on Wednesday, January 27, 2016 | 0 comments
Pagi terakhir di Bangkok memang pagi yang menyejukkan. Entah apa yang menimpa negara negara Asia , katanya banyak negara yg dilanda cuaca sejuk. Tapi bak kata seorang kawan tatkala negara lain semua sejuk, Malaysia sahaja yg tetap panas; jangankan cuaca, isu poltik, isu sosial, isu agama, semuanya panas di Malaysia. Eloklah aku ada kat luar Malaysia pun …. if not jenuh juga emo aku ni, hahaha.

Hari ini kami bergerak ke Kanchanaburi. Tempat yang memang lama aku teringin nak pi. Ramai yang kata bukan ada apa sangat pun Kancha ni, tapi saja la kann … dah alang-alang sampai Bangkok dah , awatnya kalau langkah pi Kancha.

Dari Bangkok ada banyak cara nak ke Kancha. Boleh ja naik keretapi, tapi bukan dari Hua Lamphong. Kena naik keretapi dari satu lagi stesyen, iaitu Thonburi. Kena seberang sungai Chao Phraya kalau dari pusat bandar. Aku teragak agak nak naik bas atau naik van saja ke sana. Harga bas yg aku check di internet kata harga dalam THB 100 dan kena naik di Southern Bus Terminal yg agak luar skirt (outskirt) dari Bangkok. Satu hal lah pulak kan.

Kalau nak naik van boleh saja naik dari Mo Chit atau Victory Monument. Situ ada banyak van-van yg pi merata tempat. Aku pilih naik van di Victory Monument kerana lebih dekat. Naik teksi dari hotel dgn harga THN90 lebih. Teksi pula amik kami dari pintu hostel. Berbaloi la juga daripada naik Tuk Tuk yg kita kena usung beg keluar ke jalan besar, sedangkan harga sama saja (kadang lebih mahal) dgn teksi meter.

Di Victory Monument kami terus amik van ke Kanchanaburi dgn harga THB120 seorang. Hmmm ok juga lah dari bas yg lari dalam THB20 saja. Cuma nak kena ingat lah kalau bawa beg besar haru juga sebab van tu kecik, silap haribulan kena book satu seat utk beg sahaja !!!


Alhamdulillah driver ni tak berkira kami amik satu seat utk beg saja


Untung naik van ialah ianya laju dan cepat sampai. Kalau ikut cerita internet mau 3 jam, tapi kami sampai dalam masa 2 jam lebih saja , Alhamdulillah. Mungkin satu lagi faktor ialah sebab kami bertolak dalam pukul 10.00 Thai, time jalan tak sesak teruk sangat. Orang dah masuk ofis.

Sampai Kancha bus station dalam pukul 12 lebih. Dah ramai dok tanya kami nak pi mana. Kami jalan2 saja cari makan kot2 jumpa kedai halal. Pastu ada pakcik tuk tuk tanya kami, kami pun pom pang pom pang cerita segala ….. pendek cerita di bawa kami pi makan di Restoran Dawudha (Daud daaaa) dan terus usung kami ke Resotel Pier.







Resotel Pier tu mau lebih kurang 75km lebih , aku ingat dia nak tukaq la bagi kami naik teksi kereta yg selesa. Rupanya dia heret kami naik tuk tuk tu juga.


Peta dari Kanchanaburi Bus Station ke Risotel Pier



Aku rasa macam pekerja Bangla naik lori.

Kalau ikut petua cara backpack naik bas dan turun kat jalan besaq, Alhamdulillah la juga amik Tuk Tuk tu, sebab jalan yg nak masuk ke dalam ke pier tu mau dalam 2km aku rasa. Tidak ni jenuh merangkak kami tegha nak sampai. Pakcik tuk tuk tu minta THB900. Aku try juga bargain tapi dia insist harga tu. Malaih nak gaduh dan memang nak cepat sampai, tu yg aku amik juga tu.

Kat pier memang dah ada boat utk ke River Kwai Jungle Raft. Free. Tapi padanlah dgn harga dia.






Satu malam sekali dinner dan brekafast mau dalam THB3,600. Hotel paling mahal utk trip aku, sebab tu tidoq pun satu malam sajer. Lain la kalau aku "anak lord" (term Tok aku).

Boleh check semua pasai hotel ni kat internet. Kalau tanya tripadvisor memang depa suggest sangat laaa hotel ni.

