on Sunday, January 31, 2016 | 0 comments
Selepas satu malam di hotel rakit tu, kami masih ada dua malam lagi di Kanchanaburi. Memamng kalau ikut tu, rasanya macam dah tak ada apa sangat di Kancha tapi memang sengaja aku amik lagi dua malam di situ untuk lepak2 dan relax . Ada plan juga nak ke Erawan, tapi eshhh rasa jauh la juga tu kalau nak ke situ pula naik bas, jauhnya tu macam  sama jauhnya nak ke Risotel Pier balik. 


Untuk dua malam beriktnya aku amik Tid Tara Raft Hotel, hotel yg di atas sungai Kwai juga cuma ianya sudah di ujung-ujung di mana airnya pastilah tidak lagi sebersih yg dimuara.



Kami agak bimbang juga bab makanan halal di Kancha, sebab ada juga baca blog yg katanya memang agak susah. Dawudha ok , tapi harganya agak mahal. Sakit juga poket kalau nak makan selalu di situ.

Kawasan laluan ke Tid Tara nampaknya macam happening juga, banyak bar dan hotel2 kecil dan ramai juga mat saleh di sini. Pakcik Tuk Tuk tinggalkan kami di tepi hotel dan ya Allah …. rupanya Tid Tara ni hotelnya memang bukan utk orang yg sakit lutut. Sila ambil perhatian siapa yg cadang nak ikut jejak laluan aku, diulangi;  Tid Tara ni bukan utk orang sakit lutut. Manala aku tau kata hotel dia naik tangga turun tangga …. bayangkan lah nak usung backpack gedabak tu turun naik tangga yg steep. 




Ni hah … kau mampu ????

Oleh kerana aku dah jadi dugung berenang tak hengat pagi sebelum check out tadi, semua sakit badan baru terasa pada petangnya. Kami dah beli siap2 nasi goreng kerana kami (aku la tu selaku ketua rombongan) telah buat keputusan tak mau ke mana dah melainkan nak lepak dan terus tidur di hotel.

Esok paginya baru kami berdua menapak keluar ke jalan untuk cari makan dan lihat-lihat apa yg boleh kami buat pada hari itu untuk mengisi masa lapang. Bila nampak basikal untuk di sewa kami rasa inilah perkara wajar yg patut kami buat kerana kami tidak mau menghabiskan duit dengan naik tuk tuk dan teksi mahupun teksi dan tuk tuk (aku saja ulang ok).



 Iman sangat happy nak kayuh basikal; dia lupa barangkali aku ni kayuh roadbike 22km per hour (hahahahaha standard paling laju utk seorang makcik (ambil perhatian ahli kayuh yg asli akan kayuh pada kadar 33-35-40km per hour)), so bila ada perbezaan kemampuan kayuhan begini, Iman selalu tertinggal di belakang. Jenuhla kawan tu dok kring kring kring panggil aku ……

Lutut aku pun bukan elok sangat, so tak lah laju mana sangat.

Lepas amik basikal tu (THB50 satu basikal utk 24jam) kami balik ke hotel utk lepas hajat (lol). Lepas tu baru kami kayuh pi cari Dawudha lagi. Rupanya Dawudha tidak lah jauh sangat dari kawasan kami.

Kami juga, dengan bantuan Google Map , baru menyadari bahawa Death Railway yg sangat popular itu juga berada di kawasan "mampu kayuh". Berkayuh lah kami dua orang, menuju ke Landasan Maut itu, bukan kerana kami suka sangat nak ke situ, tapi oleh kerana ianya terkenal sangat dan pernah dibuat filem tentangnya, haruslah kami ini ke sana jua adanya.

Di situ juga kami dapati ada gerai Muslim. Jadi , kalau sesiapa nak ke Landasan Maut tak payahlah susah hati bab makan, ada ja gerai Muslim kat situ.









Ramai Mat Saleh datang ke sini, dan kebanyakannya yg dah tua, mungkin nak visit saudara mereka dulu yg mati di sini. Aku dan Iman pun tumpang sekaki jalan jalan atas landasan mencari kebenaran (hahaha saja nak bagi rhyme).

Memang panas gila la time kami pi tu. Saya cadangkan kalau nak ke Landasan Maut, pi lah pagi.

Kami pulang ke hotel utk rehat rehat dan tidur dan hanya keluar waktu petang untuk mencari gerai Muslim di pekan Kancha. Memang aku ada baca katanya gerai Muslim ni hanya buka waku petang. Lagipun kami memang dah jemu dgn Dawudha. Dari hostel ke pekan Kancha ada la dalam 20 minit kayuh. Tak lah jauh sangat. Kalau naik teksi kena bayar dalam THB60 (utk pergi saja tu). Makanya sebab itulah kami sangat suggest sewa basikal saja.




Ini landmark utk cari gerai Muslim itew, depan bangunan ni saja. Gerai ni hanya dibuka dalam pukul 6.00 (Thai). 




Sebelah sana tu yg makcik baju merah tu, dia jual ayam goreng pulut.





 

Nasi belacan yg dipanggil Shrimp Fried Rice. Orang Thai ni makan nasi sikit saja. Hmmm aku yg darah Melayu ni bila tengok depa hidang selalu ada sikit tarak puas hati sebab nampak sikit, tapi bila kita baca Bismillah sebelum makan, kenyang elok pun ….. setan la tu kannn ….













Ini kami naik basikal kat jalanraya di pekan Kancha. Mesti depa tengok pelik ada makcik rock naik basikal laju gila kat jalan depa …….

0 comments:

Post a Comment