on Wednesday, April 27, 2011 | 4 comments
Pulang dari bejalan-jalan dengan Lena semalam, ada tetamu baru di bilik. Lauren, Canadian. Ketinggiannya membuatkan dia sangat merasa tidak selesa berada di katil bawah, mengambil alih tempat Lindsay. 5'11 katanya. Wow ... seperti model jalan kucing, kurus tinggi dan pasti tidak menjadi masaalah untuk tolong ambilkan buah di pokok yang tinggi.

Lauren peramah dan tidak putus-putus bercakap. Kadang dengan dirinya sendiri. Sepatutnya dia datang dengan seorang kawan. Malangnya kawan tadi kehilangan passport di lapangan terbang.

"She just took out the passport and left it on the table. Who in the world do that? Its her fault. I would hold dearly to mine" katanya kepada kami.

"Well I guess she got to learn her lesson the hard way" kata Lena.

Aku diam sibuk dengan internet yang baru boleh berfungsi wifi (ya salah aku sebenarnya bab wifi ni .... salah masukkan password rupanya huruf yang ditulis Elena yang aku sangkakan hurug "g" kecil adalah nombor "9". Tulisan mereka agak berbunga).

Lauren kelihatannya seorang yang seasoned traveller. Boleh berbahasa Perancis dengan baik dan bekerja sebagai waitress. Kagum aku sebenarnya dengan gadis-gadis Inggeris ini yang sedari muda sudah berjalan rata membuka minda mematangkan fikiran. Apalagi kedudukan matawang mereka yang kukuh membuatkan mereka mampu berjalan walaupun Lindsay dan Laura agak merungut tentang tukaran matawang US Dollar berbanding Euro yang kata mereka sangat tidak baik sekarang . USD 1.4 = Euro 1. Melopong mulut mereka semua mendengar tukaran Ringgit Malaysia pula berbanding Euro.

Lindsay dan Laura masih lagi belajar. Mereka belajar di Ireland untuk selama satu semester sahaja. Ramai pelajar universiti Amerika berbuat demikian dengan cara "credit transfer" dari universiti mereka di Amerika ke mana-mana universiti pilihan di dunia.

"Many people that I know do that. My boyfriend is in Spain, another of our friend is in Florence .... bla bla bla"

Wow .. aku tak pasti universiti di Malaysia ada melakukannya atau tidak. Agak payah barangkali dengan tukaran matawang yang mungkin akan menjadi satu masalah.

Lauren sedang sibuk melayari internet untuk mengetahui tempat-tempat yang akan dilawatinya dan kami mengajaknya untuk ikut kami ke Colloseum esok paginya.

Maka pada pagi tadi kami bertiga melangkah kaki bergerak ke Colloseum menaiki Metro train, menjadi ikan sardin di dalam train yang sesak dengan warga Rome ke tempat kerja.

"I cant imagine living and working here .. how do they live with all the tourist around ..??" Lena pernah bersuara.

Oleh kerana tiket Roma Pass aku masih valid untuk satu hari setengan lagi, aku serahkan tiket itu untuk Lauren memakainya. Mudah untuknya menaiki bas atau metro ke sana sini. Lauren juga tidak lokek menawarkan khidmat mengambil gambar kepada Lena yang kini terpaksa menunggu untuk ke kedai menukar charger kamera yang salah dibeli itu.

lauren dan lena


Selesai di Colloseum (yang aku tidak merasakan berbaloi) aku bergegas pulang mengambil kembali backpack di hostel untuk bergerak ke Naples.

Tiket boleh dibeli di mesin tiket dengan memakai wang tunai ataupun credit card. Sangat mudah. Hanya memilih bahasa dan lokasi yang akan dituju. Terus mesin akan menunjukkan senarai keretapi yang akan ke sana bersama waktu dan harga tiket. Jika mahu cepat sampai, kita boleh memilih tren yang paling laju. Kalau mahu ke Naples dalam hanya satu jam, ya boleh saja ... harganya Euro44.

Aku pilih yang paling murah Euro10.50. Kamu boleh bayangkan kelajuannya .... dua jam empat puluh dua minit. Masih berbaloi kerana kelajuannya yang sederhana boleh membuat kamu lebih menikmati pemandangan negara Itali yang cantik ini.

Agak terkejar aku membeli tiket kemudian berjalan menaiki tren tapi diberitahu aku belum validate tiket. Arghhh Italian tickets and their validating machine !!! Bukanlah pemandangan yang selalu bagi mereka agaknya di Termini perempuan bertudung berlari-lari tercari-cari mesin validasi yang rupanya hanya di tepi tiang keretapi ... kalut sungguh aku ni, satu sifat buruk yg selalu memakan diri.

"You look like a turtle" kata Lena tadi melihat aku mengusung backpack. Ceh !!

"Ya I m a Ninja Turtle !!"



maaf kualiti gambar kurang memuaskan
agak segan nak pulun amik gambar atas tren




4 comments:

Ayu said...

camana la hang kata pi colleseum tak berbaloi...aku teringin sgt nak masuk. Masa pi dulu dah lewat sgt so x dpt msk.

a.n.i.Q.u.e said...

takat nak tengok bangunan lama tak yah lah wehh ... serious. hahaha . tak baik aku kata cenggitu. itu aku. mungkin sebab aku lebih suka tengok orang dari tengok bangunan

Anonymous said...

stuju kak ann coz dah pernah sampai kt sana

Anonymous said...

im so proud of u,blh travel 1 itali sorang diri, nnti
x sbaq tggu akak blik astaq, blh smbang pasal ni-rafia

Post a Comment