on Saturday, April 30, 2011 | 4 comments


on | 3 comments

"You seem brave for a Muslim lady to be traveling alone" kata Maria pertama kali bila mendapat tahu saya Muslim Malaysia.

"Hmm I m not brave. I have my fears too. I get looks everytime, sometimes I feel I m not welcomed here"

"You come at the wrong time ....."

Kata Maria masyarakat Eropah sekarang tidak berapa senang dengan kedatangan ramai Muslim ke negara mereka. Negara Itali kata Maria mendapat kritikan hebat negara Eropah lain kerana tidak begitu ketat menjaga sempadan mereka lalu membiarkan ramai Muslim dengan mudah berhijrah ke sini.

"I was listening to a BBC radio the last time, when I was driving in Australia. It was during the election time in London, they were interviewing a candidate, and it seemed one of the manifesto by some of the candidates was how were they going to curb the ongoing increasing population of the Muslims in England"

"Oh ....They just resent the Muslims"

Kata-kata Maria membuatkan aku rasa kurang senang. Cara Maria bercerita seolahnya tidak patut ada tempat langsung bagi Muslims di Eropah. Apa lagi bila Muslim yang datang membawa sekali agama mereka dan mendirikan banyak "their own churches" katanya.

Peningkatan populasi Muslim juga akan bertambah kerana rakyat Itali sendiri ramainya hanya mempunyai seorang anak sedangkan Muslim di Eropah mula melahirkan satu generasi yang lebih dari tiga kali ganda daripada Italiano.

"It ll take only another few generations before the Muslims will be all over Europe and when that happens they can do a lot of things .. they can even change the law to be in favour of them".

Aku hanya diam dan kemudian cuba juga menimbulkan tentang masalah Gypsies yang pernah aku dengar dari tetamu Hungarian aku dulu yang juga menjadi isu utama peningkatan jenayah di Hungary dan juga Eropah lain. Malah buku-buku travel banyak memberitahu supaya berhati-hati di Stesyen Termini di Rome kerana terdapat ramai gypsi yang melakukan jenayah di sana. Populasi Gypsy menjadi masaalah kerana bukan sahaja mereka tidak berpendidikan, malah mereka juga sedang melahirkan generasi yang berkali ganda daripada masyarakat Hungarian khususnya dan masyarajat Eropah amnya.

Maria tidak mengendahkan hujah aku malah tetap menyatakan tentang pandangan negatif masyarakat Eropah pada Muslim.

"I know it ll be different if i dont wear a hijab or scarf like this. I m sure they will treat me differently"

"Oh yes .... of course .. why dont you wear a black scarf like their nuns and you will blend in .." Aku agak terkejut dengan cadangannya.

"but i m sure they ll figure me out once they know I cant speak a word of Italian" .. kami ketawa dan meringankan sedikit tekanan perbualan.

Maria seorang guru yang mengajar di Australia. Ibunya berasal dari Itali dan beliau sedang dalam percutian ke Itali bersama ibunya yang sudah berumur 76 tahun.

"My mother wanted to visit her house in Italy which was inherited from her father"

Maria sendiri juga sudah berumur hampir 56 tahun. Hidungnya mancung seperti hidung Lena. Kata Raphael (remaja Brazil yang kami jumpa di atas tren Sorento-Napoli) rupa Maria seperti orang German.

"ahh .. it could be .. because my mother was adopted by my grandparents. They never knew where my mother came from"

Bila mendengar penjelasan Maria, aku terus boleh faham kenapa dia begitu beria-ia memberitahu aku tentang betapa tidak senangnya masyarakat Eropah pada Muslim. Dalam diam aku boleh rasakan, bukan masyarakat Eropah yang tidak senang dengan Muslim, tapi Maria sendiri kerana aku amat yakin darah Yahudi masih mengalir kuat dalam dirinya.




on Friday, April 29, 2011 | 5 comments

Setelah berlapuk dalam bilik semalaman, dengan rasa segar dan hati berbunga semangat, saya mengambil keputusan untuk keluar hari kemarin berjalan-jalan samada ke Pompei atau Sorento atau Amalfi. Ketiga-tiga tempat mengikut apa yag saya baca sangat menarik.

