Tiga hari pertama aku di sini, cuacanya sungguh panas membuatkan ahlil sukan seperti aku (hahahaha) peluh bercerau. Baru pakai baju lepas mandi dah berpeluh. Tak dan sampai destinasi , baju dah basah peluh walaupun bagi aku cuaca sebegini sama saja dengan di Malaysia.
Cumanya yg buat aku agak hairan ialah selepas hujan satu hari kemarin dulu, cuaca hari ini tiba-tiba bertukar menjadi sangat sejuk. Waktu keluar tadi ke Pejabat Pos kami dah terasa sejuk semacam saja nih. Sejuk angin. Di Platinum tadi juga kami rasa sejuk dan aku perati orang Thai juga pakat pakai baju sejuk. Hmmmm
Oleh kerana cuaca sejuk kami tak ke mana sangat, hanya pusing mall cuci mata. Iman memang dah request nak ke Platinum lagi.
Mulanya tu aku ikut la juga dia round … lama-lama aku pun tak larat aihh nak round shopping macam tu. Nampak juga pakcik makcik berumur dan para suami yang pakat duduk tunggu di kerusi. Aku pun join sekali duduk sampai tersengguk nak terlena punya tunggu Iman
Pakcik sebelah ni pun mangsa penunggu shopping. Mujoq Alhamdulillah ada internet. Dia dok main tengok Youtube saja aku perati. Jenuh wehhh kalau sapa mai dengan kaki shopping.
Aku dok cerita juga la kat geng whatsapp kata Bangkok sejuk semacam saja ni, tapi tak sangka bila check application cuaca di internet rupanya memang sejuk gilaaaaa … patut laaaaa
Yg ironinya di sini, baju sejuk aku dah pos balik Malaysia ……………………………………….

0 comments:
Post a Comment