on Tuesday, January 26, 2016 | 0 comments
Kelmarin dulu hujan mencurah curah turun ke bumi Bangkok. Alhamdulillah rasa lega sangat sebab ya lah, hilang sudah segala rasa panas. Oleh kerana hujan dari malam sampai ke pagi sampai ke tengah hari, kami lebih santai dan tidak rasa terkejar-kejar mahu ke mana-mana. Malam sebelumnya kami membasuh baju menggunakan mesin basuh dan mesin pengering yg disediakan.


Harga basuhan adalah THB30 dan utk mesin pengering THB10. Sabun kena beli sendiri. Rasa puas basuh baju-baju berpeluh dan busuk itu …

Bila kami mula nak bergerak hujan masih belum berhenti. Kami tiada pilihan melainkan terpaksa memanggil teksi. Bimbang juga nanti mahal harga teksi, tapi rupanya tidak. Selama ni selalu gunakan Tuk Tuk kerana menyangka ianya murah, rupanya salah ! Teksi kereta lebih murah. Harga ke MBK dari hostel sekitar THB60 sedangkan kalau naik Tuk Tuk …. THB100.



Waktu menunggu di lobi ada tiga orang perempuan Malaysia baru sampai ke hostel. Mereka juga menaiki keretapi dari Padang Besar ke Bangkok. Muka letih masing-masing.


MBK adalah salah satu mall yg berdekatan dgn Siam Square dan sekitarnya. Mall mall di Pathumwan ini dihubungi oleh laluan "flyover" pejalan kaki yang dilindungi atap. Dari Tingkat 2 MBK (kalau tak salah) kamu boleh berjalan ke Siam Discovery, Siam Center, Siam Paragon hingga ke Center World. Bersebelahan Siam Center ada Station BTS. Dari situ mudahlah pula kalau nak ke mana-mana.



Kami ke MBK untuk makan tengah hari. Memang popular la tempat ni di kalangan orang Malaysia dan orang Islam lainnya. Makanan sedap walaupun bagi aku, kedai Saman rasanya lebih baik. Ikut citarasa masing-masinglah kerana harga lebih kurang sama sahaja.

Oleh kerana hujan, kami hanya berjalan-jalan di kawasan ini sahaja , ambil gambar sana sini dan menikmati ais krim.


Kami tidak shopping sangat di sini cuma membeli barangan pesanan adik aku sambil berpesta amik gambaq yg tak lah tegha mana pun ...













0 comments:

Post a Comment