on Sunday, January 31, 2016 | 0 comments



Ini adalah gambaran kedudukan hotel kami Tid Tara Raft dan jarak jauhnya dari Dawudha. Jalan biru Google Map habaq tu jalan naik kereta yg selesa. Kalau jalan naik basikal memang la tak selesa sebab akan sakit punggung … tapi lebih mudah.

Yang tanda merah tu jalan naik basikal dari hotel kami. Kawasan aku bulat tu memang kawasan yg happening la juga … (tak la happening mcm Khao San Road atau Patong …. tapi ok lah tak lah gelap).  Kawasan tu sampai ke kawasan hotel kami memang ada banyak hotel murah dan elok.





Ini gambaran bahawa boleh ja nak kayuh amik jalan basikal tu terus ke Landasan Maut. Tak jauh mana pun kalau kayuh. Tak payah kayuh laju-laju, kita bukan nak masuk Le Tour De Langkawi, kita nak tour Kanchanaburi saja. 






Ini pula jalan kalau nak ke pekan Kancha atau ke Stesyen Bas yg ada makanan Muslim tu. Kat entry lepas dah bagi landmark. Kalau ikut jalan yg aku dah tanda tu memang agak sunyi dan gelap dan ada anjing. Boleh pilih jalan cerah lain tapi mungkin jauh sikit. 

Kalau nak selamat lepas makan balik cepat sebelum gelap. Sewa basikal murah2 ni mana ada lampu …..



:-)









0 comments:

Post a Comment