on Saturday, May 21, 2011 | 0 comments



Saya selalu dengar lagu ini berkumandang di radio radio di sana. Dengar sedap sangat. Lama-lama tak tahan saya sebagai ayam tanyalah itik di satu kedai di Venice. Itik yang tak faham ayam, siap tulis pada saya nama penyanyi dan minta saya cari di kedai CD.

Lirik Dan Translasi

Io vivrò con te/ i shall live with you

ogni giorno comincia dove i baci finiscono/ everyday starts where the kisses end

ora che è inevitabile/ now that is inevitable

un dolore fantastico nei minuti che restano/ an amazing sorrow in the remaining minutes

per sempre/ forever


ti voglio tanto bene/ i love you so much

e ci sarò per te/ and i'll be there for you

se sentirai nel cuore/ if you'll feel in your heart

un amore che non c'è/ a missing love


ti voglio tanto bene/ i love you so much

e ti raggiungerò/ and i'll reach you

con tutta la mia voce/ with my voice

ascoltami/ hearken to me


io canterò per te/ i'll sing for you

mi sentirai nell'aria/ you'll hear me in the air

entrare nei tuoi occhi/ reaching your eyes

sola nell'anima/ alone in my soul


io vivrò con te/ I'll live with you

guardandoti esistere e nel sole rinascere/ watching you live and get born again in the sun

io lo so che siamo fragili/ i know we're fragile

e con gli occhi degli angeli/ and with angels'eyes

ci guardiamo resistere/ we watch ourselves holding on


io vedo un mondo migliore/ i see a better world

si girano le nuvole/ the clouds turn

abbi cura di splendere/ be sure to shine


ti voglio tanto bene/ i love you so much

e niente finirà/ and nothing will ever end

se non avrai paura/ if you won't be afraid

di continuare a vivere/ to keep living


io canterò per te/ i'll sing for you

mi sentirai nell'aria/ you'll hear me in the air

entrare nei tuoi occhi/ reaching your eyes

sola nell'anima/ alone in my soul


io canterò per te/ i'll sing for you

canterò per te/ sing for you

ricordati il mio nome/ remember my name

ti voglio tanto bene/ i love you so much


non vedrò con te/ i won't see with you

quell'alba di luce/ that dawn of light

noi/ us

ora dov'è/ now where is it




Saya sangat suka ! Saya beli dua CDnya ..... And I just cant get enough !


Popo posing gaya gedik dgn CD ni


on | 0 comments

Gondolia adalah gelaran bagi mereka yang mengayuh gondola. Ramai anak muda Venice yang bercita-cita menjadi gondolia rasanya. Boleh buat duit banyak tu. Kalau nak meminang anak dara orang pun laku. Tapi rasanya tak semudah itu nak jadi Gondolia.


"hang kayuh baik baik sikit nahhh Antonio
kalau nak jadi godolia biar kayuh betoi2...
dont play play"




"aku nih dan 70 tahun bawa gondola"


"hmm nampak sangat menipu .. umur baru 69 pakcik nih
takkan lepas merangkak dah bawa gondola
sabaq saja la... kalau tak sabaq aku daih dah masuk laut"

I saw them while taking the vapporeto from Lido to Venice. Waktu tangkap gambar ni lagi dah terbayang2 dialog depa dua.


:-D


on Monday, May 16, 2011 | 2 comments

Ini adalah senarai barang-barang yang saya bawa ke sana untuk perjalanan selama tiga minggu sewaktu musim bunga.


Musim bunga adalah musim yang paling elok untuk ke negara Eropah kerana cuaca sangat baik dan tidak begitu sesak kerana musim panas adalah high season dan harga hostel atau tiket2 lain akan mahal. Dan musim panas di sana sekarang memang panas seperti di Malaysia. Kalau nak pegi musim panas, baik pegi Langkawi saja .. hahaha. Walaubagaimanapun sekarang ramai juga pelancong lain yang memilih musim bunga untuk melawat Eropah atas sebab2 di atas dan saya rasa mungkin nanti musim bunga pun akan jadi high season.


Pakaian.

Jeans atau seluar panjang 2 helai. Satu seluar panjang untuk tidur. T Shirt 1 helai. Tudung 4 pasang. Baju berjalan 3 helai. Jaket 1. Sarung kaki 3 pasang. Pakaian dalam 3 untuk bra dan 6 helai seluar kecil. Telekung. Bandana 3 helai. Walking shoe. Kain sarung.


Tips

Untuk T Shirt bawa satu saja yang mungkin sudah lusuh kerana bila sampai di sana kamu boleh membeli t shirt sebagai cenderamata untuk diri kamu sendiri. Dan T shirt yang luduh (lusuh dan huduh) tadi boleh dibuang atau ditinggalkan di sana.

Begitu juga dengan baju2 lain. Memang kalau ikut niat di hati kita tidak mahu membeli baju baru, tapi percayalah kamu akan tetap teringin membeli baju di sana yang cantik di mata kamu. Bawa seminimum boleh untuk baju dan yang lain nanti boleh dibeli di sana.

Saya bawa bandana sebagai anak tudung. Dan bandana juga boleh dijadikan sapu tangan.