Waktu breakfast saya berbual dengan perempuan yang menjaga hostel ini, Jenny yang mencadangakn saya membuat day trip ke Sorento-Positano-Amalfi-Solerno. "Esh sempatka ni .. ??" saya fikir. Hmmm .. tak pa lah .. dah rasa sihat kuat .. "Why not.."

Seperti biasa baru pagi tu juga lah nak tukar duit note 200euro, satu jumlah yang banyak yang bukan boleh ditukar di kedai kopi atau di Tabacchi (mcm kedai suratkhabar mamak tepi jalan tu). Kata Jenny kena tukar di Bank !! Hah nak cari Bank pula pagi2 ni kat mana .... Dia pun tak ada tukar. Ya take note kawan-kawan .. kalau nak tukar duit Euro tu... tukar siap2 kecik2 ...

Saya rasa tak mau lah dok usung duit banyak tu sana sini. Napoli ni kota mafia tau.

Keluar cari bank sat yang kata Jenny dekat saja. Tak jumpa. Bawa sajalah jumlah tu sambil berdoa Ayat Kursi apa segala semoga saya selamat.

Metro line di Napoli agak tricky .... dari Dante nak ke Central Station harus berhenti di Cavour (di sebut kavo-re). Dari line Cavour untuk ke Line 2 Moseu kena lalu dua tiga pat lima nam jenis tangga ... termasuk eskalator. Dari Moseu baru kamu akan dapat ke Central. Sesat la juga sat tegha (sementara) nak cari tangga dan "jalan yang benar".

Di Central juga ... untuk ke Sorento kamu harus amibil Metro line yang berada di tingkat 2 bawah Tingkat Utama. Harga tiket ke Sorento 4 Euro. Oh ya harga tiket dari Dante ke Central termasuk semua perpindahan Line 1.20 Euro dan tiket dikira laku selama 90 minit dari masa pertama kamu "validate" tiket kamu. Maksudnya nak pi mana pi mai pi mai guna tiket tu .. gunalah asalkan setakat 90minit saja.



Pelancong di Napoli tidak seramai di Rome. Pun begitu train ke Sorento agak tetap sesak. Train akan berhenti di lebih 20 stesyen sebelum berhenti di perhentian terakhir Sorento.

Hmmm waktu bediri atas train tu seorang lelaki tua (dlm lebih kurang 70 tahun) telah dengan baik hati menunjukkan saya tempat untuk pegang besi, sebab terlalu sesak tak tau nak pegang tang mana. Sebelah kiri saya perempuan cantik Napoli yang saya pasti semua mata-mata lelaki dalam Metro ambil peluang menikmati kecantikan beliau (walaupun bini atau gf berdiri di sebelah). Lelaki berumur itu nampak baik dan cuba berbual dengan saya ... mana lah saya paham; dia itik, saya ayam .



Hmmm .. saya agak musykil juga dengan lelaki berumur tadi di ada cuba mengambil kesempatan memegang tangan saya dan bahu saya waktu atas train, hmm mungkin beliau terpegang (tapi kalau "ter" kita harus pakai "2 seconds rule") untuk elak jatuh .. tapi lebih dari 2 saat tu ... hmmmm . Nak sigung ... takut pecah usus dia pulak dan saya akan ke jail di Napoli.


Akhirnya Alahmdulillah saya sampai di Sorento. MasyaAllah Subhanallah ... cantik dan bersihnya Sorento ni .... !!! Jauh langit dengan bumi kalau nak banding dengan Napoli mahupun Rome. Macam di bandar Eropah lain rasanya (walaupun tak sampai lagi Eropah lain). Sorento juga agak sejuk memandangkan ia satu bandar kecil di tepi laut dan di atas bukit. Sorento sangat famous dan popular bila musim panas. Kalau musim panas, pastilah lebih sesak.






Saya berjaya jumpa satu Bank kecil di Sorento yang sudi menukar wang besar kepada wang kecil. Kali ini saya bawa frasa mudah Lonely Planet saya yang saya koyak dari buku (nak bawa satu buku takut terlucut bahu) untuk meminta dari cashier tersebut apa yang saya mahu. Beliau faham.




Align Center
lunch saya untuk hari itu


Hampir satu jam lebih saya di Sorento berjalan-jalan menikmati bandar kecil itu. Saya kemudiannya menaiki bas untuk ke Positano. Bas itu akan bawa terus ke Amalfi, tapi akan berhenti di Positano.

