on Friday, January 22, 2016 | 1 comments
Bangkok ni memang kota shopping la. Semua baju2 lawa yg murah dan comel dan kecik ada sini.

Aku sebut kecik sebab aku ni saiz besaq. Macam aku dok kata kat facebook , aku hanya layak shopping baju dia Jarman, tak pun di Mauritania. 

Sorga la kat Iman, tu pun Iman yg kuruih tu still kata baju2 sini pinggang semua kecik2. Bayangkanlah kalau Iman pun kata baju2 depa kecik, kalau aku try pakai seluaq depa jual mesti masuk takat betih saja.

Kami spend time kat Siam Square kawasan Patumwan. Kalau nak shopping kat Bangkok kena round saja dulu tengok2 pastu next day baru pi Pratunam , pusat wholesale baju2 yg segala fesyen depa jual kat Hatyai atau tempat lain hampir semuanya akan berasal dari Pratunam. 

So aku hanya pesan kat Iman tengok saja dulu. Lepas tu nanti insyaAllah pi Pratunam Mall dan lepas tu baru pi Chatuchak. Pastu baru patah balik tengok lain atau baru lah decide nak beli kat Pratunam ka atau mana2 tempat lain.

Siam Square ni memang tempat anak2 muda lepak. Dekat dgn colleges dan sebelah dengan Chulalongkorn University. So seperti biasa penuh lah dgn budak remaja dan kedai2 yg sangat cute dan makanan yg kreatif.












Siam Square memang luas la juga .... ada lorong lorong sempit jual baju2 dan segala mak nenek accessories cute. But like i said, tengok saja dulu.

Siam Square juga dikelilingi mall mall lain yg besaq mcm MBK , Paragon, Siam Discovery (tutup sat katanya renovation dan seberang jalan) depan sikit ada Center World ... yg meletup hari tu , tu.

Jenuh jalan la juga. Dari hostel aku kami naik Tuk Tuk saja THB100. Balik 80.

Balik saja lena kroh kroh tak ingat dunja.

ps/ Ada kedai skateboard kat Siam Square: Preduce. Accessories tak banyak sangat utk longboard. Board biasa ada la. Longboard ada Santa Cruz Cruiser saja tiga pat. Pennyboard banyak. Harga ... hmm ada yg murah sini wpun dah convert dan ada yg lebih mahal dari di Malaysia

Saja tulih pi la pasai ni, kot ada yg suka mcm aku.






on Thursday, January 21, 2016 | 5 comments
Alhamdulillah akhirnya sampai juga ke destinasi.

Kami pilih utk berjalan kaki dari stesen sampai ke hostel. Mau dalam 1.5km juga laaaa. Tak sia sia la dok usung longboard naik bukit wpun berat bag mau ada 20 kali ganda beratskate.

Hostel di Bangkok memang cantik2 dan comel dan selalunya sangat ceria dan colorful. Tak percaya tengok ni


Pilih hostel ni sebab rating reviewnya sangat baik, cantik, dekat dgn Hua Lamphong dan sebab tilamnya tebal.

Bilik ini utk 4 orang tapi hanya kami saja dulu takat la ni. Ada locker dan satu rak tanpa pintu serta satu ruang bawah katil untuk letak beg.


Sebab itu jika sapa2 cadang nak tidur hostel, disarankan beli siap2 padlock kecik paling kurang tiga , untuk zip zip di backpack dan juga utk kunci locker.


Agak penat la juga lepas menapak tadi. Iman terketaq2 la berwifi sebab hidup dia terlalu sunyi dan sepi 20jam tanpa hubungan dgn dunia virtual.

Aku pilih hostel saja utk pengalaman buat Iman. Kat Bangkok ni dgn harga hostel dah boleh dapat juga hotel yg simple dan cantik. 

La aku dok lepak berehat dulu. Internet pun laju. Iman kata dia nak pi mandi (bilik air share mcm asrama). Aku kata "bawa phone sama" sbb aku tau dah bilik ayaq dia pun lawa baqhang.

Nanti insyaAllah aku cerita lagi bab hostel nih. 

Tataaaa
on | 10 comments
Hahaha tajuk belagak nak mampoih.

Ya aku rasa memang ok la harga tiket ni dan berbaloi dgn apa yg kita dapat. Privasi tu yg utama, tambah pompuan ayu mcm aku dan Iman (hahaha) nak buka tudung ka apa ka ... senang. Alhamdulillah.