Untuk kasut cari lah kasut yang paling baik yang kamu mampu beli. Tak perlu bawa sandal mahal kerana kamu tak akan guna pun di sana

Kain sarung boleh dijadikan tuala kadang dan kadang sebagai sejadah dan boleh juga dijadikan kain solat dipakai dengan stokin

Barangan kebersihan

Berus gigi dan ubat gigi. Floss. Deodarant. Lip balm. Facial wash. Toner. Krim muka. Shampoo. Sabun mandi (bentuk cecair).Hygenic wash. Razor.pantyliner. Pad.bedak talkum. Makeup-BB Cream, Lipstick, Bedak muka. Sikat. kapas muka. Eyemo.cotton bud. Perfume.


Tips

Untuk semua yang di atas, jangan bawa yang baru dibeli kecuali kalau memang kamu beli travel pack (mcm pencuci muka toner dan krim yang memang dijual dalan kuantiti kecil sebagai travel pack). Mcm deoadarant, bawa lah satu yang telah kamu guna setengah. Sabun dan shampoo elok di bawa dari sini sebab kita nak tinggal di hostel yang tidak sediakan semua itu.

Saya rasa silap bila tidak membawa shampoo dan sabun mandi dan terpaksa membeli di sana denngan hara 3 euro untuk semua itu. Ingat kita akan ke tempat yang tukaran matawangnya tinggi. 3Euro boleh menjadi breakfast atau lunch kamu untuk hari itu.

Untuk make up, sebab saya yang jenis simple, saya beli yang BB cream saja.

Bedak talkum yang saya maksudkan macam Elken ... atau bedak berubat lain yang kamu akan letak dalam socks dan dalam kasut untuk mengelakkan bau yang harum ... Bedak ini juga boleh dijadi sebagai ganti untuk deoadarant. Bawa yang kecil dan telah digunakan setengah.

Barangan keperluan lain

kacamata hitam. Selipar jepun. Safety pins. Getah ikat barang. Nail clippers.torchlight kecil. Padlock kecil (3). penyepit baju (5). brooch untuk tudung.


Tips

getah kecik tu untuk kadang kamu perlu nak ikat apa.

Safety pins pun memainkan peranan macam nak tutup curtain atau untuk apa saja.

Padlocks adalah untuk beg dan kadang untuk locker hostel kamu.

Selipar jepun bawa yang nipis saja untuk ke tandas.


Barangan Perubatan

minyak cap kapak atau tiger balm. Panadol.spirulina. Vitamin c. eno. Antibacterial wipes. Plaster.


Tips

Tiger balm .. kot lengoh kaki atau lutut hahaha (bagi yang tua).

Spirulina adalah baik untuk tenaga dan kesihatan kamu di sana, sebab makan kadang tidak menentu sedangkan kamu perlukan tenaga dan kesihatan yang baik.

Vitamin C baik untuk menglekkan selsema atau demam sepanjang di sana. Kalau kamu suka, makan buah saja di sana sebagai Vitamin C


Barangan elektrik

kalkulator kecil. Kamera. Ipod/mp3.memory cards. Laptop kecil (kalau boleh). Handphone. Dan chargers untuk semua perkara yang disebut. External harddisk.

Barangan Lain

Notebook kecil. Pen.Phrase book untuk bahasa di sana. Post cards Malaysia.

Tips

Poskad Malaysia untuk kamu beri pada kenalan yang kamu jumpa di jalanan yang boleh kamu tulis nota atau alamat email kamu sebagai tanda ingatan untuk mereka.


Kamera

Ok, bagi yang gila dslr, tak payah bawa banyak lense. Bawa yang kit lense saja sudah mencukupi, 50-100mm atau 50-200mm. Melainkan kamu memang hardcore yang memang ke sana untuk amik gambar semata2. Saya bawa juga lense 50mm tapi amat jarang digunakan. Kalau boleh bawa juga satu kamera compact kecil kerana adakalanya kamu tidak sempat tarik keluar dslr dan compact kamera senang dipegang di tangan.


Dokumen-dokumen penting

Passport. Kad pengenalan. Tiket kapalterbang. Segala dokumen berkaitan tempahan hostel (print out) termasuk confirmation perubahan tarikh dll (jika ada). Credit Card. Insuran perjalanan. Wang Tunai yang telah ditukar


Tips

Fotostat semua yang di atas dan:-

  1. bawa bersama dan diletakkan dalam beg yang berasingan

  2. tinggalkan satu alinan kepada keluarga terdekat

  3. satu salinan kepada teman baik

Maklumkan kepada Bank credit card tentanng tarikh kamu ke sana supaya tidak timbul masaalah bila menggunakan credit card di sana nanti.

Buat pin nombor juga untuk credit card untuk emergency jika kamu terpaksa keluarkan duit atau untuk kamu membeli tiket keretapi di mesin.

Bawa credit card asing sebagai extra jika boleh yang kamu simpan asing dari credit card utama. Guna hanya untuk emergency bukan shopping !

Jika boleh ambillah insuran perjalanan .


