Imigrant Bangladesh agak ramai di Rome, bila saja hujan turun mereka terus membawa payung menawarkan pada pelancong yang kebasahan. Bila matahari menyinsing mereka membawa bersusun kacamata hitam untuk berlari lari mencari pelanggan yang tidak dapat menahan mentari panas ke mata. Hari itu pelancong masih ramai yang berarak ke Vatican Ciy, walaupun Easter sudah habis, masih ramai yang tidak melepas peluang melawat kota Pope itu.





"Oh I hate rain..." katanya kepada aku.

"Hey it ok .. its going to be fine today" kata aku yang terkenal sebagai optimist jerk. hahaha

Hujan makin lebat dan kami tidak mampu lagi berjalan menghindari hujan. Aku dan dia berhenti di tepi jalan di bawah bumbung kedai.

"I hate rain. It rains almost everyday in Spain". Rupanya dia guru bahasa Inggeris di Spain yang sedang membuat praktikal atau internship di sana. Betapa menariknya !

"Ya ya ya .. it rains in Spain when you are in pain" kata aku cuba nak berlawak !

Sambil kami berdua menunggu hujan dan melihat para pelancung memanjang kaki ke Vatican City, dia mengeluarkan rokok.

"I m sorry but I just have to smoke"

" I have addictions you know ... it runs in the family.."

Aku diam.

"My father drinks a lot ... hes useless .."

"My sister is only 19 and she has started drinking wayyy to much too..."

"I told her not too .. look at our father ..!"

Aku masih tetap diam. Dia kemudian bertanya aku tentang Malaysia... dan sekali lagi aku mengulang cerita yang sama aku ceritakan pada Lindsay dan Laura.

Mereka semua tidak tahu tentang summer adalah musim sepanjang tahun di Malaysia. Lindsay malah bertanya macam mana keadaan di Malaysia bila "winter" .. Ahhhh Americans ... they never know anything.

Kami berjalan dan berjalan. Vatican penuh dengan manusia berpayung. Dia mengajak aku ke Muzium Vatican di sebelah dan alangkah hampanya bila kami dapati ianya juga tutup kerana semalamnya Easter maka hari Isnin juga jatuh hari cuti umum.

Dia masih merungut merasakan harinya adalah hari yang malang .. nasib yang malang.

"You know what ... I think there must be something else in your life that must be bothering you that even a single littles thing that happens affects you now ..."

"Ohh you said it so right ..." dan dengan tiba-tiba beliau terus menangis sambil berjalan seperti mahu memeluk aku. Aku memegang bahunya dan membiarkan dia menangis.

Hari itu dia banyak bercerita tentang dirinya .. tentang hidupnya yang dirasakan kosong dan kehilangan. Semua lelaki yang hadir dalam hidupnya tidak pernah memberi bahagia. Lelaki Argentina yang dikenali di Spain yang telah mengaku cintakannya ... tidak sekalipun menghantar message samada di telefon mahupun di Facebook sedangkan pada yang sama rancak beraktiviti di Facebook dengan temannya yang lain. Dia kecewa dengan hidup.

"I come to look for happiness. I went to Spain to find it but didnt find anything, and I come here to Rome and all I feel is loneliness and loss"

Di bawah basement Galleria Nazionale d'Arte Moderna, di tepi tandas sebelah mesin vendor kopi dan snack yang kami beli dia bertanyakan tentang agama. Katanya dia punya ramai teman Muslim dan memang pernah berniat mahu memeluk Islam, tapi dia turut mengamalkan yoga untuk mencari ketenangan yang katanya tidak pernah pernah hadir.

Aku diam.

"I feel so lost." katanya untuk kesekian kali.

"I feel dissapointed with people. Everytime I want to hope for somebody or something to be good, they 'll just disappoint me"

"Yes.. I understand. The more expectation you have on people the more disappointment you will get." aku membalas

"You know what may be you should start to have something more divine to lay your hope on to. Something for you to fall back to. We all need that. Thats when Allah comes in" kataku lagi.

