Lepas satu hari round dengan basikal, hari berikutnya memang lah agak malassssss sangat nak bergerak. Tapi ada dua benda yg memaksa kami bangun dengan pace yg agak slow pagi itu :-
1. Nak kena pulangkan basikal
2. Nak kena siap nak pack pindah ke Hua Hin
Inilah gambar bahagian depan pintu masuk hotel kami di Kancha. Lutut yg tak kuat memang akan bergetar bila tengok tangga-tangga ini. Tengok saja tu bukan langkah lagi. Tambah berdebar ialah bila kena usung beg berat. Aku memang rasa nak main lempaq lempaq saja beg-beg berat aku tu turun tangga.
Kalau kamu round kawasan happening dekat hotel-hotel sini memang ada ja iklan untuk naik van ke Hua Hin. Satu seat mau ada yg THB400 dan THB500. Perjalanan akan diatur dari hotel dan dibawa terus naik van ke destinasi pilihan. Tapi kami ni dah paham sangat dah dan memang orang hotel sendiri cakap
"Baik hampa naik van kat stesyen bas .. morah lagi … hampa amik ja teksi tuk tuk dari hotel pi stesen"
Ok depa tak la cakap Kedah … depa cakap English pecah pecah.
So … makanya … kami pun buatlah seperti yg dicadangkan. Naik tuk tuk ni ke steyen bas dengan harga THB60 saja utk kami dua orang. Nasib baik depa tak kira "by kilo" orang yg nak naik tuk tuk tu, tidak ni jenuh kering cash aku …. hahahahaha
(Iman sentiasa happy … naiklah apa pun … gelak senyum saja ….. (maklumlah dia tak dak masaalah lutut; tak macam aku nak khabat masuk tuk tuk tu pun satu hal (sebab lutut dan sebab aku besaq))
Ini lah stesyen bas Kanchanaburi. Ada banyak bas dan van di sini. Bila turun tu dari tuk tuk tu … silalah jalan cepat-cepat ke van yg sepatutnya. Kamu akan dipanggil panggil dan dilambai lambai tangan oleh ulat ulat teksi dan van yg mungkin akan makan kamu dengan harga luar biasa.
Aku ni jalan terus sambil tunduk dan langkah laju laju bila dengar saja depa panggil. Aku tak rela digoda.
"Iman ! Jalan cepat jangan tengok kiri kanan"
Memang betul , sangatlah murah harga van bila kita naik sekali dengan orang tempatan. Satu seat ke Hua Hin hanyalah THB220. Tak seperti waktu datang sini dari Bangkok, driver ni berkira dgn kami, dia nak kami bayar satu seat utk bag !! Hmmmm … tak pa lahh , Alhamdulillah juga sebab masih berbaloi dari harga tourist yg ditawarkan di kawasan hotel.
Aku pilih duduk seat dekat pintu senang nak lunjoq kaki ke depan. Tapi the downsidenya aku la nak kena buka tutup pintu dan turun naik van bila orang nak keluaq.
Aku ingatkan perjalanan dari Kancha ke Hua Hin megambil masa yg lama. Terkejut aku bila driver kata dalam 3 jam saja katanya. Aku ingatkan 6 jam !. Bila tengok map, ha ahhh memang 3 jam saja. Lega rasa ….. Alhamdulillah.
Perjalanan sangat lancar kerana aku tengok jalanraya di Thailand ni memang besar dan lebar. jadi smooth jer van ni bawa (tetiba cakap KL). Van akan berhenti di satu Petchaburi punya RnR utk 10 minit saja. Kat situ ada banyak kedai makan dan minuman. Ada juga kedai halal. Tak sempat kalau 10 minit nak makan .. apa lagi bila nak makan banyak …. hahaha
Kami akhirnya sampai juga di Hua Hin. Waktu sampai Hua Hin tu, eloklah kamu buka juga map kamu kerana van ni akan bawa terusssss ja ke stesyen bas , sedangkan hotel kamu kat tengah pekan. Alhamdulillah aku sedar perkara ni dan minta dia drop kami kat pekan tu. Kalau ke stesyen mau nak kena bayar teksi pula ke hotel.