Untuk backpack, saya akan bincangkan dalam satu entry khas nanti insyaAllah.


p/s: ini hanya berdasarkan pada pengalaman saya sebagai panduan. List masih boleh diubahsuai ikut kesesuaian kamu



on Sunday, May 15, 2011 | 7 comments





Salam semua .... saya dah sampai Malaysia Alhamdulillah. Semuanya lancar dari check out Coconut Hostel belil tren tiket ke Fiumicino hingga ke atas flight hinggalah selamat sampai ke tanahair. Alhamdulillah.




Yang paling best atas flight ialah bila tak ada orang di sebelah seat saya. Terus jadi tak tentu arah ..... nak angkat kaki bersila atau bertimpuh sambil makan kat seat tu macam gadis melayu kan ... hahahaha


fuhhh nampaknya gambar plane dah kat Malaysia rasa nak bersorak riang
macam yang Italian buat bila landing kat Fiumicino


Berakhir sudah pengembaraan saya. Tapi tidak semestinya berakhir lagi cerita saya di sini. InsyaAllah saya akan menulis lagi tentang tips dan beberapa perkara atau gambar yang tertinggal dan tidak sempat dicerita atau di upload. Dah habis puas saya buat semua tu, baru saya akan berhenti menulis semua itu. Dan paling akhir mugkin saya akan insyaAllah buat giveway beberapa barang yang saya tanggung bawa balik dari sana.

Ok. Nanti saya tulis lagi ya .. insyaAllah. Terima Kasih semua atas sokongan dan doa sepanjang saya di sana.

Ciao !


on Saturday, May 14, 2011 | 1 comments

Jam sudah 12 tgh malam lebih dan saya masih berjaga di atas katil di dalam dorm Coconut Hostel. Kali ini saya mendapat bilik yang depan dengan lima katil single (bukan double decker). Dua daripada dorm mates sepasang remaja India berumur sekitar awal 20an yang baru memulakan pengembaraan ke beberapa negara Eropah dengan memilih Rome sebagai destinasi pertama. Dua orang lagi remaja kulit putih yang tidak pun saya sempat berkenalan.


Saya hanya mahu berkongsi di sini mengapa saya memilih untuk backpack secara solo atau bersendirian. Jawapannya adalah kerana ini adalah sesuatu yang sudah lama ingin saya lakukan. Memang kawan saya Ayu ada bercadang untuk sama-sama mengikut saya ke sini. Namun begitu sebab dia ada rancangan lain, maka beliau tidak dapat ikut saya. Mungkin Allah sengaja membiarkan saya mengembara bersendirian kerana memang sedari lama dulu adalah menjadi cita-cita saya untuk travel bersendirian.


Sebelum ke sini saya ada juga ber backpack ke beberapa negara Asean lain. Backpack saya yang pertama adalah ke Thailand lebih kurang tujuh tahun lepas. Buat pertama kali saya belajar dan membuat research demi research tentang backpacking. Dari segi memilih beg hinggalah ke pada background research tentang tempat yang saya mahu tuju itu. Saya pergi bersama adik perempuan saya dan kami berjalan berdua selama lebih kurang sembilan hari ke Krabi, Phi Phi Island, Phuket dan Koh Lanta. We loved Phi Phi Island so much ! Dan kami pulang ke Malaysia enam hari sebelum Tsunami melanda pulau kecintaan kami dan beberapa tempat lain di Asia!


Namun untuk pengembaraan saya kali ini, terus terang saya katakan resarch saya tidak begitu baik. Persediaan saya juga tidak sebaik sewaktu saya bersiap ke Thailand mahupun Kemboja dahulu. Memang akan kelihatan terlalu beria kalau saya katakan untuk research Thailand saja saya mengambil masa hampir 9 bulan lebih. Saya boleh terangkan segala tempat yang telah kami tetapkan untuk sampai sepertinya saya sudah pernah ke sana. Begitu teliti dan terperinci. Namun dengan Italy, saya tidak begitu. Makanya banyak kejutan yang saya alami.


Berjalan bersendirian ada baik dan buruknya. Fikirlah baik baik jika kamu mahu membuat pilihan. Mungkin memang sifat saya yang suka bersendirian makanya adalah tidak menjadi isu sangat untuk saya berjalan bersendirian. Malah kalau di Malaysia pun, ada ketikanya saya mengambil cuti bersedirian , selalunya ke Langkawi saja sebab dekat.


Bila bersendirian seperti di Italy ini, ada kalanya saya berasa vulnerable. Terasa rendah konfiden diri dan adakalanya juga perasaan takut akan datang. Saya bukan mahu belagak berani. Saya sedar kelemahan saya. Perasaan takut akan selalu datang dalam hidup kita terutamanya bila kita berada di dalam situasi yang baru yang kita tidak pernah biasa. Apalagi bila bersendirian. Jika saya bersama teman saya pasti perasaan takut itu tidak akan begitu terkesan kerana kita bersama dengan orang lain yang kita telah biasa.


Berjalan bersendirian membuatkan saya bangun menghadapi ketakutan saya. Saya melawan ketakutan itu dengan daya yang saya ada sambil menilai diri sendiri. Saya menilai tahap keberanian diri menghadapi rasa takut.


