on Wednesday, January 20, 2016 | 3 comments
Stesen keretapi Hatyai ni kira ok la . So so. Ada la musalla kecik ada tempat letak luggage ada juga la satu dua cafe .

Aku amik tiket first class. Harga tiket utk katil atas lebih kurang THB1400 dan katil bawah lebih kurang THB 1600. Boleh juga rasanya kalau nak book satu bilik utk sorang saja dalam harga lebih kurang THB 2000 something. Boleh check sendiri harga sebenar.

Perjalanan akan mengambil masa lebih kurang 16 jam. 

Sebab kami amik first class, dapat la kami layanan first class cara setesn keretapi Hatyai iaitu tunggu train dlm bilik VIP yg berhawa dingin dgn disajikan dgn secawan kopi dan lagu2 rap siam yg dimainkan di tv.

Iman yg manja dgn pakcik teksi tadi kagum dgn lagu rap siam.

Kami beli juga la dua tiga pat lima nam tujuh lapan jenis makanan utk menghadapi 16 jam atas ketapi yg tak tau lagi kantinnya ada halal kaaa tarak halal.


Kami korbankan roti utk cicah dgn kopi yg depa jamu.

Train kami sepatutnya sampai jam 6.10 Thai tapi ya Allah delaynya mengalahkan Firefly walaupun train Thai tak fly.

Setelah tunggu punya tunggu punya tunggu train pun sampai (aku tulis " train" sbb pendek senang, kalau "keretapi" amik masa). Alhamdulillah lahhh lega. Hangkutlah kami dua beg berat batu menggiling dgn barang2 makanan yg pat lima nam tujuh lapan jenis makanan tu.

Masuk coach kelas pertama ni, sukacita lah nak ingatkan walaupun nama diberi "kelas pertama" janganla berangan sama dgn first class MAS ka Emirates ka apa apa ka ... takdak lah peramugari peramugara mekap lawa nak layan nahhhh. Beg semua hangkut sendiri ok. 

Bilik kami ada satu seat panjang yg nanti akan ditukarkan menjadi double bed.


Iman berangan.

Ada juga sink ada cermin ada penyangkut baju ada la dua biji gelas ada meja kecik tak barang.


Ada bantai dua biji dan juga ada tambahan lipas sekoq yg dok lari2 kat bawah yg Iman minta izin nak pijak mampoih dan yg aku kata halau dulu kalau dia mai juga balik baru pijak. 

Innalillahiwa inna ilaaihi raajiun.

Oh ya bilik aku ni rasa ada connecting door. 



Hmmm aku boleh dengar orang bilik sebelah dok cakap. Kalau aku prembang betoi aku akan tau semua gossip dan rahsia depa.

Bilik juga boleh dikunci. Tak dak la org boleh terpa mai masuk mcm tu saja.

Sekainlah cerita aku tentang train kami ni.

3 comments:

ZAINZAHA said...

Penat gak la baca post kak ann ni pasai tak berapa cukup punctuations. Laju macan tren jugak la.

ZAINZAHA said...

Penat gak la baca post kak ann ni pasai tak berapa cukup punctuations. Laju macan tren jugak la.

a.n.i.Q.u.e said...

hahahahahaha hamikkk

Post a Comment