on Friday, April 29, 2011 | 5 comments

Setelah berlapuk dalam bilik semalaman, dengan rasa segar dan hati berbunga semangat, saya mengambil keputusan untuk keluar hari kemarin berjalan-jalan samada ke Pompei atau Sorento atau Amalfi. Ketiga-tiga tempat mengikut apa yag saya baca sangat menarik.

Waktu breakfast saya berbual dengan perempuan yang menjaga hostel ini, Jenny yang mencadangakn saya membuat day trip ke Sorento-Positano-Amalfi-Solerno. "Esh sempatka ni .. ??" saya fikir. Hmmm .. tak pa lah .. dah rasa sihat kuat .. "Why not.."

Seperti biasa baru pagi tu juga lah nak tukar duit note 200euro, satu jumlah yang banyak yang bukan boleh ditukar di kedai kopi atau di Tabacchi (mcm kedai suratkhabar mamak tepi jalan tu). Kata Jenny kena tukar di Bank !! Hah nak cari Bank pula pagi2 ni kat mana .... Dia pun tak ada tukar. Ya take note kawan-kawan .. kalau nak tukar duit Euro tu... tukar siap2 kecik2 ...

Saya rasa tak mau lah dok usung duit banyak tu sana sini. Napoli ni kota mafia tau.

Keluar cari bank sat yang kata Jenny dekat saja. Tak jumpa. Bawa sajalah jumlah tu sambil berdoa Ayat Kursi apa segala semoga saya selamat.

Metro line di Napoli agak tricky .... dari Dante nak ke Central Station harus berhenti di Cavour (di sebut kavo-re). Dari line Cavour untuk ke Line 2 Moseu kena lalu dua tiga pat lima nam jenis tangga ... termasuk eskalator. Dari Moseu baru kamu akan dapat ke Central. Sesat la juga sat tegha (sementara) nak cari tangga dan "jalan yang benar".

Di Central juga ... untuk ke Sorento kamu harus amibil Metro line yang berada di tingkat 2 bawah Tingkat Utama. Harga tiket ke Sorento 4 Euro. Oh ya harga tiket dari Dante ke Central termasuk semua perpindahan Line 1.20 Euro dan tiket dikira laku selama 90 minit dari masa pertama kamu "validate" tiket kamu. Maksudnya nak pi mana pi mai pi mai guna tiket tu .. gunalah asalkan setakat 90minit saja.



Pelancong di Napoli tidak seramai di Rome. Pun begitu train ke Sorento agak tetap sesak. Train akan berhenti di lebih 20 stesyen sebelum berhenti di perhentian terakhir Sorento.

Hmmm waktu bediri atas train tu seorang lelaki tua (dlm lebih kurang 70 tahun) telah dengan baik hati menunjukkan saya tempat untuk pegang besi, sebab terlalu sesak tak tau nak pegang tang mana. Sebelah kiri saya perempuan cantik Napoli yang saya pasti semua mata-mata lelaki dalam Metro ambil peluang menikmati kecantikan beliau (walaupun bini atau gf berdiri di sebelah). Lelaki berumur itu nampak baik dan cuba berbual dengan saya ... mana lah saya paham; dia itik, saya ayam .



Hmmm .. saya agak musykil juga dengan lelaki berumur tadi di ada cuba mengambil kesempatan memegang tangan saya dan bahu saya waktu atas train, hmm mungkin beliau terpegang (tapi kalau "ter" kita harus pakai "2 seconds rule") untuk elak jatuh .. tapi lebih dari 2 saat tu ... hmmmm . Nak sigung ... takut pecah usus dia pulak dan saya akan ke jail di Napoli.


Akhirnya Alahmdulillah saya sampai di Sorento. MasyaAllah Subhanallah ... cantik dan bersihnya Sorento ni .... !!! Jauh langit dengan bumi kalau nak banding dengan Napoli mahupun Rome. Macam di bandar Eropah lain rasanya (walaupun tak sampai lagi Eropah lain). Sorento juga agak sejuk memandangkan ia satu bandar kecil di tepi laut dan di atas bukit. Sorento sangat famous dan popular bila musim panas. Kalau musim panas, pastilah lebih sesak.






Saya berjaya jumpa satu Bank kecil di Sorento yang sudi menukar wang besar kepada wang kecil. Kali ini saya bawa frasa mudah Lonely Planet saya yang saya koyak dari buku (nak bawa satu buku takut terlucut bahu) untuk meminta dari cashier tersebut apa yang saya mahu. Beliau faham.




Align Center
lunch saya untuk hari itu


Hampir satu jam lebih saya di Sorento berjalan-jalan menikmati bandar kecil itu. Saya kemudiannya menaiki bas untuk ke Positano. Bas itu akan bawa terus ke Amalfi, tapi akan berhenti di Positano.