Tapi, tahukah kamu bahawa ketakutan yang kita rasa senjatanya adalah ILMU. Kamu tidak akan takut jika kamu mempunyai pengetahuan. Kita takut kerana kita tidak tahu apa-apa. Macam yang saya ceritakan tentang Milan dan petanya. Memang rasa kelam dunia bila tidak tahu jalan-jalan di sini . Namun bila ada peta dan dengan pengetahuan yang kita ada dari peta itu, keyakinan kita akan meningkat 100%. Bukan kita tidak tahu itu, bukan saya tidak tahu itu. Ya secara teori semua orang tahu, tapi when it comes to the crunch, atau bila betul2 mengahapinya baru kamu boleh menilai teori yang kamu ada itu untuk dialihkan kepada praktikal. Asas hidup yang saya diingatkan lagi di Italy.


Mengembara bersendirian juga membuatkan kamu belajar bersembang dengan orang asing. Mungkin kalau dengan kawan pun kamu akan bersembang juga dengan orang asing. Tapi ada bezanya di situ. Kadang oleh kerana kamu bersendirian maka orang lain juga mengambil peluang untuk bersembang dan berkenalan dengan kamu. Seperi yang kamu baca dari apa yang saya lalui, saya telah berjumpa dengan beberapa orang sepanjang perjalanan ini. Lena, Laura, Lidsay, Lauren (the four Ls) Jenny, Helen, Maria, Raphael, Livia, Virgina, Naseem, Latif dan juga yang satu itu , ya mana boleh lupakan insiden kedai dobi … hahaha.


Helen yang saya jumpa di Napoli di Hostel 6 Small Rooms telah pun beberapa kali beremail dengan saya. Dengan Helen dan Maria, mereka sama-sama berkongsi cerita tentang perjalanan bersendirian pada umur seperti kami. Kata Maria “Even though I am a seasoned traveller, at my age now, I feel like I ve lost a bit of my confidence, perhaps because of my age ...” Ini juga disuarakan oleh Helen. Ya lah bila dah berumur jalan sorang-sorang kalau ada orang buat hal kacau, larat ka nak berlawan tumbuk lagi.


Dan kalau ada kawan yang bersama di dalam perjalanan kita, pastinya tidaklah menghampakan juga. Dengan teman tadi kita boleh sama2 berkongsi rasa dan pengalaman sambil sama2 lebih memahami dan mengenali diri masing2.


Namun haruslah juga diingati, tidak semua teman baik adalah teman yang baik untuk bermusafir bersama. Kerana seperti yang kita tahu, hanya dengan melalui pengembaraan dan bermusafir kamu akan lebih mengenali teman kamu tadi dan juga sebaliknya. Waktu travel ni lah, segala perangai akan keluar. Yang baik dan pastinya yang buruk. Kita akan bersama hampir setiap jam tidak seperti selalu kalau tidak bermusafir bersama. Manalah tak keluar segala perangai sebab memang tak dapat disembunyikan lagi. Adalah lebih baik jika kamu dan teman yang akan bermusafir bersama berbincang terlebih dahulu perkara2 asas yang kamu berdua persetujui di dalam perjalanan ini. Ya lah contohnya , hostel2 dan B&B yang kamu berdua mahu pilih. Tak naklah kan bila dah sampai sana timbul dialog “Hang la yang pilih hostel ni .. nak dok sangat sini..” Dah tak syok kan. Atau bab makan mcm kamu yang tak nak rasa atau makan langsung selain dari maggie mee yang kamu bawa. Kesianla kan kawan kamu yang nak makan kebab kedai mamak.


Kalau boleh bagi tau siap2 perangai2 kamu yang tak berapa elok tu, supaya kawan kamu faham. Dan kamu juga kena faham perangai kawan kamu juga. Kena amik taulah benda yang dia suka dan tak suka.


Walaubagaimanapun, apa yang paling penting adalah kesearasian dan sifat tolak ansur yang tinggi. Tapi kita pun tak nak lah kawan kamu saja yang asyik tolak ansur dan tahan dengan perangai kamu yang cranky tu !


Bersendirian atau berteman kamu masih perlu bergantung harap pada Yang Satu. Dialah yanng menjaga kamu atau kamu dan teman kamu. Doa dan restu ibu bapa serta orang2 tersayang juga memainkan peranan. Saya bertuah kerana mak dan abah saya mereka berdua sengat liberal dalam hal ini. Tidak sekalipun mereka meragui kemampuan saya untuk melakukan pengembaraan saya secara solo ini. Mak saya kalau bimbang pun sebab dia tension tak tau nak tepis macam mana soalan dari kawan2 dan adik beradik yang selalu berbunyi " Eshh tak pa ka cik Zah oiii .. hang biaq dia pi jalan macam tu ... tak takut bahaya ka...".


Pernah waktu saya plan mahu berbackpack secara solo ke Bangkok dulu (yang tak jadi) , mak saya hanya berkata "Hang pi diam2 sorang2 jangan habak kat orang lah .. mak tak tau nak jawab apa dengan adik beradik.." hahaha.