Menjadi pemandu bas menyusuri lekok yang sangat tajam dan sempit bukanlah pekerjaan mudah. Gila sempit dan mereka semua sangat pandai mencari ruang untuk bergerak. Gila lah kan. Ada ketikanya bila bertembung dua bas, kedua dua pemandu akan turun mengubah kenderaan lain atau objek gangguan untuk memudahkan mereka lalu (driver keluar pi angkat motor kat tepi). Pemandu kereta pun sangat memahami, bila bertembung saja, pasti akan mengalah dan mengundurkan kereta.


hah tengok ni... dekat gila bas kami dgn bas sebelah

Saya turun di Positano dan melalui satu pengalaman yang meluruhkan jantung. Bukan apa .... saya perlu menggunakan beratus-ratus tangga untuk turun ke pantai. Saya berjumpa dua tiga pelancong lain yang sedang luruh jantung dan meminta nyawa, sedang memanjat naik, ketika itu saya sudah boleh bayangkan jantung saya nanti bila nak naik ke atas balik.



Sampai ke kawasan pantai suasananya MasyaAllah ... Subhanallah .. sangatlah cantik.




Walaupun pasirnya macam batu sungai, itu bukan halangan mat saleh nak berjemur dan bermain pasir. Dah la sejuk gila boleh buka baju berjemur lagi pula tu. Sepanjang menurun tangga saya lihat banyak hostel dan hotel, yang pastinya tidak begitu penuh kerana bukan musim panas lagi.


jumpa pokok limau tepi tangga

Tiba masa nak panjat balik tangga... saya tak berhenti berdoa "Ya Qawwi " (Wahai Yang Maha Kuat) sebab memang rasa mcm nak terlucut setiap anggota badan bila memanjat tangga menaiki bukit curam itu. Terpaksa berhenti setiap 20 tangga ..( 10 kot). Tercungap-cungap mintak nyawa. Bayangkan mereka yang tiap hari panjat. Patutlah kurus lawa ....

tempat tunggu bas

Sampai di atas jam sudah menunjukkan hampir pukul 4. Saya mula agak bimbang samda sempatkah sampai ke Solerno lagi ni, apalagi nak singgah di Amalfi pulak. Saya tunggu di tepi jalan. Dah la bas pun lambat. Saya masih boleh pakai tiket bas 7.20 Euro tu untuk selama 24 jam. Saya terfikir mahu pulang kembali ke Sorento. Tapi ahhhh .. alang alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal Amalfi. hahaha

Akhirya saya sampai juga ke Amalfi Alhamduillah. Tapi akibat kecantikan yang saya sudah nikmati di Positano dan jantung yang masih baru bedegup normal, Amalfi tidaklah seberapa. Apa lagi dengan waktu yang makin hampir petang, dan memikirkan saya mahu ke Solerno pula, saya mula berasa cuak.





Kalau ke Solerna yang saya lihat jauhnya lebih 30km, hmmm ... dengan jalan yang berliku seperti tadi, pukul berapa nak sampai, dah pukul berapa saya boleh ambil keretapi dari sana kembali ke Napoli. Dan pukul berapa nak sampai hostel. Malam di Napoli bukan seperti Rome. Agak bahaya. Saya akhirnya memilih untuk kembali ke Sorento. Bye bye Solerno.

Di atas bas saya duduk di sebelah seorang makcik Inggeris yang ramah menegur dan berbual dengan saya. Bab sembang tu saya akan cerita di entry lain.

Saya dan Maria sampai bersama di Sorento dan memilih untuk sama-sama di atas train kembali ke Napoli. Keramahan Maria juga membawa kami berkenalan dengan seorang anak remaja bersama ibu bapanya yang sedang berkelana mahu ke Milan.

Saya dan Maria sampai di Napoli sudah hampir jam 9.45 malam. Tabacchi juga sudah tutup. Maria sudah berpisah dengan saya kerana hostelnya hanya dekat dengan Central. Melilau lah pulak nak cari tempat beli tiket. Jumpa, beli dan terus ke platform sepatutnya. Dan melalui proses yang sama seperti yang telah saya ceritakan awalnya.

