Bfast kami makan roti beli kat Hatyai saja. Aku ajak Iman naik boat pi Grand Palace.
Menapaklah pula kami jalan cari pier yg terdekat seperti yg dicadangkan oleh staff hotel. Kalau balik ni tak kuruih juga tak tau lahhh
Ini pier yg dekat dgn Marine Building. Kalau nak naik boat depa ni kena check dulu bendera warna apa yg boat tu. Ada warna kuning,putih, hijau dan oren ... Budak hostel tu suruh aku naik yg bendera oren. Bayaq dalam TBH 13 saja sorang.
Ramai lah juga pelancong yg naik boat ni. Aku agak lapaq juga tapi dok sabaq sajaaa, sambil doa ada makanan halal utk kami satgi.
Turun pier (Ta Chang pier) aku nampak ada org jual murtabak siam. Aku tanya halal dia jawab halal. Kami pun order lah murtabak dan roti telur, secawan kopi dan dua botol air mineral ; semua THB100. Alhamdulillah
Sedap tau cucumber pickles tu. Makan saja pun sedap.
Selepas gendang gendut tali kecapi, kami pun jalan la beramai ramai dengan orang ramai yg sangat ramai bagai nak rak. Ya Allah punya ramai naik semak perut. Tapi dah nak pi juga, langkah juga la.
Orang Thai ni cukup sayang kat Raja depa. Pelancong yg nak masuk istana raja tak boleh pakai short, skirt, sleeveless ataupun seluaq ketat. Semua kena panggil dan kena tahan dan kena tukaq pakai baju sopan. Beg pun kena check. Panaih lit lit tadi ni. Sila bawa minuman dan selalulah minum. Jangan lupa juga topi dan spek hitam.
Tiket THB500 sorang. Berduyun la manusia rakyat jelata masuk nak tengok istana raja.
Ada dua tiket yg aku pun tak dan check utk apa yg satu lagi.
Semaknya ramai orang. Depa pun sure semak tengok aku juga hahahaha
Tapi tak dinafikan memang cantik la. Design memang intricate gila. Very detail. Raja suruh buat kan, buat sungguh sungguh la. Mana ada masa check phone check whatsapp update status facebook lagi waktu tu. Semua buat kerja sungguh2.
Peluh bercerau aku ni. Macam orang mandi. Iman aku tengok relax ja tak peluh.
Hmmm mungkin sebab dia bukan ahli sukan mcm aku ...
Keluaq saja dari istana kami pi cari minum dan lepak sat sebelum menapak pula ke muzium nasional.
Rupanya muzium tak dak pelancong sangat. Boleh bilang dgn jari. Mungkin tak dapat sambutan dan tour tak masukkan sekali muzium dalam agenda.
Bayaq THB400 sorang dan berjalanlah kita tengok patung2 lama siam dan sejarah depa.
Tips aku kalau rasa nak ke tandas waktu di Grand Palace, silalah tahan dan mai lepas kat muzium. Bilik ayaq bersih dan tak dak orang. Muzium tu dalam 700meter saja dari istana .... tu pun kalau tahan la nak jalan sambil kapit kaki .
Dari muzium kami ke Khaosan Road yg sangat famous dgn backpackers. Memang happening la tempat ni, lebih kurang mcm Patong kat Phuket. Sapa yg nak tenang dan tawadhuk tak payah lah mai sini. Banyak dosa la pula mata telinga dok kutip especially malam2.
Aku saja pi nak tengok. Tengok jerrr.
Ada satu kedai makanan halal.Aishah nama diberi. Dekat dengan Swensen dan 7-11. Satu blok dgn 7-11 tu.
Kedainya yg sign board merah tu.
Punya lapaq sampai order terlebih. Tamak sungguh. Soup daging dia patutnya sedap bagi org yg makan pedas. Aku darah orang putih, letak kat lidah saja hanya pedas yg terasa.
Kemarin dah janji dgn Iman nak pi Pratunam Mall aka Platinum, so kami pun mai lah sini.
Ni aku dok taip sambil tunggu Iman. Dia dah lesap pi round tengok baju. Aku tengok mata dia dah naik juling rambang tengok baju macam2 jenis dan lawa.
Aku tak larat ikut dah.
Jarman aku datang insyaAllah satu hari nanti.
2 comments:
Sila bawak aku sekali kalau nak ke Jarmanππππ
uih nampak sedap ler sup tuh.. yumyum.
Post a Comment