on Sunday, January 24, 2016 | 0 comments
Bersemangat sungguh kemarin nak pi Chatuchak. Oleh kerana dah tau dah tempat tu mcm mana, aku pun dah get ready dgn baju santai mcm pi bendang. Kalau aku ni jenih tak pakai tudung mesti depa kata aku ni orang kampung ulu siam masuk pekan.


Mata aku pula memang sepet dah mcm orang Siam.

Kami berjalan dari hostel ke MRT yg paling dekat; Sam Yan. Tak dan sampai Chatuchak pun aku dah berpeluh mcm orang buat bendang. 

Beli tiket THB42 sorang utk ke MRT Chatuchak. Mau lima nam tujuh lapan stop juga la tegha nak sampai.


Chatuchak ni memang sorga sopping (aku saja eja mcm ni ok). Beribu gerai. Beribu yg macam beribu ribu sungguh, bukan beribu yg kemudiannya kena tipu sebenarnya beratus atau berpuluh saja. Memang beribu sungguh sungguh.


Tudia punya nak habaq kata banyak.





Tempat first kami tuju adalah kedai makan Saman. Sapa yg pernah sampai sana memang kena saman makan kedai Saman. Kedai senang nak cari ; bersebelahan saja dgn Clock Tower. 

Dua dishes dia yg paling best yg patut dan wajib semua yg ke sana try adalah Tom Yam dan Soup Oxtail. Vavadoom kadavom (hahahaha ayat sumpah sedap aku). Rugi kalau tak order dua tu. Aku hirup sampai kering habih sebab harga dia mahal la juga, tapi berbaloi.

Lepas tu baru kami start jalan. Iman tu memang bercita-cita la nak jalan rata satu pekan, tapi aku tau dalam hati kecik aku, tobat tak larat aihhh satgi.

Aku bawa di ke kawasan yg gerai-gerai yg aku suka sebab aku rasa dia akan suka. Ni aku dah tanda kat bawah kawasan tu. (Huduhnyaa aku lukih).


Kawasan gerai aku bawa tu aku dah tau kawasan yg jual barangan comel cute dan banyak homemade. Kat situ juga aku jumpa kasut yg bila aku nampak saja umpama jatuh cinta pandang pertama. Aku literally lari meluru masuk sebab bagi aku ini kasut yg "must have".




Gilalah kan kalau tak beli satu.


Ni kasut taste Iman. Tak beli pun

Kami banyak round kawasan depan tu saja dan ada juga jalan jalan masuk dalam gerai utama yg tengah tu.  Beli sikit sikit saja barangan yg orang  (adik beradik) pesan sebab kami sangat aware bimbang akan menambah beban di backpack dan di dompet.

Dompet punya beban ialah bila makin kurang, makin ringan maka makin beban lah nanti kehidupan perjalanan.

Aku ingatkan Iman nak berkampung di sini sampai malam, rupanya tidak. Dia kata dia lebih suka dgn Platinum,  matanya masih terjuling-juling dgn Platinum Mall. Please take note sapa yg mcm Iman, apa yg dia kata itu. Dia juga bersetuju bahawa kawasan yg aku bawa di Chatuchak adalah yg paling best dan rare.

















Cukuplah aku saji saja dengan satu dua tiga pat gambar gambar tempat kawasan favourite kami yg diambil oleh Kak Long Kawasan .. hahahaha sapa lagi.


Aku minum latte dgn kasut baru !

Alhamdulillah. Terima kasih Allah.

0 comments:

Post a Comment