Dan tahukah kamu abah saya membaca Yasiin setiap hari sepanjang perjalanan saya di Italy memohon padaNYA agar anak perempuannya selamat .......... Saya tak boleh bayangkan betapa saya sangat menghargai apa yang Abah dan Mak saya lakukan. Tanpa doa dan restu mereka, saya pasti tidak akan mampu melakukannya.






on Thursday, May 12, 2011 | 1 comments

Ayu, saya sekarang sedang menaip di kedai dobi, tanpa pasta dan tanpa sesi fotografi. Ini adalah kerana untuk basuhan baju kali ini saya memilih kedai dobi yang lebih jauh dari kedai yang dahulu. Walaupun saya letih dan tidak begitu larat, saya gagahi juga mencari kedai dobi jauh ini demi mengelak fitnah seperti yang terjadi di kedai dobi dahulu.

Alhamdulillah saya selamat sampai di Rome untuk dua hari terakir saya di Itali. Saya bangun awal untuk subuh yang pukul 4.20 am di Milan. Macam bangun tahajud kan. Dari semalam lagi saya sudah berkemas, jadi pagi ini tidaklah begitu kalut. Saya bercadang mahu mengambil tren pukul 8 pagi supaya saya pergi dengan tidak tergopoh. Pagi2 6.30 di sini walaupun dah cerah (ya lah subuh pukul 4, matahari naik pukul 5) masih tidak begitu ramai orang di jalanan. Cadang nak tunggu bas, tapi lambat la pulak... maka berjalanlah saya ke stesyen keretapi. Saya sudah hampir biasa dengan beg berat. Tengoklah nanti, balik Malaysia badan dan kaki saya akan berketul2 mcm ahlil bina badan .... hahahaha

Sampai di stesyen saya pun terus ke mesin tiket. Mesin tu cakap ada tren pukul 7 ke Rome. Saya tengok jam pukul 6.50. "Ehh boleh sangat nih..." saya berkata pada diri sendiri. Sebab mesin tu betul2 depan semua keretapi. Dah amik tiket tu saya pun carilah kat screen tu no platform saya .... Hahhhh tak dakkkkk .... 6.52 dah ni ... takkan pi dah ....... Saya mula melilau dan berpeluh mencari tren saya .... Semua ada 14 platform !!! Memang berlari2 nih cari tren .. ya Allah mana nihhh .... Tak ada satu pun yang tulis ke Rome ! Saya mula panik ! Bayangkan lah kan panik mcm mana dengan beg kiri kanan atas belakang ... dengan jaket lagi . Dah macam nak give up .. tapi tiket ni boleh kah tukar ganti .. kalau nak beli lain 91euro tuuuuuuu . Peluh mula menitis sambil berlari-lari di stesyen keratpi Milan. Memang macam ninja turtle betoi. Dengan jaket labuh beg hijau kat belakang !!

Saya tanya pakcik Trenitalia. Dia pun tumpang panik untuk saya " Ni pukul 7 punya nih .. cepat pi cari ! kot belah sana kot .. !! Cari cari" (saya translate)

Lari lah pulak lagi ..... Baru saya teringat (Allah ilhamkan) kena tengok NOMBOR tren , bukan destinasi. Rupanya tren saya tu memang tren ke Napoli . Rome hanya persinggahan. Ya Allah dah jumpa ren, lintang pukang lari cari coach pulak .. Coach no 8 .. Nuuuu belakangn nu ... "Run Ann Run ..." Macam scene Forest Gump dengan jaket putih labuh saya terkedek2 lari. Nampak saja Coach no 8 terus terkam naik.

Tercungap2 mintak nyawa sambil cari seat.

Dan tuan tuan bayangkanlah. Suasana dalam coach tu senyap saja dan rupanya penuh dengan eksekutif dan business man Milan yang mungkin ada mesyuarat atau presentation atau jumpa client di Rome atau Napoli. I looked out of place dengan muka berpeluh, beg penuh badan , nyawa macam ikan (rhymenya).

Saya tercungap-cungap atas tempat duduk sampai setengah jam sebelum jantung berdegup normal kembali.


tengoklah suasana atas tren dari Milan


on | 4 comments

Ini adalah malam kedua terakhir di Italy, dan malam terakhir di Milan. Baru saja balik ke bilik setelah berjalan-jalan di sekitar jalan dekat dengan hotel, jalan yang penuh dengan kedai untuk shopping. Jalan ni bukanlah kategori brand yang mahal2 gitu, yang mahal dan standard sikit atas, nu hah kat Duomo yang macam saya cerita tu. Kat sini taraf takat Benetton, Levis, H&M, OVS, Playlife, Zara, apa lagi ahh .. sat nak kena ingat …. hmmm ok tak ingat. Yang pasti kira oklah. Saya dari awal sudah mengingatkan diri bahawa tidak boleh lagi shopping apa2, sebab kalau 2gram barang sekalipun akan memberi kesan pada beg yang akan saya bawa.

kedai buku
(antara kedai-kedai)

Tapi kalau dah dasar tak sedar diri dan sedar kemampuan tu, payahlah kalau peringat berkali2 pun. Kali ni saya pilih untuk membeli buku. Ya Rabbi … sangat kan. Dah la beli sampai 4 buah. Bukan apa, saya memang dah tak tahan masuk kedai buku kat sini. Buku yang dibeli bukanlah buku Italy pun, tapi ya lah semangat membaca terus berkobar2 bila masuk kedai buku. Bila nampak saja buku Inggeris, saya pun beli.