Laluan ke bilik kami. Kalau sapa yg rasa badan lebaq macam Kak Lebaq (dari Kg Tok aku (ya ada gelaran tu kat sorang adik beradik aku for obvious reason)) ... silalah jogging jogging kurangkan makan kepci (kfc) atau pizza dan masuk kelas Kevin Zahari. 

OK aku melawak. ok ja laluannya ... insyaAllah Kak Lebaq pun lepaih aihhhhh.

Dalam sejam lepas kami relax tu , "pramugara" pun ketuk pintu nak masuk siapkan katil.



Katil yg dah disiapkan oleh "pramugara".

Dia lapik dulu kerusi tu dgn tilam lipat dan dia hampaq kain atau spread the bed sheet pastu boh sarung bantal dan dapat satu selimut bersih yg dah dibungkus dalam plastik. Katil Alhamdulillah sangat selesa.

Kalau sapa dok bayang kata takut sejuk gedi (aku la tu) insyaAllah tak pa air cond kat atas tu hampa boleh tala kat orang katil atas hahahaahaha. Lagipun selimut yg dapat tu kualiti bagus dan tahan sejuk.


Air cond mcm naik bas ekspress tu.

Lampu juga boleh tutup dan ada satu lampu kecik kat sebelah katil yg boleh dikawal nak terang sikit ka atau nak romantik sikit


Selimut tu aku lipat pakai bagi tinggi sikit bantai nak sandaq.

Kamk lena tak sedaq habaq , baqhang. Aku jaga tgh malam pi tandas. Dok tahan dari tadi lagi sebab malas kalau tandas jenis tak dak paip ayaq nak basuh.

Bilik ayaq pun satu coach saja dan aku happy bila tengok ada paip ayaq rupanya. Yg aku ni bawa laaaa botol kosong ....


ok ja kannn. 


on Wednesday, January 20, 2016 | 3 comments
Stesen keretapi Hatyai ni kira ok la . So so. Ada la musalla kecik ada tempat letak luggage ada juga la satu dua cafe .

Aku amik tiket first class. Harga tiket utk katil atas lebih kurang THB1400 dan katil bawah lebih kurang THB 1600. Boleh juga rasanya kalau nak book satu bilik utk sorang saja dalam harga lebih kurang THB 2000 something. Boleh check sendiri harga sebenar.

Perjalanan akan mengambil masa lebih kurang 16 jam. 

Sebab kami amik first class, dapat la kami layanan first class cara setesn keretapi Hatyai iaitu tunggu train dlm bilik VIP yg berhawa dingin dgn disajikan dgn secawan kopi dan lagu2 rap siam yg dimainkan di tv.

Iman yg manja dgn pakcik teksi tadi kagum dgn lagu rap siam.

Kami beli juga la dua tiga pat lima nam tujuh lapan jenis makanan utk menghadapi 16 jam atas ketapi yg tak tau lagi kantinnya ada halal kaaa tarak halal.


Kami korbankan roti utk cicah dgn kopi yg depa jamu.

Train kami sepatutnya sampai jam 6.10 Thai tapi ya Allah delaynya mengalahkan Firefly walaupun train Thai tak fly.

Setelah tunggu punya tunggu punya tunggu train pun sampai (aku tulis " train" sbb pendek senang, kalau "keretapi" amik masa). Alhamdulillah lahhh lega. Hangkutlah kami dua beg berat batu menggiling dgn barang2 makanan yg pat lima nam tujuh lapan jenis makanan tu.

Masuk coach kelas pertama ni, sukacita lah nak ingatkan walaupun nama diberi "kelas pertama" janganla berangan sama dgn first class MAS ka Emirates ka apa apa ka ... takdak lah peramugari peramugara mekap lawa nak layan nahhhh. Beg semua hangkut sendiri ok. 

Bilik kami ada satu seat panjang yg nanti akan ditukarkan menjadi double bed.


Iman berangan.

Ada juga sink ada cermin ada penyangkut baju ada la dua biji gelas ada meja kecik tak barang.


Ada bantai dua biji dan juga ada tambahan lipas sekoq yg dok lari2 kat bawah yg Iman minta izin nak pijak mampoih dan yg aku kata halau dulu kalau dia mai juga balik baru pijak. 