"I think your life is now like a loss kite. You need to have a string that will tie you to the ground so that no matter where you go and fly ... you know you still have a string that attaches you to the ground... maybe you need to find that string ..."

Air matanya menitis lagi. Aku biarkan dia dengan perasaannya.

"I want to learn more about religion"

"Ya .. you should do that ... Go and find your religion ... read Al Quran and read the Bible ... ask the people you know about Islam. "

Dia diam sambil mengangguk sambil juga mengelap air mata dan air hidung yang terus mengalir.

"but I want you to do something ... just please pray that you will be guided ... please ask to be guided to the right path .... Please do that . !" aku meminta sambil meletakkan tangan di dada.

Karya Van Gogh dan Monet di atas bangunan yang telah kami lihat, tidak begitu menyentuh hati kami berdua petang itu sepertimana perbualan yang sedang berlaku itu.

Aku juga sebenarnya terasa sebak. Ketika dia berlari ke tandas membersihkan muka, dalam dia aku berdoa semoga Allah akan menunjukkan jalan Islam padanya ......

Malam itu kami makan di kedai India Muslim aku yang biasa, tapi aku membeli pizza dari kedai sebelah dan dia membeli kebab serta kentang. Dia kemudian keluar sebentar mahu membeli bir, dan merasa kekok tidak mahu membawa botol bir masuk ke kedai Islam. Mujurlah mamak kedai Islam itu sangat berlapang dada mempelawanya masuk sambil menawarkan gelas untuk birnya.

"No .. thats ok. I drink like a man"

Kami ketawa.

Tengah hari tadi selepas aku check out keluar dari hostel, dia memeluk aku dan aku berpesan padanya untuk menulis kepada aku.

Di atas hostel aku tinggalkan sekeping poskad dari Malaysia untuknya

"Dear Lena, its so nice meeting you. Thank you for everything. I hope you will find that "string" that will tie you to the ground".

:-)




kami berhenti ditepi jalan duduk di kaki lima kedai yang tutup
menikmati gelatto
on Monday, April 25, 2011 | 3 comments




I woke up early on the third day. My Americans dormates were planning to go to the Vatican for the Easter Mass. Yeap, its Easter time. They wanted to go early and beacuse I wanted to follow I wake up ealier than them so that we didnt have to fight for the bathroom.


I told Laura and Lindsay, that I just wanted to follow them on the transport. Once there I ll just be on my way. We took the metrotrain, a subway. It costs only 1 euro for a trip.


It must be like one of those congegrations there and the Pope was going to make an appearance that day.The mass was apparemtly by invitation and I could see people waving their yellow invitation cards. I of course didnt have one ! I forgot to ask Laura and Lindsay how did they get their cards but I could see that a lot of the tourist have them. Their agents must have arranged for them.



So i just sat there and observe. There were a few lines for people to get in, and it was under a very tight security with the scannings and all. The Polienza were everywhere too. Those people from the Spanish Steps yesterday must be at the Vatican because they started to make quite a crowd here too. I didnt have breakfast and bought some bread from the vendor nearby. Mahal gila.... 5 euro. Cis.





bmw tuuuu




After a while some crowds near the gate were allowed to get inside even without the cards or being checked, and I was lucky to be in one of them. I get to stand a little bit closer to the ceremony. It was strange that they allowed some crowds from this side to get in when on the other sides where the actual lanes were, the people still needed to show their cards under watchful tight securities. I must be the only Muslim there or maybe there are a few others which I didnt see. I only wanted to see what it was all about and hear the Popes voice ...



I finally saw him eventhough from quite a distance and it took him a while to walk to his seat. Pope is getting old you see and once I heard him saying a few lines in Latin, I started to leave. Not only because I couldnt understand him, but beacuse I needed to go to the washroom !


ps Laura and Lindsay said they didnt understand Pope either.