Sukacita nak ingat kalau nak pi sini, kalau yg kaki internet kaki whatsapp, kaki FB, kaki bergayut dan apa segala jenis kaki yang melibatkan charger atau barangan elektrik lain , sila bersedia apa yg patut sebab kat situ tak dak bekalan letrik. Pakai lampu gas dan lampu pelita saja.



Bilik pun sangat basic , tandas ada flush, ada shower ada sabun ada shampoo. Mandi macam atas pelantaq. Kalau sapa tak besa dok kampung memang ini satu pengalaman best. Kalau sapa besa, dan bila rasa nostalgik, baliklah kampung selalu.


Katil depa siap bagi kelambu. Tapi kami tak guna pun kelambu tu. Nyamuk Sungai Kwai ni, tengok lengan aku pun dia lari .

Aktiviti di sini aku tengok ada la juga yg best, boleh naik kayak, naik rakit, naik gajah roud sungai … tapi semua tu kena duit. Aku ni tidur situ saja pun dah mahai gila bagi aku, manalah nak budget naik semua tu. Yang tak kena duit hanya pi melawat Mon Village, kawasan perkampungan Burma kat belakang hotel. Kena lalu naik titi buluh. Sapa nak lalu kena belajar naik ksateboard dulu, bagi terrer balance badan dulu … hahahaha (ok aku tipu).



Kampung kat situ mcm kampung kampung kat ulu di Malaysia. Rasa kesian juga aku rasa sampai depa jadi bahan tontonan macam muzium. Tapi mungkin ini juga salah satu sumber kewangan depa kerana aku rasa anak-anak muda depa juga yg kerja kat hotel di situ. Ada culutral show juga tiap malam oleh orang depa untuk tourist di hotel.

Kat situ juga boleh naik gajah round hutan belakang tu. Iman gedik nak pegang belai gajah, tapi dia takut. Dok merawang rawang tangan dia nak pegang tapi tak berani pi dekat.



 Last last dia boleh bergambar juga …….. tapi dengan punggung gajah saja . Jadi lahhhhh ….


Ada satu kelas tambahan sedang berlansung waktu kami sampai. Cikgu dia baik sopan saja ajak kami masuk. Aku syok nampak anak murid dia sorang tu dok pegang ayam dia dalam kelas.




Aku pun join sekali. Cikgu tu dibayar oleh Kerajaan Myanmar dan dia berasal dan belajar di Kemboja.




Kampung aku pun tak dak basketbal court


Aktiviti yg tak kena duit juga ialah dengan terjun masuk sungai dari hujung hotel ke hujung sebelah bawah ikut arus air sungai. 


Memang best. Iman terjun petang tu juga. Ramai juga mat mat saleh yg buat mcm tu … nampak best tapi aku tak rasa lagi nak try sebab segan. Jadi segan sebab baju berenang aku tu dah lama aku tak pakai, tapi aku bawa juga, bila try kelmarin … ya Allah … mcm nangka madu kena balut, aku sendiri terkejut. hahahahahaha

Aku hanya terjun juga pagi esoknya sebab nampak tak dak pun pelancung lain pagi tu. Depa semua keluaq pi jalan2 .. tinggal kami saja dok naik hammock 
sambil nanyi lagu nak kawin dgn anak raja (Iman la tu).



Malamnya dinner, tapi aku hanya request seafood dan sayur. Aku tak berapa lalu makan. Hmmm … aku suggest waktu kat Dawudha tu hampa order siap2 nasi goreng tapau atau bawa roti banyak2.



Breakfast standard la ada roti bagai dgn butter dan telur.


Lepas breakfast tula baru aku teirngin nak terjun sungai. Memang sejuk dan sedap sangat membiarkan diri di bawa arus sungai. Rasa segar bugar badan.

Lepas mandi manda kami pun bersiap pack barang nak check out. Tak dan siap habih orang hotel dah kalut mai habaq kata bot dah ada nak hantar kami balik pier.



Babaiiiiii



Memangla aku tak mampu dok lama lama kat hotel tu, tapi aku rasa satu malam saja pun dah cukup buat kami gumbira dan puas hati. Satu pengalaman yang menyeronokkan walaupun aku hampir hampir jahanamkan lampu bateri depa.

Aku dah arrange dengan pakcik tuk tuk semalam minta dia tunggu amik kami balik. Dan aku pun jadi macam pekerja Bangla balik kerja naik lori sepanjang 75km …….










0 comments:

Post a Comment