Niat sebenar mau cari buku untuk adik saya. Siap pesan buku Faust la, Goethe la, Pascal la …. yang saya pun tak kenal. Jenuh cari .. nak pula yang Inggeris. Bila tanya manalah adakan buku penulis Itali yang diterjemah ke Inggeris kemudian dijual di kedai buku di negara Itali. Must be an insult to them. So akhirnya beli juga lah buku Leonardo Da Vinci yang memang dilahirkan di Italy. Buku tersebut adalah terjemahan pada nota-nota yang pernah ditulis oleh Da Vinci. Harap adik saya akan berpuas hati. Boleh tahan tebal tu. Hmmm...



Sebenarnya dari semalam saya berasa tidak berapa sedap badan. Patutlah rasa letih dan nak balik rehat di bilik saja. Saya demam rupanya. Alhamdulillah demam tak lah teruk, badan saya cuma meronta mahu rehat. Badan pun dah tahu dah nak hampir balik kampung dah, so dia pun “demand” untuk saya rest. Makanya, sepanjang pagi saya hanya di bilik berehat sambil tengok “Modern Family Season Two” yang sudah berpuluh kali saya tengok sepanjang masa di sini. Nak buka TV pun, TV Italy macam TV Siam, kalau cerita Inggeris semua di alihbahasa kepada bahasa mereka. Pening kepala juga tengok Twilight semalam cakap Italy.

ni yang makan semalam punya banyak sampai sakit perut


Bila tengah hari terpaksa juga saya keluar mencari makan. Ke mana lagi kalau tak ke kedai Turki kegemaran saya. Saya pilih kedia tu daripada lain-lain kedai sebab ada banyak pilihan. Malam tadi dah makan nasi dengan pelbagai daging salai, membuatkan perut saya meragam. Kali ni saya pilih makaroni dan fries, dan juga sayur apatah dengan roti. Roti saya bungkus balik boleh buat breakfast mcm kemarin.



Perasaan saya terhadap Milan adalah biasa-biasa saja. Mungkin sebab seperti yang saya katakan ianya kota, kota besar yang ramai penduduk dan kosmopolitan menyebabkan kedatangan saya bukanlah satu yang asing. Maksud saya sebagai Muslim bertudung dan berjalan bersendirian di sini tidak lah menjadi sesuatu yang “alien' bagi mereka. Tidak seperti di tempat lain terutamanya Napoli, setiap pergerakan terasa diperhati. Di sini saya boleh bebas. Cumanya bila saya masuk ke kedai kebab, tok tok Arab dan geng-geng Afrika tu memanglah tengok saya semacam saja. Tapi oleh kerana tiap kali masuk situ, saya memang lapar, jadi saya buat bodo saja la ...




Bila dah hampir nak balik ni, perasaan saya mula menjadi seperti mana saya mula sampai. Semua perasaan bercampur-campur. Ada rasa sedih, ada rasa gembira, ada rasa bimbang …. hmmm. Sedih sebab pengembaraan saya sudah hampir berakhir. Tiga minggu mungkin dikira panjang bagi sesetengah orang, dan mungkin dikira pendek bagi yang lain. Bagi saya tiga minggu adalah mencukupi. Tidak mungkin saya mengenali Itali dalam masa yang singkat itu. Ada banyak yang saya perlu fikirkan dan muhasabah diri sepanjang saya berada di sini. Mungkin saya akan menulis lagi dalam satu entri yag khas tentang perasaan dan pelajaran sebenar yang saya pelajari selama tiga minggu ini.


Esok saya akan bertolak kembali ke Rome dan tidur di hostel Coconut yang sama untuk hanya satu hari. InsyaAllah saya harap dapat bertolak awal dan menaiki tren yang awal. Rasanya ada lagi yang perlu saya cari di Rome.


Ok. Sudah mula mahu berkemas. Wish me luck !



on Wednesday, May 11, 2011 | 9 comments

Pagi tadi memang tak kalut. Saya ambil masa dengan tenang bersiap untuk keluar berjalan-jalan. Niat di hati sekadar menaiki subway dan pergi ke mana saja terasa hati mahu berhenti.


Semalam saya tidak makan apa-apa kerana terasa malas mahu keluar dari bilik. Oleh kerana sudah tahu ada banyak kedai muslim yang berdekatan saya memang konfiden insyaAllah boleh makan “brunch” banyak2 dan boleh tahan perut sampai ke petang. Dalam perjalanan ke kedai makan saya terjumpa pasar pagi. Wahhh tak jauh beza dengan pasar pagi di Malaysia.














Makan pagi saya makan nasi dan daging kebab. Gembira sungguh dapat jumpa nasi dan daging.

Perjalanan saya sudah semakin bosan kerana sudah hampir sampai ke penguhujung. Tak ada yang menarik sangat yang mahu saya ceritakan lagi. Cuma kalau boleh la saya nak cakap kat mamat afrika dan bangladesh kat sini.... tolonglah jual barang lain selain daripada pistol belon sabun dan tali “friendship” . Eshhh ada hati tanya saya nak beli ka dak pistol belon sabun tu …. !!!