Menjadi pemandu bas menyusuri lekok yang sangat tajam dan sempit bukanlah pekerjaan mudah. Gila sempit dan mereka semua sangat pandai mencari ruang untuk bergerak. Gila lah kan. Ada ketikanya bila bertembung dua bas, kedua dua pemandu akan turun mengubah kenderaan lain atau objek gangguan untuk memudahkan mereka lalu (driver keluar pi angkat motor kat tepi). Pemandu kereta pun sangat memahami, bila bertembung saja, pasti akan mengalah dan mengundurkan kereta.


hah tengok ni... dekat gila bas kami dgn bas sebelah

Saya turun di Positano dan melalui satu pengalaman yang meluruhkan jantung. Bukan apa .... saya perlu menggunakan beratus-ratus tangga untuk turun ke pantai. Saya berjumpa dua tiga pelancong lain yang sedang luruh jantung dan meminta nyawa, sedang memanjat naik, ketika itu saya sudah boleh bayangkan jantung saya nanti bila nak naik ke atas balik.



Sampai ke kawasan pantai suasananya MasyaAllah ... Subhanallah .. sangatlah cantik.




Walaupun pasirnya macam batu sungai, itu bukan halangan mat saleh nak berjemur dan bermain pasir. Dah la sejuk gila boleh buka baju berjemur lagi pula tu. Sepanjang menurun tangga saya lihat banyak hostel dan hotel, yang pastinya tidak begitu penuh kerana bukan musim panas lagi.


jumpa pokok limau tepi tangga

Tiba masa nak panjat balik tangga... saya tak berhenti berdoa "Ya Qawwi " (Wahai Yang Maha Kuat) sebab memang rasa mcm nak terlucut setiap anggota badan bila memanjat tangga menaiki bukit curam itu. Terpaksa berhenti setiap 20 tangga ..( 10 kot). Tercungap-cungap mintak nyawa. Bayangkan mereka yang tiap hari panjat. Patutlah kurus lawa ....

tempat tunggu bas

Sampai di atas jam sudah menunjukkan hampir pukul 4. Saya mula agak bimbang samda sempatkah sampai ke Solerno lagi ni, apalagi nak singgah di Amalfi pulak. Saya tunggu di tepi jalan. Dah la bas pun lambat. Saya masih boleh pakai tiket bas 7.20 Euro tu untuk selama 24 jam. Saya terfikir mahu pulang kembali ke Sorento. Tapi ahhhh .. alang alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal Amalfi. hahaha

Akhirya saya sampai juga ke Amalfi Alhamduillah. Tapi akibat kecantikan yang saya sudah nikmati di Positano dan jantung yang masih baru bedegup normal, Amalfi tidaklah seberapa. Apa lagi dengan waktu yang makin hampir petang, dan memikirkan saya mahu ke Solerno pula, saya mula berasa cuak.





Kalau ke Solerna yang saya lihat jauhnya lebih 30km, hmmm ... dengan jalan yang berliku seperti tadi, pukul berapa nak sampai, dah pukul berapa saya boleh ambil keretapi dari sana kembali ke Napoli. Dan pukul berapa nak sampai hostel. Malam di Napoli bukan seperti Rome. Agak bahaya. Saya akhirnya memilih untuk kembali ke Sorento. Bye bye Solerno.

Di atas bas saya duduk di sebelah seorang makcik Inggeris yang ramah menegur dan berbual dengan saya. Bab sembang tu saya akan cerita di entry lain.

Saya dan Maria sampai bersama di Sorento dan memilih untuk sama-sama di atas train kembali ke Napoli. Keramahan Maria juga membawa kami berkenalan dengan seorang anak remaja bersama ibu bapanya yang sedang berkelana mahu ke Milan.

Saya dan Maria sampai di Napoli sudah hampir jam 9.45 malam. Tabacchi juga sudah tutup. Maria sudah berpisah dengan saya kerana hostelnya hanya dekat dengan Central. Melilau lah pulak nak cari tempat beli tiket. Jumpa, beli dan terus ke platform sepatutnya. Dan melalui proses yang sama seperti yang telah saya ceritakan awalnya.

Memang benar jalan ke hostel semakin sunyi. Mulut saya terkumat kami bersalawat dan membaca ayat kursi. Singgah membeli kebab dan air. Masuk bilik tak sempat salin baju .. terus terlelap sampai pagi . Letih gila.



5 comments:

Ayu said...

Lawa gila wehhhh...aku nak teghiak...aku nak teghiak...sbb aku sepatutnya piiiiiiiiii....huwaaaaa......lepaih ni klu aku nak pi situ aku nak pi dgn sapa pulakkk....huwaaaaa...

Anonymous said...

Mana gambaq laut ... tak nampak, cantik dak ayaq dia ?

Awat kakak tak mandi laut?

spanker said...

seems like a freaking long day!!! :)

a.n.i.Q.u.e said...

Ayu: Hahahaha ... tak baik aku gelakkan hang. Ala boleh saja ajak si M nanti ... phewiit

Adikku: Ayaq dia jerniah .. kalau summer kakak dah terjun masuk ..... !!!

Spanker: It wassss ..... balik kang aku kurus macam Lauren ... ! hahahaha

Mila@Rimbun said...

kalau hari2 panjat tangga tuh, sure montot jd slimnyer k.N

Post a Comment