Innalillahiwa inna ilaaihi raajiun.

Oh ya bilik aku ni rasa ada connecting door. 



Hmmm aku boleh dengar orang bilik sebelah dok cakap. Kalau aku prembang betoi aku akan tau semua gossip dan rahsia depa.

Bilik juga boleh dikunci. Tak dak la org boleh terpa mai masuk mcm tu saja.

Sekainlah cerita aku tentang train kami ni.
on | 3 comments


Alhamdulillah dah sampai Hatyai. Sampai pun dekat pukul 2 lebih waktu Malaysia. Pedih perut lapaq. Patut makan kat Padang Besaq tapi waktu tu tak tau pukul berapa train nak bertolak.

Aku hanya tau kedai makan ni yg berada depan stesen keretapi.


Kami makan nasi goreng saja dan sup daging. Harga THB190.


Alhamdulillah baru la rasa lega. 

Pastu aku pi potong rambut dan kami naik teksi motor pi Central Festival. Tourist dapat 60minit free wifi. Hanya daftar kat Information Counter isi borang bagi no passport bla bla bla bla bla ... (penat ... ) :-p

Pengalaman baru hari ni naik teksi motor. Kami habak kami dua orang dia kata dia boleh mot (muat) kami. Gila apa kan motor kapcai nak bawa dua pompuan sorang tu badan mcm rugby player (hahahahaha)


Tobat aihhh aku ketaq tayar dia pancit. Iman gelak all the way. Eshhh nampak dok sandaq manja la pulak Iman dalam gambaq dgn pakcik teksi .... hmmmm

on | 0 comments



Perjalanan pun bermula.

Selalunya kalau pi Siam , aku bawa kereta saja. Tapi yg tak tahannya ialah bila jam atau terlekat kat border berjam jam.

So utk kali ini aku pilih keretapi ke Hatyai. Harga keretapi dari Alor Setar hanya RM15. Memang koc sangat selesa dan berhawa dingin. Tempat duduk juga luas dan lapang, apalagi bagi aku yg kaki panjang (literally and figuratively). Alhamdulillah rasa best. Kalah seat Air Asia dan Firefly. 



Train dari Alor Setar pukul 9.12 dan memang sampai lebih sikit la dari jam tu. Sembang sana sini dgn Iman pandang2 tengok luar, tengok2 dah sampai Padang Besar.

Turun sini utk cop passport. Borang Arrival and Departure akan diberi utk diisi sebaik sampai


Cumanya kena tunggu sejam juga la atau errr dua jam. Tukar kepala katanya.

Aku amik masa main yoyo. 



*kepala keretapi




on Tuesday, January 12, 2016 | 2 comments

Lamanya tak menulis di sini. Ya la sebab tak banyak jalan pun. Kadang kalau jalan pun sekejap saja dan tak puas mcm yg hati dan nafsu nak ... (hahahaha).

Banyak benda berlaku dalam hidup yg perlu di settlekan. Hati memang meronta mahu get away tapi komitment yg melampau lampau dan melantun lantun bertimpa timpa maka segala hasrat terpaksa dipendam saja dulu.

Pun begitu setelah akhirnya mendapat greenlight, saya memilih destinasi Thailand sekali lagi sebab dekat dan murah. 

Tukaran matawang yg begitu dahsyat , 
maka pi sajalah yg dekat (saja bagi rhyme).

Kali ni saya bawa sepupu. So we ll see camno.




Tiket dah beli. Naik train saja, which should be fun .... (tetiba speaking). Tapi kalau dah berumur ni tak tau lah apa yg fun nya .

Beli tiket first class sebab zaman Uni dulu tak dapat pun first class. Harga okay lah . Kira sendirilah tukarannya dalam RM; duit Siam kuat woahhhh dari duit kita.

Ok. Nanti kita sembang lagi nah.


Tips: Seminggu dua sebelum travel eloklah kumpul sikit2 barang yg nak dibawa letak dalam satu beg kertas ka beg plastik ka atau apa saja jenis beg. Ko kutip ja nyah segala bedak sikat minyak angin atau apa saja benda kecik yg ko teringat nak bawa ko campak ja masuk dalam beg tu siap2 .... nanti bila dah last minit packing baru kau pilih dan balik betul2 benda yg nak di bawa.