Perut agak kurang sedap. Makan nasi turki banyak sangat kot .....



on Tuesday, May 10, 2011 | 2 comments

Heshhh bukan nak kata la .. memang kemarin agak sentap dan hot sungguh. Tapi kalau travel sorang mcm ni nak lepaskan kat sapa. Nak marahkan pakcik kat Tabacchi tu .... nak kena maki dengan dia ...? haha. Memang perjalanan ini banyak mengajar saya erti sabar.

Yang hot tu bukan apa. Semalam terasalah nak kena basuh baju dan socks kan. Dah lama tak basuh. baju kat sini kalau pakai boleh tahan lama juga sebelum berbau .. haha sebab tak berapa berpeluh. Tapi kalau socks tu, hmmm eloklah basuh. Yang saya marah tu sebab kedai laundry yang budak hotel tu cakap tak buka2... Dua tiga pat kali dah saya pi .. tak buka juga ... lama-lama .. ok Thats it !!! NO more laundry shop. I m washing them in the sink !



Tak pa lah baju sock bau sabun mandi ... asalkan tak busuk ......


:-)


on | 2 comments






Ok. Memang saya agak intimidated oleh Milan. Milan kota besar. Mungkin orang macam saya dari bandar kecil selalu agak intimidated oleh kota besar. Ya lah mana la tak terpisat-pisat kat sini, nak buat macam Lido. Lido boleh la .. jalan macam mana pun tak sesat, sebab pulau kecil. Kat sini saya terpaksa angkat bendera putih tak boleh buat bodo poyo. Saya beli peta Milan. 3.50 euro.


waktu ni perak lagi tak dak map
rasa dunia gelap


jumpa vending machine untuk iPod etc

Bila dah ada peta barulah cerah mata ! hahahaha. Baru sedar rupanya hotel saya tu sangat dekat dengan happening places. Kalau ke nak ke Duomo dan kawasan sekitarnya adalah baru 3 stop Metro Subway Train. Kelmarin saya hanya lalu kawasan yang macam Chow Kit .. yang sebelah belakang hotel saya. Kemarin bila saya dah ada map dah tahu metro mana nak naik, baru sedar rupanya kat belah depan selang satu bangunan .. rupanya segala mak nenek designer shops ada. Barulah cerah dunia, walaupun sebenarnya tak ada niat nak shopping lagi. Duit dan bag dah makin sempit. Nak shopping hapa lagi ... nak bahu melentur mcm buluh kah ...?



Milan adalah stop saya yang terakhir sebelum kembali ke Rome dan kemudian balik kampung. Perjalanan selama hampir 3 minggu sudah meletihkan saya. Walaupun kalau ikut niat saya nak day trip ke Turin lah, tasik-tasik di Milan lah .. Nak ke Chinque Tera lah ... tapi nampakanya saya rasa terasa lebih mahu relaks dan bersantai-santai berjalan sekitar Milan saja.


Semalam saya pun pukul kaki mahu ke Duomo nak tengok apokobondonyo yang best pasal Duomo. Saya tahu semua kedai-kedai branded yang terbaik ada di sekitarnya. Sebut saja lah brand apa yang you all kenal ... semua ada. Saya bukan kaki fesyen dan bukan kaki brand. So semua itu tidak menarik perhatian saya sangat.


kalau kat Malaysia brand mcm ni elok untuk nama hotel kan kan kan

Saya paling suka masuk kedai buku di sini. Macam saya pernah cakap dulu, bila berjalan dalam kedai buku mereka, terasa lahhhh ruginya tidak tahu berbhasa Itali. Saya melihat2 buku fotografi yang pastinya tak akan pernah dapat kelulusan masuk ke Malaysia. Pening tengok gambar lucah ! Hahaha.

Oh ya waktu di subway saya berjumpa tiga orang Malaysia, dua darinya Doktor yang datang ke Milan ada persidangan. Tak sempat berbual panjang sebab saya pun nak berhenti kat Duomo saja. Mereka ada ajak saya ikut mereka shopping ke border Switzerland. Tapi memikirkan passport pun tak bawa, saya terpaksa menolak.

Di depan Duomo saya terkena juga dengan mat bangladesh yang mahu cari makan, dengan memberi makan burung dan tolong amik gambar pelancong. Saya dah cakap saya tak mau "I dont want ! I dont want !" Hah. Kena juga .. bayar 2 euro pulak tu. Inilah hasilnya ....



eshh macam makcik-makcik sungguh

(hahaha tak sedaq diri)

:-)






on Monday, May 9, 2011 | 2 comments

Milano Centrale
Stesyen Keretapi yang hanya lebih krang 10 minit dari hotel

Alhamdulillah sudah sampai Milan kemarin. Tension cari kedai beli tiket bas. Banyak kedai tutup. Jenuh usung laaa beg berat semua ni.

kawasan depan dekat hotel

Kali ni saya duduk di hotel. Hotel murah saja. Kawasan yang duduk ni pun macam kawasan kecik dalam Milan .. mcm Jinjang atau Brickfield gitu. Dan receptionist yang sambut saya pula adalah Indian.






pandangan luar dari tingkap bilik


Bilik hotel Alhamdulillah ok ok saja. Ada satu katil dan satu billik air. Tak yah share berebut dengan lain. Dan tak payah juga nak pakai kain batik ke bilik air. Dan errrr .. lagipun .. saya dah tinggalkan kain batik kan rumah Livia. Tak tau la kot dia amik basuh buat kain buruk lap lantai.


