on Wednesday, April 27, 2011 | 2 comments

Perjalanan selama 2 jam 42 minit dari Rome ke Naples tidaklah memenatkan sangat. Alhamdulillah aku sampai di Napoli Centrale Station dengan selamat berkat doa mak dan orang tersayang. Beg yang agak berat di belakang membuatkan aku mahu cepat-cepat sampai ke hostel. Seorang lelaki Napoli memberi salam kepada aku dan aku mengambil kesempatan bertanya arah Metro Linea 1. Beliau dengan senang hati menunjukkan pada aku. Agak gembira bertemu sesama Muslim berbanding dengan pandangan sinis dan sombong sesetengah Italian lain. Alhamdulillah.

Kota Napoli menyambut aku dengan hujan. Jalan ke hostel agak sempit berbanding dengan jalan yang aku biasa di Rome. Mungkin ada lagi jalan lain yang lebih besar yang aku belum jumpa.

Aku hanya mahu cepat sampai.


lorong ke hostel

Berbekalkan petua yang telah diberi dari tempahan yang aku buat, sambil bertanya kepada seorang makcik Italiano di tepi jalan aku akhirnya sampai di pintu vesar hostel. Seperti juga di Rome, aku harus menekan loceng meminta izin masuk.

Agak tidak biasa aku dengan butang tepi pintu yang membuatkan aku tertekan berulang kali.

"Stop pressing the buttons !!! Jerit perempuan dari peti suara. Ya aku agak jakun di situ.

Wah ... bayangkan tangga yang terpaksa aku panjat dengan beg berat di belakang untuk sampai di pejabat tingkat tiga. Aku bernyawa macam ikan yang baru naik atas darat ! Penat wehhhh .

Melihat aku tercungap-cungap perempuan yang sama tadi terus berkata "That s ok its only for the first time .. First time .."

"Oh I m sorry for pressing the bells for so many times .. "

"Oh thats ok" balasnya dengan senyuman. "You can put down your bag first and give me your name and passport".

"Ahhh youre the one with the single room... its way down on the first floor.."

Dia memberikan aku peta Naples dan bertanya jika aku mahukan dia tunjukkan apa-apa. Aku hanya mahu direction ke kedai makan. Sebiji Croissant yang aku beli di Termini tak mampu menampung tenaga yang telah aku guna berjalan ke sini.

Dia kemudiannya membawa aku ke bilik aku di bawah dengan anjingnya yang besar yang tergedik gedik nak ikut sama. Raja memang anjing yang besar .. "and he looks like a tiger" . Ya aku nampak sedikit belang-belang di badannya. Aku agak kurang selesa dengan Raja walaupun aku merasakan dia sangat comel. "Hes only a boy ...." Nasib baik dia tak jilat aku. Mana nak cari tanah nak samak pulak nanti .

radio kecil untuk aku berjoget barangkali nanti

hahaha


tempat sangkut baju dan bilik air

pintu bilik yang tebal serta kucinya

Alhamdulillah, biliknya kecil sangat simple dan muat untuk aku seorang. Dengan satu bilik air kecil dan sink serta air cond yang boleh bertukar menjadi heater. Seperti juga hostel di Rome, aku diberi kunci-kunci untuk bilik sendiri, kunci pintu depan hostel dan juga kunci common room di tingkat atas sana.

Aku dapati Naples agak lebih sejuk dari Rome. Dan baru aku teringat tentang kedudukannya yang agak hampir dengan laut membuatkan angin laut menambah sejuk.

Aku masih penat dan tidak berniat mahu kemana-mana hari ini. Kemudahan wifi dari dalam bilik sangat menyenangkan aku. Aku hanya keluar tadi untuk mencari makanan dan mencari earphone kerana aku hanya mahu bersantai di bilik dan menonton "Modern Family Season Two" yang telah di download dengan jasa baik Hadie (thank you wehhh !).


pemandangan luar dari lorong ke hostel

fountain yang bersebelahan gambar di atas


pandangan jalan ketika keluar mencari makan

laaa .. ingatkan Alor Setar saja yang macam ni

tak pa Majlis Badaraya Alor Setar oi, bukan kita saja

kat Napoli pun macam tu juga .. hahahaha


tengok Lena makan kebab semalam terus teringin nak makan juga hari ni


Mungkin esok aku akan berjalan dan menarik nafas kota Napoli ini dengan lebih baik insyaAllah.

Dan tiba-tiba aku juga ada merasa sedikit sunyi dan rindukan Malaysia. Alahai baru berapa hari nih ......... tsk....

:-(




2 comments:

Ayu said...

the more I read ur story the more regret I feel sbb tak dpt join hang...huhuhu...

a.n.i.Q.u.e said...

ohh thats pk> dont feel sorry for me .I ve always wanted to do this. Although I know it d be different if you were here.

:-)

Post a Comment