Aku pilih Tid Tara Hostel yg di book melalui booking.com. Kalau ikutkan harganya ikut katil tapi Alhamdulillah hari aku booking tu depa bagi diskaun ka apa ntah aku dapat utk 5 malam hanya THB2900. Murah gila lah kannn… tapi bilik kecik la dan katil dua tingkat dan bilik ayaq kena share. Dah murah ok saja lah. Lagipula seperti biasa aku tengok tilam juga, nampak tilamnya tebal … mampu menampung berat aku. Kalau nipih takut mcm tidoq atas "lembek" saja.
Dan lagi plus pointnya within distance saja nak ke beach atau night market yang femes itu dan juga ke segala jenis stesyen bus stop dan keretapi.
Dan point yg agak kurenggggg ialah depa tak terima kad kredit. Haishhh aku tak suka nak guna cash sangat sebab cash itu maha penting di night market dan Cicada Market yg aku aim nak pi …. Allah la tu yg atoq tak mau bagi aku boros …. hmmm sabor jer lah.
Oleh kerana aku dah bayar cash kat hostel, aku agak bimbang juga dengan harga tiket keretapi yg mungkin terpaksa bayar cash juga. Oleh kerana itu aku ajak Iman cepat cepat ke train station beli tiket. Memang within walking distance juga.
Alhamdulillah lega rasa di hati bila boleh bayar pakai credit card utk tiket train balik . Yabada baduuuu !!! Ada cash lebih … boleh raya sakan …. hahaha (gelak pun dah mcm setan)
Kami berjalan sambil bawa baju baju busuk utk cari laundry. Sepatutnya baju dibasuh di Kancha lagi tapi hari tu waktu balik dari pekan naik basikal aku cakap kat Iman tak yah la kalut-kalut sebab esok tu dah nak check out and we have lots of time kat Hua Hin nanti.
Rupanya susah juga nak cari laundry sini …. kami dok usung rata petang tu naju busuk kami.
On the way ke train station, kami jumpa kedai makanan Islam, jual roti canai dan murtabak lagi. Kami pun singgah masuk, tapi hanya order nasi goreng. Kami tak amik la pulak gambar kedai tu. Memang senang lah nak jumpa insyaAllah.
Cuma cuma cumanya nak pesan …. kedai tu ada banyak kucing dan memang akan bau juga kencing kucing. So take note sapa yg tak suka kucing … pi lah cari kedai lain. Aku dgn Iman dah mangli bau mcm tu so kami ok jer … makan telan saja tanpa rasa apa2 melainkan kenyang sahaja.
Kami pun rasa sedap la sikit nak jalan dan jalan dan jalan saja lepas semua itu, sambil bawa baju busuk. Nampak dak gambar Iman kat atas tu tak dak pun plastik baju dia pegang. Dia malu bila aku nak amik gambaq pegang beg plastik baju busuk dia. So bila nak amik gambaq dia , dia akan letak tepi dulu beg plastik tu.
Aku selamba dog saja tak kisah bawa baju busuk .. bukan sapa tau dan bau pun …..
Time ni aku pun letak tepi juga plastik baju aku hahahahaha
Kedai lukisan mcm ni memang standard la kat Thailand kalau tempat banyak tourist. Kat Krabi Patong pun banyak kedai mcm ni .
Tengoklah tu … makanan laut yg gila best. Lobster pun ada banyak doh !!! Tapi aku rasa mcm was was sikit ke halalan thayyiban nya … jadi kami hanya lalu tengok saja laaaaa
Kami jalan jalan sampai pasar malam famous depa sambil singgah beli ayaq buah. Kat Thailand ni banyak jual ayaq buah blended, dalam THB45 saja … Kalau kat Key El tu berbelas ringgit …. standard orang kaya kaya saja. Sini orang musafir mcm aku pun mampu beli … :-P
0 comments:
Post a Comment