Milan panas. Tsk .. so jaket apa semua tak perlu. Kawasan saya tinggal ni pun banyak kedai Muslim. Wahh .. lamanya tak makan daging. So dinner .. kebab lah semalam.




Kita tunggu tengok esok apa yang Milan boleh offer untuk saya. Insya Allah.

Ciao !

:-)


on | 2 comments




I miss this already
on | 3 comments

Semalam sebelum hantar basikal saya ke kedai internet mengupdate blog. Makan apa dulu baru saya hantar basikal. Harga basikal yang saya sewa adalah sebanyak 8 euro untuk lebih kurang 4 jam penggunaan. Saya berjalan balik ke rumah Livia. Di dalam bilik saya mula terasa sakit badan lengoh kaki … hahaha . Tu lah kan ! Tak sedar diri dah tua, kayuh macam orang muda !.


Breakfast terakhir di rumah Livia

Saya bangun pagi itu untuk kali terakhir di rumah Livia. Saya terdengar Livia sudah bersiap-siap untuk sediakan breakfast. Tidak seperti selalu di mana saya adalah orang pertama breakfast, pagi tadi saya terpaksa berhempas pulas untuk bersiap cuba menutup beg yang semakin menggemuk ! Alahai jenuhla nak kena angkut beg pula dah. Memang bukan satu yang seronok bila time nak kemas dan nak angkut barang berpindah.

nampak dak beg tu penuh barang
nak tonyoh mcm mana lagi tak tau la nak bagi cukup

Breakfast pagi ni saya tak sempat nampak kapal cruise masuk Venice. Hari ni Livia bagi saya roti lebih, hmmm … dia tau kot saya nak kena guna tenaga banyak hari ni. Selesai makan apa segala saya pun bersedia untuk berangkat. Saya tinggalkan poskad untuk Livia dan satu tote kecik yang saya bawa yang saya jahit sendiri sebagai tanda ingatan untuknya.

Livia sedang sediakan breakfast
Saya selalu tolong basuhkan pinggan cawan yang saya makan walaupun Livia tak bagi
tapi mak saya pesan kalau pi rumah orang kena basuh pinggan yang kita makan


Tiga beg dan satu jaket. Walaupun cuaca panas baik saya kelihatan seperti orang bodoh la juga kan kerana memakai jaket labuh itu. Ya lah kalau tak pakai nak sangkut mcm mana jaket tu ! Ada pelancomg Perancis yang sana2 menunggu bas dengan saya. Depa pakai seluar pendek baju tanpa lengan lagi. Yang saya ni mcm nak pi main ski !


muka ketat tak mau tinggalkan Lido
actually berat tanggung beg dengan berpeluh panaih

Saya berasa puas di Lido dan kini saya sedang menaip di atas tren on the way ke Milan. Di sebelah, jiran atas tren ni makan hapa ntah .. bau macam ikan masin. Hmmmm... saya harap di Milan ada wifi ! Banyak gambar nak upload.

on Sunday, May 8, 2011 | 2 comments



Saya lebih sukakan Lido ! Hidup Lido ! Dan saya seperti duta Lido pulak, ingin memaklumkan bahawa daripada dok berpulun nak romantis di Venice, lebih baik naik basikal berkelah tepi laut kat Lido.


ini 10 kali lebih romantis dari gondola !

Tengah hari tu, setelah pening dan sesak di Venice saya pulang ke Lido dan terus mencari kedai basikal untuk disewa. Basikal yang disewa sangat sedap dikayuh.



Sesungguhnya saya sangat excited !!! Seperti kanak-kanak Ribena rasanya saya bila dapat mengayuh basikal ! Saya sungguh gembira menaiki basikal mengelilingi Lido. Lido juga dengan gembira dan besar hati membuka ruang-ruang cantiknya untuk saya nikmati. Syukur Allah yang buatkan saya gembira hari ini. Lido sungguh cantik di mata saya.







Waktu saya pulun kayuh basikal tu, saya terjumpa dua orang lelaki kulit putih sedang solat. Di tepi jalan sebelah kereta mereka. Wahh gembiranya saya. Teringin nak tunggu mereka habis solat tegur, tapi eshh seganlah pulak. Saya pun pi kayuh tang lain dulu. Bila saya patah balik mereka pun notice saya. Yang sorang tu tersenyum sambil mulut macam menegur saya. Yang sorang lagi tu buat-buat mcm tak nampak saya … haha typical muslim yang berjanggut ! Yang senyum tu biasa saja tak berjanggut. Nasib baik saya tak tunggu depa nak sembang. Tak pa lah tak cakap dengan depa pun, saya tetap kagum dengan lelaki yang menjaga solat seperti mereka.

Saya habiskan masa dengan meronda sakan. Saya sangat gembira hari ini. Alhamdulillah ! Terima Kasih Ya Allah buat Ann happy hari ni.



Ya, it doesnt take much to make me happy … kan kan (sambil kenyit mata pada yang tersayang)