on Tuesday, January 26, 2016 | 2 comments
Semalam aku mula sedaq kata barangan pesanan dan barangan aku beli sudah melebihi piawaian bahu aku . Ya bahu kerana bahu inilah yg akan mengusung barang barang segala mak nenek ni semua. Aku dah start panik apa lagi bila perasan kasut baru juga sebenarnya berat. Adehhhhh … mcm mana ni.

Dok pikiaq juga takkan nak kena beli beg tambahan dan simpan di luggage stesen keretapi kerana kami akan bergerak ke tempat lain pula lagi. Takkan nak tinggal dan buang baju-baju yg aku bawa ni pula. Aku dah perati beberapa lai baju yg nampak gaya tidak berfungsi dan hanya memberatkan beg. Lama lama, pikiaq punya pikiaq aku terpaksa buat pilihan untuk mengepos barang-barang yang berkenaan balik ke kampung halaman terlebih dahulu.

Bimbang juga mahal tapi semahal-mahal harga pos, mahal lagi bahu aku yg Allah bagi ni.


Kami ke pejabat pos yg disarankan oleh pekerja hostel dengan teksi. Cuak juga lagi takut mahal harga teksi tu. Tapi sekali lagi, memang ok lah, tak sampai THB70 pun. Alhamdulillah. Kami ke pejabat pos besar juga rasanya nih.




Ada khidmat pembungkusan disediakan dekat sebelah kiri pintu masuk. Pekerja perempuan itu akan lihat dulu barang apa yg mahu dibungkus. Dia yg akan decide kotak mana nak pakai. Waktu dia pilih kotak tu, aku bimbang juga nampak kecik. Tapi dia punya tonyoh masuk semua barang yg aku nak pos tu, sampai jadi muatlah semuanya !!! Hmmmm matilah kasut baru kena henyak.




Dia juga yg balut dan bungkus kotak kita dgn sedikit harga (dalam THB60 - sekali kotak). Aku pakai alamat hostel sekarang walaupun nanti nak check out dah. Berat yg aku hantar balik 6kg sekali dengan barang souveniers dan baju-baju dan benda merepek lain yg aku rasa tak guna pun.


Harga pos THB1100. Mahal juga tapi tak pa lah … apa boleh buat.



Rasa lega juga bila dah pos barang. Alhamdulillah. Kurang juga la beban beg nanti. Aku rasa ini tip penting bagi sesiapa yg backpack ke sini dan TERshopping barang. Serius kalau ke Bangkok walaupun niat kita asalnya suci murni tidak mahu shopping apa segala, tapi hakikatnya pasti akan ada juga benda yg kita akan TERbeli atau diPESAN suruh beli. Solusinya, pastilah kena pos balik ke Malaysia. Jadi, kalau ada orang pesan barang, minta sekali duit barang dan duit pos.

2 comments:

Mila@Rimbun said...

barang saya ada tak dlm tuh kikiki

a.n.i.Q.u.e said...

alaaaa ada pesan takkkkk hahaha 😜

Post a Comment