Memang benar jalan ke hostel semakin sunyi. Mulut saya terkumat kami bersalawat dan membaca ayat kursi. Singgah membeli kebab dan air. Masuk bilik tak sempat salin baju .. terus terlelap sampai pagi . Letih gila.



on Thursday, April 28, 2011 | 8 comments
Tourist kat sini hampir semuanya yang putih-putih. Walaupun ada juga yang gelap tapi jarang. Yang amat pasti saya lah tourist yang gelap. Semalam saya cuba berjalan-jalan kaki di pekan Napoli ini. Memang benar hostel saya agak dekat dengan laut. Patutla asyik dengar angin kuat berhembus dari dalam bilik kebal ni. Pekan ini dekat dengan port yang mebawa pelancong ke pulau-pulau terdekat seperti Ischia Capri dan juga ke Sorento mahupun Amalfi walaupun Sorento dan Amalfi Coast boleh juga ke sana dengan bas yang tambangnya lebih murah.


satu port untuk kontena


satu port untuk manusia (?) hahaha
siap dengan shopping complex yang tak lah best sangat pun


Berjalan punya jalan, saya rasa mcm tak dak mood dan letih kaki. Rasanya letih Rome dengan letih angkut beg naik tangga hostel kemarin tak habih lagi. Saya nampak bas tourist ini yang kalau awal dulunya kat Rome saya fikir nak naik tapi tak jadi (tersalah pi beli Roma Pass).





Lihatlah jiran-jiran atas bas saya

mereka semua kategori sakit kaki dan lutut macam saya

ehem

Best juga naik bas tu, tak payah teruk2 nak explore Naples sampai lekangkan lutut mahupun sehingga merasa patut minum susu Anlene lima gelas sehari. Saya boleh tengok macam-macam dari atas bas.


tua muda bermain dam

kecik-kecik lagi dah dok lepak mcm ni
esok tua jadi mcm gambar atas juga


nampak dak makcik tu dok angkut timba barang yang dia beli dari kedai bawah ?

cantik juga bangunan ni

pandangan dari bas dan dari atas bukit

gambar bawah hanya untuk atas 18 tahun


Astagfirullahhal Adzim


:-)

Bandar Napoli memang sesak dan bising serta ...errr kotor. Saya akan tunjukkan buktinya nanti.

Sekian. Ann melaporkan dari Napoli untuk TV10. Kembali ke Seri Pentas.


on Wednesday, April 27, 2011 | 6 comments

Kawan-kawan adik beradik sanak saudara yang disayangi siang dan malam

bila baca blog ni komen la sama

sunyi tauuuu kat sini

dah la tak ada room mate

Raja pun bukan reti cakap dengan saya

kalau cakap bertepuk tampak pun nak kena samak


eshh

sampai nak kena merayu minta komen

huhuhu

musafir hina sungguh

hahahahahaha

seriously your comments light up my days

:-)

pleaseeeee




on | 0 comments


Untuk lunch saya singgah kedai pizza




my pizza in the making



pizza magherita + satu tin coke = 4 Euro

roti + olive oil +tomato paste+mozarella+basil

memang sedap



on | 0 comments

The front door of my room
heavy and thick


scene in front of my room
a closed garden which my window faces

the common room computer
iMac tuuuuu

the common room side view

the common room's couch
with tv and dvd and many dvd movies to choose from
but they put a note there which says something like

"you re not here to watch the movies
go out and come back to watch after 6 pm"

its funny


the kitchen where they provide us with breakfast
hot coffee with milk bread and butter and jam

you re advised to wash your own dishes after eating
you can also keep your food for cooking in the provided fridge
provided you write down your name and date of check out


the view from outside the main office which is the same floor with the common room

There are many paintings in the hostel which the owner told me were painted by some of her guests for free, to just practice their skills

"I am glad I gave them the chance to do so"
kata beliau

(macam laporan tv3 aihhh)


I asked the lady where can I have my laundry done

I was glad when she told me they provide the service for only 5 euros.

phewww.. that ll save me from bumping another Bangladesh guy.

