on Monday, April 25, 2011 | 8 comments



Ini adalah antara cerita awal yang gila di sini. Tengah hari tadi lepas balik dari Vatican City, saya rasa stokin dan baju2 yang dipakai sudah mengeluarkan bau yang kurang manis, maka saya fikir, haruslah mencari kedai laundry untuk tujuan murni itu. Setelah ditujuk jalan oleh Elena pekerja Romania yang baik hati yang baru bekerja di Rome selama satu tahun enam bulan itu, saya pun dengan hanya pakai baju jaket selekeh dan selipar jepun ke luar menuju ke arah kedai laundry yang dimaksudkan.


Sesampainya di sana saya disambut mesra oleh seorang pekerja di situ. Beliau membantu saya dengan basuhan baju saya dengan menekan butang mesin dan menuang sabun. Sambil menunggu beliau berbual bual dengan saya bercerita itu ini dan memberitahu beliau pernah bekerja di Malaysia selama tujuh tahun.


Malaysia good. but money small. Here I am happy, relax and have fun.


Amboi have fun lah sangat.Saya pun melayan beliau serba sedikit sambil menunggu basuhan selesai. Sambil itu saya mengambil gambar kedai dan melihat itu beliau menawarkan diri untuk mengambil gambar saya di kedai. Saya pun tak kisah sebab memang tak banyak pun gambar saya di sini. Beliau juga kemudiannya meminta saya mengambil gambarnya bergaya di tepi mesin basuh. Saya ikutkan saja.


Beliau bercerita panjang itu ini betapa funnya di sini boifren gefren bercium pipi, minum arak serba sedikit tak banyak satu gelas sikit saja katanya. Katanya juga ada perempuan Italy yang mengajak dia balik ke rumah tapi beliau berkeras tidak mahu dan perempuan Italy mengajaknya minum lagi. Beliau tidak sedar bagaimana tiba tiba beliau berada di rumah perempuan itu tanpa seurat benang. Beliau tidak sedar apa yangn telah terjadi kepada beliau.


Tsk ceritanya lagi. Beliau tak suka perempuan Kristian. Beliau suka perempuan Muslim. Saya bertanya kenapa tak cari gefren Muslim di sini saja. Oh katanya mereka tidak baik. Amboii mengata perempuan Muslim pulak.


Saya hanya mengangguk mendengar cerita beliau dengan rasa yang agak kurang sabar mahu cepat cepat balik. Tapi baju saya baru peringkat wash. Nak dry lagi pulak . Adeh ... saya tak maulah tinggalkan baju dan biarkan dia uruskan. Nanti beliau pegang pula segala pakaian intimate saya. Eshhh ...


Beliau kemudian tanya saya samada saya suka pasta atau tidak. Saya cakap suka. Dan saya tanya pada beliau kat mana saya boleh beli pasta halal. Ohh di kedai sebelah saja katanya. Beliau kemudiannya insist mahu belanja saya makan. Saya pula beria ia tak mahu tak mahu tak mahu. Beliau juga dengan dasar nak paksa juga telah terus mengorder makanan dari kedai sebelah. Cis.


Ya pasta pertama saya di Italia adalah dalam kedai dobi !


Beliau biarkan saya makan sambil saya tertanya tanya Awatla lambat sangat baju aku nak kering nihhhh ....... Beliau juga makan tapi di sebelah sambil berdiri. Saya juga dapat Coke free.


Sambil makan beliau bertanya samada kemera saya adalah auto dan boleh mengambil gambar macam selftime gitu. Saya sudah boleh agak beliau mahu saya ambil gambar kami bedua ... ewwwww. Saya cakap kat dia kamera saya tak boleh buat macam tu.


Itulah boifren saya pernah pesan kalau lelaki belanja makan gitu mesti ada udang disebalik makanan itu.


Beliau ajak saya keluar malam itu dengan dia. Ewwwwww lagiiii ....


Saya cakap saya mahu keluar petang ini dan balik mahu terus tidur.


Beliau masih tidak berpuas hati. Beliau minta saya ke tandas dan mahu ambil gambar. Hah !!! Nak saya amik gambar beliau dalam tandas !!!! Gila apakah itu. Memikirkan mungkin tak pernah ada kamera yang tangkap gambarnya, saya pun ikut ke tandas dengan rasa cuak dan berhati hati.


Rupanya beliau mahu ambil gambar kami berdua di CERMIN !!!! Ya Allah ...


Saya pun cuba juga ambik gambar dengan rasa irk yang amat sangat. beliau tak puas hati nak gambar yang lebih dekat satu frame cermin. OK ini sudah melampau ....... Saya sudah mahu belah>


Saya cakap kamera ini bukan saya yang punya dan saya tak pandai amik gambar.


Saya cakap saya perlu pergi. Dia hulurkan tangan gaya menampar gitu sambil mahu bercium pipi gaya Italiano ....


Warghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh ................saya cakap sorry saya tak boleh buat macam itu. I am a Muslim. Dia persoalkan saya ... tanya kenapa .... Heshhh


Saya cakap tak boleh dan beliau yang minum arak itu ada hati mahu mulakan khutbah dengan ayat Allah subhanahuwataala ......


Belum sempat beliau mulakan khutbah Allah selamatkan saya dengan mendatangkan seorang pelanggan ....



Saya mengambil kesempatan dengan cepat cepat berlari keluar !



Eshhh haru merapu gila tak senonoh Mamat Bangladesh sorang ni. Paling tidak pasta free itu buat saya kenyang sampai malam. Harga dobi 7 euro !



Di dorm Lindsay dan Laura ketawa pecah perut dengar cerita saya ... apa lagi bila melihat gambar kami ...




8 comments:

Ayu said...

haha...tak sangka ada mamat bangla minat kat hang..is he tall, dark & handsome??..err...dark maybe la kot

Mila@Rimbun said...

hahaha.. lawak ler citer k.N nii. pasta tuh banyaknyerr.. mcm saya makan sekeluarga daaa (3 org je pon)

a.n.i.Q.u.e said...

Sri: hahaha gila kan... of all places ...kat Rome !!!! hahahaha hes definitely dark ...

Mila: eshh Mila ...ingatkan mamat Italian nak mengorat ..baru best .. depa hensem2 la Mila ... hahaha tengok saja la

a.n.i.Q.u.e said...

MilaL memang banyak ,, taoi Musafir kena makan banyak ... hahahaha alasan ..dah memang dsr makan banyak ppun

Rosh said...

hahahaha!!! among all the men in Itali... mat bangla jugak yg ditemui.... hiksshhh!!!

SueRosly said...

Gambar berdepan dgn cermin tu takde ker? kekkekek

a.n.i.Q.u.e said...

Rosh : tu laaaa ........ mana nak sangka .... teruk betoi kejadian yg menimpa

Sue: Ada laaaa...... hahahaha tak mau letak !!! nanti jadi bahan gelak seantario galaksi. hahaha

MamaDaniel said...

Kak Ann: nasib baik kak ann selamat.. lepas dia citer
pasal 'tanpa seurat benang' tu.. aish... saya merasa
sangat sangsi dengan mamat itu..

tapi, gaya ada la mamat tu.. macam pelakon bollywood..
eh.. bukan.. pelakon kollywood.. hehehehe..

walau bagaimanapun, citer kedai dobi ini paling besh la! hahahahaha

Post a Comment