on Friday, January 13, 2012 | 1 comments


Dah lamanya tak update blog. Ya la nak update apanya kalau takat pi Gunung Jerai atau Kuala Perlis. Nak update mestilah pi jalan ke tempat yang lebih dari 500km, errr .... macam Johor Baru.

Hahahaha

Ok. Joke sangat lame.


Beberapa bulan lepas beberapa teman ada mengajak saya yang kononnya backpacker tegar (kah kah kah) untuk bersama mereka ke...

Sorga Kain dan Telekung

Ermmm agak kurang selesa pada mulanya bila memikirkan kain apalah yang aku nak beli kat sana. Kain yang dibeli tiga pat pasang oleh orang-orang tersayang masih lagi ada dalam beg plastik belakang kereta (dan sekarang ada dalam bilik) angkut pi ma pi mai sekejap dalam bilik sekejap dalam kereta, masih tak hantar ke Kim Bee (tailor family).

Untuk sedapkan hati saya berfikir boleh juga beli kain cotton untuk jahitan. Kalau mesin jahit saya dengar apa yang saya fikir mesti sentap dan makan hati, sebab mesin tu pun saya dah tak sentuh berapa bulan. Ya saya penjahit yang agak kejam, mengabaikan mesin jahit sendiri.

Hari makin dekat mahu ke sana, saya masih blur apa itu Vietnam, maksud saya apa yang best di sana dan apa yang akan buatkan saya teruja. Untuk sedapkan hati juga, saya berfikir mungkin sekadar mahu amik gambar banyak-banyak di sana. Mungkin latihan mengambil gambar di Vietnam akan buat saya terkenal nanti . Ehem.. tak salah berangan kan.

Semalam saya pun mulalah belek-belek meluncur mengoogle-google Ho Chi Minh. Dan saya terjumpa satu website yang buat saya teruja tergedik gedik macam anak gadis walaupyn saya faham saya kelihatan sangat huduh bila tergedik.

Saya tak akan cerita lagi kepada kamu semua apa yang buat saya begitu teruja.

Tapi apa yang dapat saya simpulkan, Vietnam bukanlah sekadar kota kain dan kota kain telekung.



ps: Mak saya dah pesan beli kain telekung hitam. Saya rasa mak masih Mazhab Shafie, bukan Shia'h. Tak taulah kenapa nak telekung hitam.



pss: Pi pun tak lama, tiga pat hari saja insyaAllah. So cerita agak pendek kali ini.



1 comments:

Mila@Rimbun said...

kak ann.. ceritalah lagiiiiii....

Post a Comment