:-P



ps: oh ya ada saya ada tambah gambar Lauren dan sedikit gambar Collseum di entri dulu

on | 2 comments

Perjalanan selama 2 jam 42 minit dari Rome ke Naples tidaklah memenatkan sangat. Alhamdulillah aku sampai di Napoli Centrale Station dengan selamat berkat doa mak dan orang tersayang. Beg yang agak berat di belakang membuatkan aku mahu cepat-cepat sampai ke hostel. Seorang lelaki Napoli memberi salam kepada aku dan aku mengambil kesempatan bertanya arah Metro Linea 1. Beliau dengan senang hati menunjukkan pada aku. Agak gembira bertemu sesama Muslim berbanding dengan pandangan sinis dan sombong sesetengah Italian lain. Alhamdulillah.

Kota Napoli menyambut aku dengan hujan. Jalan ke hostel agak sempit berbanding dengan jalan yang aku biasa di Rome. Mungkin ada lagi jalan lain yang lebih besar yang aku belum jumpa.

Aku hanya mahu cepat sampai.


lorong ke hostel

Berbekalkan petua yang telah diberi dari tempahan yang aku buat, sambil bertanya kepada seorang makcik Italiano di tepi jalan aku akhirnya sampai di pintu vesar hostel. Seperti juga di Rome, aku harus menekan loceng meminta izin masuk.

Agak tidak biasa aku dengan butang tepi pintu yang membuatkan aku tertekan berulang kali.

"Stop pressing the buttons !!! Jerit perempuan dari peti suara. Ya aku agak jakun di situ.

Wah ... bayangkan tangga yang terpaksa aku panjat dengan beg berat di belakang untuk sampai di pejabat tingkat tiga. Aku bernyawa macam ikan yang baru naik atas darat ! Penat wehhhh .

Melihat aku tercungap-cungap perempuan yang sama tadi terus berkata "That s ok its only for the first time .. First time .."

"Oh I m sorry for pressing the bells for so many times .. "

"Oh thats ok" balasnya dengan senyuman. "You can put down your bag first and give me your name and passport".

"Ahhh youre the one with the single room... its way down on the first floor.."

Dia memberikan aku peta Naples dan bertanya jika aku mahukan dia tunjukkan apa-apa. Aku hanya mahu direction ke kedai makan. Sebiji Croissant yang aku beli di Termini tak mampu menampung tenaga yang telah aku guna berjalan ke sini.

Dia kemudiannya membawa aku ke bilik aku di bawah dengan anjingnya yang besar yang tergedik gedik nak ikut sama. Raja memang anjing yang besar .. "and he looks like a tiger" . Ya aku nampak sedikit belang-belang di badannya. Aku agak kurang selesa dengan Raja walaupun aku merasakan dia sangat comel. "Hes only a boy ...." Nasib baik dia tak jilat aku. Mana nak cari tanah nak samak pulak nanti .

radio kecil untuk aku berjoget barangkali nanti

hahaha


tempat sangkut baju dan bilik air

pintu bilik yang tebal serta kucinya

Alhamdulillah, biliknya kecil sangat simple dan muat untuk aku seorang. Dengan satu bilik air kecil dan sink serta air cond yang boleh bertukar menjadi heater. Seperti juga hostel di Rome, aku diberi kunci-kunci untuk bilik sendiri, kunci pintu depan hostel dan juga kunci common room di tingkat atas sana.

Aku dapati Naples agak lebih sejuk dari Rome. Dan baru aku teringat tentang kedudukannya yang agak hampir dengan laut membuatkan angin laut menambah sejuk.

Aku masih penat dan tidak berniat mahu kemana-mana hari ini. Kemudahan wifi dari dalam bilik sangat menyenangkan aku. Aku hanya keluar tadi untuk mencari makanan dan mencari earphone kerana aku hanya mahu bersantai di bilik dan menonton "Modern Family Season Two" yang telah di download dengan jasa baik Hadie (thank you wehhh !).


pemandangan luar dari lorong ke hostel

fountain yang bersebelahan gambar di atas


pandangan jalan ketika keluar mencari makan

laaa .. ingatkan Alor Setar saja yang macam ni

tak pa Majlis Badaraya Alor Setar oi, bukan kita saja

kat Napoli pun macam tu juga .. hahahaha


tengok Lena makan kebab semalam terus teringin nak makan juga hari ni


Mungkin esok aku akan berjalan dan menarik nafas kota Napoli ini dengan lebih baik insyaAllah.

Dan tiba-tiba aku juga ada merasa sedikit sunyi dan rindukan Malaysia. Alahai baru berapa hari nih ......... tsk....

:-(